Kemaafan Dendam Terindah 1

5.9K 261 81
                                    

"Setiap manusia pernah melakukan kesilapan dalam hidup. Tiada yang sempurna melainkan Dia, Allah Rabbul Izzati"

🌷🌷🌷

Jam di pergelangan dibelek, sudah hampir tengahari. Patutlah perut Safiya berlagu riang.

Balqis yang sedang kusyuk menyiapkan fondant figurines untuk kek yang ditempah, dipandang. Tekun betul budak ni.

Safiya menanggalkan apronnya.

"Qis, akak nak keluar lunch dulu. Nanti kalau Adam balik, suruh dia check stock yang baru sampai tadi ye?" Pesan Safiya kepada Balqis.

Gadis itu mengangguk. "Okay, kak. No problem. Enjoy your lunch!"

Safiya melangkah ke bahagian belakang, mencapai handbagnya. Langkah kaki diatur keluar dari kedai kek tersebut.

Seketika dia berhenti, berpaling dan mendongak. Sebaris senyuman terukir di bibirnya.

Papan tanda 'FIYA CAKE HOUSE' adalah hasil titik peluhnya selama beberapa tahun.
Bakeri ini sudah mula beroperasi sejak 2 tahun yang lalu.

Meminati bidang cake and pastry, mendorong Safiya untuk menyambung pelajaran di dalam bidang ini selepas menamatkan SPM.

Walau dia terpaksa berpisah dengan keluarga dek kerana tuntutan pelajaran, namun ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat gadis itu.

Malah, Safiya berjaya mendapatkan ijazah kelas pertama di universiti.

Pencapaian yang membanggakannya.

Selain keluarga, rakan baiknya Airaa juga sangat menyokong minatnya. Sungguh Safiya bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan sahabat yang memahami.

FIYA CAKE HOUSE menyediakan pelbagai jenis kek, ada juga beberapa menu tambahan di samping menerima tempahan kek untuk sebarang acara atau majlis.

Balqis dan Adam merupakan pekerja Safiya yang kekal setia sejak dari hari pertama bakeri itu dibuka.

Hubungan mereka dengan Safiya juga sangat baik. Lebih berusia dari Balqis dan Adam, Safiya selesa digelar kakak berbanding dipanggil bos.

Dia tidak mahu terasa ada jurang di antara dirinya dan pekerjanya. Mereka senang bekerja sebagai satu keluarga.

Safiya mengeluarkan kunci kereta Honda Jazz miliknya. Tengahari ini dia sudah berjanji untuk makan tengahari bersama Airaa.

Jalan agak sesak ketika ini. Maklum sahajalah waktu rehat makan tengahari.

Safiya memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Setelah memastikan kereta dikunci, gadis itu menapak memasuki restoran tersebut.

Restoran Jaman Tory.

Kelibat Airaa dicari. Kemudian, matanya menangkap lambaian dari hujung sebelah kanannya.

"Apasal lambat?" Soal Airaa sebaik sahaja Safiya melabuhkan duduknya.

"Jammed lah, wei. Kau ni macam tak faham je. Lunch hour kan?"

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now