"Setiap orang yang hadir dalam hidup kita membawa antara 2 maksud. Pertama, membawa kebahagiaan. Dan yang kedua, sebagai pengajaran.."
🌷🌷🌷
"Jom, kita lepak sini. Berbual sementara tunggu kawan Fiya sampai," ujar Naim suatu hari ketika mereka bertemu di bandar.
Awalnya, Safiya keluar bersama Airaa. Mereka berpecah mengikut haluan masing-masing dan berjanji akan bertemu di situ pada waktu yang telah ditetapkan.
Safiya mengangguk. Bersetuju. Mereka memilih untuk melabuhkan duduk di sebuah kerusi bersebelahan kawasan rehat pemandu teksi.
Safiya menongkat dagunya dengan tangan. Sikunya direhatkan di atas paha. Tanpa aba-aba, Naim menolak tangan Safiya menyebabkan dia tersengguk. Safiya menjeling sebelum kembali menongkat dagunya.
Sekali lagi, Naim menyakat. Ditolak kembali tangan Safiya. Kemudian, dia ketawa apabila melihat gadis itu tersengguk.
"Awak!" Marah Safiya.
"Ya, saya?"
"Janganlah kacau saya.."
"Janganlah marah. Saya suka buat macam tu kat kawan-kawan saya masa kat sekolah," jawab Naim selamba.
"Tu kawan-kawan awak.."
"Habis tu, awak bukan kawan saya ke?" Soalnya.
Safiya terdiam. Betul juga.
"Memanglah tapi saya.."
"Tapi awak apa..?" Sengaja Naim menduga.
"Takda apalah. Ish, awak ni. Jangan buat lagi!"
"Yelah-yelah. Usik sikit pun tak boleh.."
Safiya meraup wajahnya. Kenangan ketika bersama Naim masih segar di ingatan. Waima sekecil perbuatan lelaki itu, dia masih ingat.
Alahai hati. Bila dah sayang, biar dah bertahun semuanya berlalu..memori itu tak pernah padam.
Selepas pertemuan kembali dengan Naim seminggu yang lalu, fikiran Safiya sarat dengan wajah lelaki itu.
Berkali-kali dia cuba menepis bayangan Naim dari benak namun segalanya bagaikan sia-sia.
'Dahlah, Fiya. Jangan fikir dia lagi. Dia dah ada life dia sendiri. Dah ada isteri, ada anak dan keluarganya sendiri'.
Memikirkan anak dan isteri Naim, Safiya rasa bagaikan sesuatu mencengkam hatinya. Perit. Sakit. Namun dia harus berusaha membuang Naim jauh dari minda, jauh dari hidupnya.
Kini, dia tidak lagi tertanya-tanya tentang perasaan Naim padanya suatu ketika dahulu. Segala-galanya bagaikan sudah terjawab. Safiya mengeluh kecil.
"Akak okay ke? Nampak tak bermaya je?" Tegur Adam apabila mendengar keluhan dari mulut majikannya.
Safiya tersentak. Dia hampir terlupa yang dia sedang menyiapkan kek bersama pekerjanya, Adam.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Cerita PendekShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.