Okay²..ni last part okay? Sis cuba jugak tamatkan di sini. Takut jadi novel pulak🤣
...
"Abang, maafkan Adra. Adra dah janji. Adra doakan abang bahagia dengan Maira. Maafkan Adra kerana terlalu mencintai abang..."
Mesej-mesej Ehsan aku scroll lagi berkali-kali. Sungguh, aku tak kuat. Hampir-hampir sahaja aku membalasnya. Kemudian, aku buka media. Penuh dengan gambar-gambarnya. Gambar ketika dia sedang bekerja, makan, dalam kereta. Semuanya aku tatap semahunya. Aku hamburkan segala kesedihan. Mengharapkan agar kepedihan ini terhenti di sini.
Mencintai Ehsan adalah suatu anugerah. Namun, tak semua anugerah itu aku mampu untuk memilikinya. Kalau bahagia lelaki itu adalah bersama Maira, bukan dengan aku, aku harus redha. Kerana kasih sayang dan cintaku padanya terlalu kuat dan apa yang aku mahukan, hidup Ehsan bahagia. Itu sahaja.
Bersama satu tekad, aku kesat airmata. Senyuman tawar aku ukir. Nama Ehsan aku padam dari contact. Moga terpadam jua namanya dari hati suatu hari nanti.
...
2021
Keluar dari bilik bigboss, aku tersenyum lebar. Tak sia-sia aku korbankan banyak perkara untuk menyiapkan projek yang telah diamanahkan. Cukup satu pujian, aku rasa semuanya berbaloi, pay off.
Ura-ura tentang tentang pertukaranku ke Selatan Tanahair juga sudah heboh diperkatakan. Bigboss baru je buka cawangan syarikat yang baru di Selatan, katanya dia perlukan seseorang yang boleh dipercayai untuk bersama-sama dengan anaknya untuk menerajui tampuk pimpinan di sana.
"Anak bos handsome tau, Adra?" Kata Ros ketika kami menikmati makan tengahari.
"Handsome pun tak boleh buat apalah, dah nak jadi laki orang Ros oit!"
"Betul juga kan? Takpalah. Nanti mana tau ada staf bujang yang kacak-kacak. Bolehlah kau ngorat..."
Aku letakkan sudu dan garfu.
"Kau dah kenapa sibuk carikan jodoh aku. Kau fikir macam mana nak teran tu je. Takut aku tengok perut kau. Macam nak meletop!" Aku tertawa kecil.
Ros mengusap perutnya. "Itulah kan. Dah nak beranak dah aku ni. Excited tapi dalam masa yang sama aku sedih pulak."
Tanpa soalan, aku cuma menjungkit kening.
"Yelah, aku cuti bersalin nanti, kau dah transfer ke JB. Masuk kerja, kau takda dah kat company ni. Sedihlah aku takda geng nak membawang..." suaranya perlahan. Alahai mak buyung ni. Makin nak beranak makin sensitif.
"Apa susah, kau mintaklah transfer sekali..."
"Ish, kau ni! Dah tu, nak tinggal laki aku kat sini sorang-sorang? Tak nak aku!"
Aku ketawa lepas. Tau pun sayang laki!
...
Sudah hampir sebulan sejak aku ditukarkan ke JB. Bigboss pun dah bertukar. Anak Encik Jalal, walaupun jenis muka serius tapi sebenarnya dia baik hati. Kalau kau buat kerja okay, okaylah dia layan kau. Kalau buat salah, takkan dia nak timang-timang ye dak?
"Adra, you boleh tak tolong I?" Soal Encik Jayden.
Aku baru habis discussion dengan dia kat bilik meeting.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Short StoryShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.