❄❄❄
Suasana sedikit tegang di ruang tamu rumah tersebut. Beberapa pasang mata saling berpandangan. Reaksi masing-masing berbeza. Kecewa, terkilan, marah, sedih bercampur gaul. Di satu sudut, seorang gadis menunduk dengan deraian air mata.
"Atok tak boleh buat keputusan macam ni. Riz tak pernah ada apa-apa perasaan pada Feeqa lah!" Bentak Hariz dengan wajah kemerahan, menahan amarah.
"Hariz!" Jerkah Pak Long Nahar. Tidak suka dengan nada yang digunakan oleh anak lelaki tunggalnya itu.
"Eqa pun tak nak, atok. Tolonglah.." rayu Feeqa.
Tok Ghazali masih dengan muka seriusnya. Sedikit pun tidak terusik dengan rayuan dan tangisan Feeqa. Mak Long Siah, ibu kepada Hariz juga tidak mampu membantah kata-kata bapa mertuanya. Hanya terdiam, mengusap lembut belakang tubuh Feeqa.
"Keputusan aku muktamad! Hariz mesti bernikah dengan Feeqa!" Serentak, lelaki tua itu bangun meninggalkan ruang tamu.
Hariz bengang. Ditendang kuat sofa berhampirannya melepaskan segala kemarahan.
"Mak Long, tolonglah Eqa. Pujuk atok. Eqa muda lagi. Eqa nak sambung belajar, kerja. Lagipun, Eqa dah ada pilihan hati Eqa sendiri. Mak Long kenal Ammar, kan? Tolonglah Eqa, Mak Long..Pak Long.." rayu Feeqa lagi sambil memandang bapa dan ibu saudaranya bersilih ganti. Memohon bantuan dan pengertian.
"Macam mana, bang? Kesian budak-budak ni.."
Pak Long Nahar mengeluh. "Abang pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan abah tu. Awak tahu jela macam mana perangai abah. Kalau putih katanya, putihlah.." ujar Pak Long Nahar seraya menggelengkan kepala.
"Atok akan menyesal kalau dia teruskan niat dia ni!" Kata-kata Hariz berbaur amaran. Lelaki itu kemudian bertindak meninggalkan rumah. Mengaum bunyi ekzos motornya, menderu pergi dengan api kemarahan di dada.
...
Perjuangan, penat lelah selama 3 tahun di kolej terbayar sebaik sahaja scroll tersebut berada di dalam genggaman. Senyuman manis terukir di bibir setiap graduan yang dirai pada pagi itu.
"Feeqa!" Laung Ammar dari jauh sebaik sahaja selesai acara di dewan. Masing-masing sedang seronok meraikan hari bahagia di luar dewan bersama yang tersayang.
Melihatkan figura Ammar tidak jauh di hadapannya, Feeqa berpatah arah.
"Sayang!" Suara Ammar semakin dekat.
Tak betah dia mahu melihat wajah itu. Bimbang hatinya menangis lagi.
Lengannya yang dipaut kejap membuatkan langkah Feeqa mati. Tubuhnya kaku, tidak sedikit pun berganjak. Ammar semakin tidak keruan. Beberapa hari lalu, sikap Feeqa berubah. Panggilan telefon tidak berjawab, mesej tak dibalas. Dia merasakan sesuatu yang tidak enak. Rehearsal yang sepatutnya dihadiri bersama juga tidak menampakkan bayang-bayang gadis itu. Feeqa seperti mahu mengelak daripadanya!
"Sayang..awak kenapa?" Bahu Feeqa diraih. Tubuh itu dipusing menghadapnya.
Feeqa menunduk.
"Kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" Soal Ammar, masih bingung.
Hanya kebisuan yang merantai bibir gadis di hadapannya.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Short StoryShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.