🥀Sofea Malique 🥀

7.9K 381 115
                                    

[Important note; Short Story Sofea Malique ni adalah sequel dari storyline Terlanjur Cinta. 3rd novel author. So, kalau tak nak pening..better baca dari situ dulu. Baru faham dari mana story ni bermula, okay?😉]

Leeds, UK - October.

Suhu yang mencecah 7 darjah celcius di waktu pagi begini sangat-sangat mencabar bagiku. Berlapis-lapis pakaian yang membaluti tubuh bagi menangkis rasa sejuk yang mencengkam. Meskipun sudah setahun lebih aku di sini, namun perubahan cuaca dan suhu tetap masih asing bagiku. Waktu begini, fikiran jauh melayang mengingati negara tanah tumpah darahku.

Usai menyarung boots, aku melangkah keluar dari apartment menuju ke basement parking. Beg yang disandang di bahu, aku kemaskan sedikit. Sesekali aku gosok kedua tapak tangan lalu memeluk tubuh.

Setengah jam kemudian, aku sudah pun berada di tempat pengajianku untuk 4 tahun aku di sini. University of Leeds, United Kingdom.

Kelas berjalan seperti biasa. Ada beberapa assignment yang perlu aku siapkan sebelum dihantar.

Ketika sedang mengemaskan beg, handphoneku berbunyi. Ada pesanan whatsapp dari lelaki yang kini semakin hari semakin aku selesa berkawan dengannya. Ada gambar yang dihantar. Laju sahaja tangan menekan download. Sebaik sahaja gambarnya terpapar, aku ketawa kecil.

Adam Malique
😏😏

Raisha Sofea😂😂Haha!What are you doing there? Tengah2 panas macam tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raisha Sofea
😂😂
Haha!
What are you doing there?
Tengah2 panas macam tu

Adam Malique
I'm waiting for someone
But then..this guy next to me came
He's trying to mock me😏

Kali ini aku sudah tidak mampu membendung ketawaku. Terburai sudahnya hingga mengundang beberapa pandangan pelajar lain.

Raisha Sofea
Hahahahaha!🤣🤣
You buat orang lain pandang I macam I ni psycho
Ketawa sorang2 you know?

Adam Malique
😅
I wish I could hear your laugh, baby
I miss you 😘

Raisha Sofea
Yeah😅

Adam Malique
You buat apa, sayang?

Mengenali Malique beberapa bulan ini, aku sudah terbiasa dengan panggilan-panggilan manjanya. Berbuih mulut melarangnya namun lelaki itu tetap berdegil. Sudahnya, aku layankan sahaja. Sesekali terbit juga rasa disayangi, dihargai seseorang. Ya, hubungan kami masih samar-samar. Aku dan Malique tidak pernah berbincang secara serious tentang hal melibatkan perasaan kami berdua. Pada aku, lebih baik begini.

Raisha Sofea
I baru habis kelas
Lepas ni nak cari coffee then terus balik apartment
You?

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now