☘☘☘2001
Hai, nama aku Nayla. Nayla Nasuha. Aku berusia 16 tahun. Ya, masih bersekolah di tingkatan empat. Tahun 2001, teknologi tidak secanggih kini. Handphone yang paling aku ingat masa tu sizenya sebesar botol air. Dah macam walkie talkie. Zaman kami anak-anak 80an yang hidup dengan hiburan dari kaset, tape dan televisyen semata.
Okay, aku tak nak membebel pasal teknologi sebenarnya. So, better aku start cerita kisah aku.
Hari Sabtu, cuti hujung minggu. Aku dan kawan-kawanku bercadang mahu pergi ke satu karnival di tengah bandar. Maka, selesai bersarapan, aku menggalas beg sandang, menyarung kasut sebelum menapak ke rumah seorang kawan yang telah semua sepakat untuk berkumpul. Jam 10 pagi, kesemuanya telah tiba dan kami menaiki bas.
Hari cuti begini masih pagi, jadi bas agak lengang. Bersyukur juga kerana tidak perlu berhimpit atau berebut kerusi.
Tiba di stesen bas bandar, kami berempat turun.
"Aku nak beli air kejap. Hauslah. Kang nak kena menapak pula," ujar Ema, salah seorang kawanku.
Bersetuju, aku, Hani, Bella dan Ema menapak ke arah deretan kedai di stesen bas tersebut. Masing-masing membeli air minuman untuk bekalan berjalan kaki nanti. Aku mencapai air tin 100 plus dan sebungkus buah jambu potong.
Selesai membayar, kami mula mengatur langkah menuju ke tapak karnival. Ketika ini matahari sudah hampir terpacak di atas kepala. Jarak dari stesen bas ke tapak karnival boleh tahan agak jauh. Memang boleh becak ketiak kalau macam ni. Mujur juga aku memakai tshirt berkain kapas yang agak selesa.
Tiba di karnival, pengunjung masih tidak terlalu ramai. Boleh dikatakan agak lengang juga. Mungkin masih awal. Aku dan tiga orang lagi sahabatku mengambil keputusan untuk mencuci mata di booth-booth yang terdapat di situ.
Sedang membelek beberapa helai tudung di sebuah booth, suara juruacara di tempat sound system bergema.
"Selamat datang ke Karnival XX. Okay, untuk pembukaan hari ni, saya menjemput kumpulan UNIQUE untuk naik ke pentas membuat persembahan. Dipersilakan!"
Serentak, kepalaku dan yang lain berpaling melihat ke arah pentas utama yang terletak tidak jauh dari tempat kami berdiri. Sebuah kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang remaja lelaki naik ke pentas dengan mikrofon di tangan masing-masing. Bersongkok dan memakai kurta. Dari penampilan mereka, aku pasti mereka merupakan sebuah kumpulan nasyid.
"Jom weh, pergi tengok dekat sikit!" Ajak Hani.
"Jom!" Jawabku lalu Ema dan Bella mengangguk. Kami pun mula merapat ke arah pentas. Waktu itu memang boleh dibilang dengan jari sahaja penonton yang ada.
Muzik mula bermain. Melodi yang indah pada pendengaranku, berkumandang.
Aku berdiri di kiri pentas. Di bawah booth, menyandar pada tiang. Tanganku memeluk tubuh.
Remaja lelaki yang kecil molek, berwajah baby face memulakan nyanyiannya. Aku fikir itu vokalis utama kerana dia berada di tengah. Di hadapanku, seorang anggota kumpulan itu bertubuh agak kurus dan tinggi lampai sedang menunduk memegang mikrofonnya. Mungkin menanti gilirannya pula menyumbangkan vokal.
Tiba di chorus, lelaki tinggi itu mengangkat wajah. Serentak, pandangan kami bertaut. Sesaat dua, dia mengalihkan pandangan lalu mula menyanyikan verse nya. Aku terpegun dengan suaranya yang merdu. Tanpa sedar, aku hanya memusatkan pandanganku pada dia sahaja. Aku sendiri tidak pasti kenapa.
Sesekali aku sedar, dia juga mencuri pandang ke arahku. Mungkin memandang salah seorang dari kami. Atau hanya aku? Ah, perasanlah kau Nayla! Kau ingat kau lawa sangat ke yang dia nak pandang kau? Sempat aku mengutuk diri.
YOU ARE READING
SHORT STORY 🎬
Historia CortaShort Story merupakan koleksi cerita² pendek yang bergenre romance.