Aku terkejut. " Bilik kesihatan tu dekat mane? Aku lupa nak bagitau yang aku budak baru." ujarnya.
Aku yang masih lagi dalam keadaan terkejut hanya menudingkan jari ke arah bilik tersebut. Dia mengangguk dan melajukan langkahnya ke arah yang kutunjuk. Sampai sahaja di bilik kesihatan, dia meletakkanku dia atas katil yang disediakan.
"Cikgu pun belum sampai, so kau duduk sini dulu. Tadi kau nak pergi kantin kan? Kau nak makan ape? Biar aku belikan." pelawanya.
'Eh tiber acah2 caring lak mamat ni. Terhantuk dinding ke ape?' monologku sendirian.
"Oi, dengar tak aku cakap ape ni?" dia memetik jarinya didepan mukaku.
"Dompet aku dalam beg laa, kau tinggalkan beg aku tadi." kataku.
"Haa, beg kau tu nnti aku bawakan ke sini. Aku belikan lah ape2 untuk kau. Jangan risau aku belanja. Well aku kan yang langgar kau tadi. Nanti aku datang balik tau" dia terus keluar dari bilik itu.
"Maluuuuunya akuuu. Macam mane lah aku boleh terserempak dengan budak baru ni Ya Allahhhh!!! Nasib baik tak ramai yang nampak dia dukung aku tadiii. Mau jadi bahan gosip sekolah. Mampus akuu." tiba2 aku baru teringat yang pinggang aku macam terkehel. Sssupp diatrikk uratnyaaa.
Aku ambil bantal dan menekup mukaku. Aku jerit sekuat hati. Sakit woiii. Kena langgar dengan motorbike ye, bukan motor mainan yang selalu budak kecik gerakkan manual pakai kaki tu. Ape punya nasib la aku ni. Malang betul. Takpe lah, janji ade oarang nak belanja makan. Heheeheheeh.
"Eh Hanna, kamu buat apa kat sini?" soal guru yang bertugas bagi menjaga bilik kesihatan pada hari ini.
"Pinggang saya terkehel cikgu, jatuh depan sekolah awal pagi tadi. Saya tak boleh nak bangun. Ni pun ade budak baru yang tolong papahkan." takkan la aku nak cerita yang dia dukung aku kan. Segan siot.
"Allahu, kejap saya ambil kan minyak panas." Cikgu Laila memang cikgu paling soft spoken and caring kat dalam sekolah ni. Aku memang suka cikgu ni sejak aku form 1.
"Meh cikgu tengok pinggang kamu. Risau jugak ade luka ke pape" katanya. Aku terus mengangkat sedikit baju sekolahku supaya senang untuk dia sapukan minyak panas.
"Teruk jugak pinggang kamu ni, ade kesan lebam lah Hanna, cikgu bawa kamu ke klinik nak?" pelawanya. Pada masa yang sama, mamat motorbike tu datang dengan bawak beg sekolah aku dan makanan.
"Wey, sorry lambat aku.." aku dan cikgu Laila memandang ke arahnya. Dia memandang ke arahku. Kemudian matanya jatuh ke arah bajuku yang sedikit terselak. Pantas dia pusing ke belakang. Cepat2 cikgu Laila cover badan aku.
"Eh Boy, kamu buat apa dekat sini?" soal cikgu Laila.
"Cikgu kenal dia ni?" soalku.
"Dia ni anak saudara cikgu, dia baru pindah sini sebab buat hal dekat sekolah lama. Terpaksa la cikgu mohon kat pengetua supaya dia dapat masuk sini." jelas cikgu Laila sambil senyum kearahku. Aku sekadar mengangguk. Gangster sekolah rupanya.
"Acu ni, ade pulak pergi cerita kat orang luar. Jangan la panggil Boy acu.Tu panggilan dekat rumah kannnnn" rengeknya. Badan je besar, tapi manjahh. Aku tergelak kecil.
" Haa kau, ni beg ngn makanan kau." hulurannya kusambut. Muka cikgu Laila kebingungan. Pndai2 la Boy tu cerita dekat cikgu nanti MUAHAHAHAHAH.
"Acu tolong Boy dulu carikan kelas, Boy dah lambat ni. Kang cikgu marah pulak" pinta lelaki itu.
"Haa yelah, Hanna tunggu sini tau. Nnati cikgu bawak ke klinik" aku mengangguk. Wajah lelaki itu berubah. Mungkin terkejut sebab cikgu Laila nak bawak aku pergi klinik. Namun dia terus berjalan mengekori cikgu Laila.
YOU ARE READING
Hanna Sofea
Romance"Dont tease me like that, cuz I cant fall in love with you" Hanna Sofea "Im yours.. Im only yours Hanna Sofea" Hariz