"Bukan mudah memberikan kata maaf namun kemaafan itu merupakan dendam terindah.."
🌷🌷🌷
Zarul berdiri di balkoni biliknya. Sepucuk surat yang baru diterimanya diketuk perlahan-lahan pada penghadang besi. Otaknya ligat berputar memikirkan isi kandungan surat terbabit.
Sesuatu yang selama ini dia impikan. Sejak dari awal dia memulakan kariernya sebagai pramugara.
Surat itu kemudian dibaca lagi.
The British Airways Cabin Crew Apprenticeship Training Offer.
Nafas panjang dihela. Offer ni cuma sekali seumur hidup.
Kalau dia terima, dia bakal berhijrah ke luar negara. Apprentincesship Training ini mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan. Ya, setahun. Sekiranya berjaya, peluang mengembangkan kerjayanya terbuka luas.
Tapi Safiya? Bagaimana dengan gadis itu?
Kau lupa ke Zarul? Fiya cakap dia anggap kau kawan dia je? Hati dia masih pada mamat tu!
Arghhh!!
Zarul berperang dengan perasaannya sendiri.
Telefon dicapai, nombor Safiya dicari. Hanya beberapa deringan, gadis itu menjawab panggilannya.
"Hai, sayang.." tegurnya ramah. Puas Safiya membebel bila dia menggunakan panggilan itu namum Zarul tak peduli. Safiya memang kesayangannya.
"Hai, Zarul. Haish, malas dah I nak tegur pasal sayang tu. You ni degil kan?"
Zarul ketawa. Safiya marah pun dia rasa comel. Alahai, sayang.
"Sayang. Sayang. Safiya sayang.." sengaja dia ulang-ulang menyebut perkataan itu.
Safiya ketawa sudahnya. Geram-geram juga tapi dia tahu Zarul gemar menyakat. Lagi dia marah, lagi lelaki itu suka. Jadi, lebih baik dia tukar topik.
"So, Mr.Stewardess. What can I do for you?"
"Just love me back. That's it.."
"Zarul.."
"Ya, sayang.."
"Kalau you main-main lagi, I'll hang up," sengaja Safiya mengugut.
"Yelah. You buat apa tu?"
"I baru je lepas solat isyak. Now, I'm laying on my bed and reading.."
"Baca buku apa?"
Safiya bercerita tentang buku yang dibaca. Zarul setia mendengar. Dia suka dengar suara Safiya berceloteh. Bagaikan halwa telinga buatnya.
"Zarul?"
Terbuai dek suara gadis itu, Zarul sedikit tersentak bila Safiya menegur.
"Yes? I'm listening,"
"Yelah tu. You kenapa? Lain je? You ada problem ke, Zarul? You know, you can share anything with me. I'm a good listener..," ujar Safiya.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Krótkie OpowiadaniaShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.