Mahabbah Rindu 3

4.8K 325 51
                                    

🍃🍃


Mama sedang melayani Eiyad ketika aku menyudahkan kerja-kerja melipat kain. Pakaian Eiyad aku lipat ikut pasangannya. Renyah tapi akan mudahkan kerja di kemudian nanti. Senang nak capai.

"Aisha.." panggil mama.

"Ya, ma?"

"Aisha dengan Aril sekarang macam mana?"

Aku terdiam seketika.

"Ke-kenapa mama tanya?"

"Maaf mama takda niat nak campur tangan. Tapi Aril layan Aisha baik-baik je, kan?"

"Alhamdulillah, ma. Aril nampak terlalu sayangkan Eiyad. Tu dah cukup buat Aisha," jawabku.

"Aisha sendiri macam mana? Bahagia?"

Jeda.

"Aisha masih cuba belajar untuk terima Aril sebagai suami Aisha, ma. Semua ni bukan mudah tapi in shaa Allah Aisha cuba.."

"Baguslah macam tu. Aisha, mama tak pernah minta Aisha lupakan Shazrul. Dia tetap anak mama, ayah Eiyad, suami Aisha dulu. Semua tu kenyataan yang tak boleh kita sangkal. Takkan berubah. Cuma, mama nak Aisha rasa bahagia. Ada seorang lelaki yang mampu melindungi dan menyayangi Aisha dan Eiyad. Mama nampak kesungguhan tu pada Aril. Maafkan mama kalau Aisha rasa semua ni satu beban pada Aisha. Sejujurnya, mama takut andai satu hari nanti, Aisha dan Eiyad jauh dari pandangan mama. Eiyad satu-satunya harta yang arwah tinggalkan untuk mama, untuk kita semua.." luah mama panjang lebar.

"Ma, Aisha tak pernah rasa terbeban. Cuma, semua ni macam mengejut. Bagi Aisha masa ya, ma? Doakan rumahtangga Aisha dan Aril.."

Mama mengangguk perlahan seraya tersenyum.

"Serious je sembang?" Tegur papa yang tiba-tiba muncul.

"Takda apalah, bang. Saje sembang kosong dengan Aisha ni ha. Tengok cucu abang ni. Dah cuba-cuba nak meniti. Merangkak pun terhuyung-hayang lagi.."

Papa mendekati mama lalu menghulurkan tangannya pada Eiyad. Anak kecil itu mengekek sebelum mendapatkan atoknya.

Telefon berbunyi di sisi, aku jawab.

"Hello.."

"Hello, Aisha. Buat apa tu?" Soalnya.

"Aisha tengah lipat kain. Kenapa?"

"Abang balik lewat sikit malam ni. Kena cover member tiba-tiba ada emergency. Takda orang ganti. Jangan tunggu abang. Kalau mengantuk, awak tidur dulu.."

Aku kerling jam di dinding. Sudah hampir senja. Patutlah dia lewat pulang.

"Hmm..yalah.."

"Eiyad buat apa?"

"Tengah main dengan atoknya. Aril..hmm.."

Aku masih kekok mahu memanggilnya abang. Mujur Shahril memahami. Katanya ambillah masa banyak mana masa yang aku perlukan.

"Yes?"

"Err..". Aku menggigit jari.

"Ya, sayang? Kenapa ni?"

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now