Hujan turun selebat-lebatnya membasahi bumi lewat petang itu. Memang ngam-ngam masa kuliah tamat. Aku termenung seketika di meja. Memikir bagaimana mahu pulang ke rumah dalam keadaan cuaca begini. Dahlah tu, Jiha pula tak datang kelas petang ni. Ada kecemasan di kampung malam tadi dan gadis itu telah pun pulang menaiki bas awal-awal pagi hari.
Beg sandang di atas meja kubelek. Mengharapkan ada keajaiban muncul payung atau baju hujan walaupun aku tahu itu mustahil sebab aku memang jenis tak bawa benda-benda alah tu semua.
Kelas yang tadi hingar-bingar mula sepi dek bilangan pelajar semakin berkurang. Ada yang aci redah, ada yang memilih untuk bergerak perlahan-lahan ke tempat lain dan yang selebihnya memilih untuk menunggu seperti aku.
Aku menongkat kepala memandang ke arah pintu kelas apabila kornea mataku menangkap satu susuk tubuh yang sedang berlari kecil.
Sebaik sahaja tubuh itu mampir, barulah jelas wajahnya yang sedikit kebasahan. Beg sandangnya yang menjadi 'payung' diturunkan lalu dilap ala kadar.
Senyuman manis diukir. Matanya tunak memandang ke arahku lalu tangannya naik menggamit supaya aku mendekat.
Tak tahu kenapa tapi aku cuma sekadar menurut.
"Awak buat apa kat sini?" Soalku sebaik sahaja aku menghadapnya di depan pintu kelas.
"Nak jemput kau lah. Hujan lebat ni!" Jawabnya dengan nada yang sedikit tinggi demi menyaingi bunyi hujan.
"Jemput pakai niat ke?" Perliku. Melihatkan keadaannya aku sendiri tahu dia takda payung apatah lagi baju hujan.
"Nak aku luku, sayang. Tak sampai hati. Jomlah, slow-slow turun bawah. Aku bawak kereta aku kat lobi nanti kau tunggu situ je."
"Sayang konon. Bukan dah banyak kali ke awak luku saya sebelum ni?"
"Tu sebab kau lampi!"
Aku pukul lengannya dengan beg sandang.
"Nak balik dengan aku tak?"
"Tak nak!"
"Betul? Tak nyesal? Hujan lebat ni takda grab nak amek kau."
"Betullah. Awak nak balik, pergilah balik sorang."
Azhad mengeluh kecil.
"Jomlah, Ra. Takkan aku nak biar kau balik sendiri dengan cuaca gini? Cuba sekali tu jangan lawan cakap aku," rajuknya tiba-tiba.
"Lawan apa pulak? Awak tu takda kena mengena dengan saya, Had. Selama awak tak muncul dalam hidup saya, elok je saya hidup sendiri. Hujan ke ribut petir ke boleh je saya survive?"
Entah kenapa aku lantang menyakiti hatinya begitu padahal Azhad hanya menghulurkan bantuan. Egois sungguh ya seorang Yara!
Nyata apa yang terlafaz dari dua ulas bibir ni membuatkan lelaki di hadapanku tersentak. Perlahan bibirnya mengukir senyuman nipis. Anggukan kecil diberikannya sebelum Azhad mula melangkah pergi.
Waktu itu barulah aku tersedar aku silap menyusun kata lagi. Kali kedua, Had merajuk. Rasain loh, Yara!
Fikiran aku stuck untuk beberapa ketika.
Saat otakku mula berfungsi dengan baik kembali, bayang-bayang Had dah lesap.
Cepat- cepat aku kejar dia walaupun aku tak tahu dia pergi arah mana. Tiba-tiba, ting!
Parkir!
Aku meniti di tepi-tepi bangunan hingga tiba di kawasan parkir yang luas. Hujan masih belum ada tanda-tanda mahu berhenti tetapi sudah kurang lebat dari tadi membolehkan aku menebarkan pandangan mencari kelibat Azhad.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Short StoryShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.