🍂Ilusi Tak Bertepi 1🍂

7.8K 300 19
                                    

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Sedang menyuap makanan ke dalam mulut, kerusi di hadapan Shazril ditarik seseorang. Lelaki itu pantas mengangkat wajahnya. Sengihan di bibir Qabil menyapa pandangan. Helmet diletakkan di atas kerusi di sebelah sebelum kawannya itu melabuhkan duduk, menghadapnya yang sedang menikmati makan tengahari.

"Kau apahal lepak sorang? Yang lain mana?" Soal Qabil, memandang Shazril yang tidak mengendahkan kehadirannya. Selamba je mamat tu melantak. Jangankan pelawa, senyum pun tak! Heh!

"Kelas aku habis awal. Dorang on the way dah tu.." jawab Shazril malas. Suapannya diteruskan.

Qabil mengangguk. Dia kemudian bangun untuk mengambil makan tengaharinya. Aney kedai mendekatinya lalu mengambil pesanan minumannya.

Kembali ke meja di mana Shazril berada, serentak juga Ray, Bob dan Mizan tiba. Mereka berlaga penumbuk sesama mereka.

"Aney! Order air!" Teriak Bob. Laju sahaja pekerja kedai mamak itu menghampiri meja mereka.

"Teh ais!" Pesan Ray.

"Dua!" Sahut Mizan.

"Aku nak limau ais.." Bob pula bersuara. Setelah aney berlalu, Mizan bangun untuk mengambil makanan bersama Ray. Hanya Bob yang masih kekal di situ.

Shazril memandang Bob dengan kerutan di dahi.

"Kau apasal? Diet?" Perli Shazril. Antara mereka berlima, Bob bertubuh paling gempal. Sesuai dengan namanya. Mamat ni kalau makan memang macam dua tiga orang punya portion. Mentekedarah!

"Aku puasa.." jawab Bob selamba. Tangannya ligat menari di atas skrin handphonnya. Entah apalah yang ditaip!

Mahu tersedak Shazril dan Qabil mendengarkan jawapan Bob.

"Puasa jadah kau order air!" Herdik Shazril.

Bob mengangkat wajah lalu tersengih. "Puasa makan lah, bro.."

Qabil melekapkan tangannya di dahi Bob yang duduk di sebelahnya.

"Demam ke, Bob? Risau pula aku dengar ayat kau ni.."

Bob menepis laju tangan Qabil.

"Diam ah kau, Bil! Aku nak cuba diet ni. Nak kuruskan badan!"

Hampir terhambur keluar nasi dari mulut Shazril dan Qabil. Ray dan Mizan yang baru kembali dengan pinggan di tangan, terpinga-pinga tidak tahu hujung pangkal cerita.

"Sah kau tak sihat ni. Ray, pasni kau bawa Bob pergi klinik. Dia demam aku rasa.." ujar Shazril. Ketawanya ditahan demi nasi yang sedang dikunyah di dalam mulut.

Ray buat muka tercengang. Bunyi deringan telefon Qabil menghentikan ketawa lelaki itu. Dengan menggunakan sebelah tangan, Qabil menggagau gadget nipis itu di dalam poket seluarnya. Sebaik sahaja matanya menangkap wajah yang terpampang di skrin, senyuman manis terukir di bibirnya. Shazril yang memerhatikan riak wajah Qabil, terdiam seketika. Dia tahu kenapa Qabil tersenyum. Spontan, senyumannya mati.

"Hai, sayang.." tegur Qabil, mesra.

"Hai awak. Awak kat mana?" Soal Puteri di hujung talian. Puteri merupakan kekasih hati Qabil.

SHORT STORY 🎬 Where stories live. Discover now