Aku masuk ke dalam rumah seperti biasa. 2.30 petang.
" Assalamualaikuuuumm, papaa ooo papaaa" suaraku bergema di segenap ruang di dalam rumah.
Tiada sahutan.
" Abanngggg,, hellooooo..... mane semua orang pergiii niiiii" sekali lagi suaraku bergema.
Bulu romaku merinding. Terasa sunyi sekali rumah saat ini.
Aku menuju ke dapur. Mana lah tau si Hariz ni tengah buat air ke. Eh tapi selalunya waktu2 macam ni dia kelas. Ah usya jelah.
Rumah takde orang tapi pinggan mangkuk dalam singki penuh. Periuk semua terbukak. Aku merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Baru sahaja aku ingin menoleh kepalaku sudah diserkup oleh kain hitam. " Apaaaa niiii, lepaslahhh!!!!!" jeritku sekuat hati dengan harapan ada orang yang mendengarku.
" Tak lawak laaa Harizzz nak main serkup2 macam niii!!!" marahku lagi. Namun tiada sebarang reaksi diberikan.
Tubuhku dicempung mudah oleh makhluk ni. Tubuhnya yang jauh lebih besar dariku serta otot kekar milik tangannya dapat ku agak yang cuba nak culik aku ni seorang lelaki.
Sedang kumeronta minta dilepaskan aku terhidu sesuatu. Otak kata jangan hidu, tapi hati degil nak hidu.
Sedikit demi sedikit bau tersebut menusuk ke dalam rongga hidungku. Rontaanku semakin lemah. Sah ni punca kloroform. Otak dah kata jangan bau, dia pergi sedut jugak. Bijak betul kau ni Hanna.
Badanku terasa lemah dan tiada lagi pergerakan yang dapat kulakukakn. Seolah-olah badanku lumpuh seketika.
" Bawak masuk dalam van cepat, budak ni dah lemah" telingaku masih dapat menangkap dengan jelas setiap bait kata yang dituturkan.
Macam pernah dengar suara ni, tapi kat mana ye.
Namun, itu merupakan ayat terakhir yang aku dengar sebelum kepalaku terasa berat dan aku terbuai dek penangan kloroform tadi.
" Woi, bangun" sapa satu suara.
Mataku yang terasa berat kubiarkan seketika. Tak ku hirau suara yang mengejutkanku dari tidur yang lena itu.
Tiba2 aku merasakan ada tamparan air yang kuat terkena pada mukaku. Kebas muka aku ni haa. Dah la sejuk. Mataku terus terbeliak menahan rasa sakit air yang termasuk dalam hidung. Perit matt.
" Bangun pun, ingatkan dah mati tadi" kata seorang lelaki berbadan sado sambil memegang baldi. Dia ni la yang siram aku tadi kut.
Badanku sudah menggigil kesejukan. Dengan baju sekolah belum tukar lagi tau2 kena culik pulak. Apa la nasib aku ni.
" Kau nak ape" kedengaran dingin suaraku. Aku tak cari pasal dengan orang, tapi orang suka cari pasal dengan aku. Pelik sungguh la.
" Tak perlu tau, aku cuma jalankan tugas aku. And kau tunggu je sampai bos aku datang" katanya lelaki sado itu lagi.
" Aku tak cari pasal dengan siapa2, kenapa kene culik aku. Aku bukan anak orang kaya pun, aku takde duit nak bagi dekat bos kau tu. Lepaslahh gila" makiku.
Pang. Sedas penampar diberikan kepadaku. Berpinar jugak la mata kena tampar dengan lelaki.
" Kau bising lagi sekali aku tembak kau" ugutnya sambil mengacukan sepucuk Desert Eagle dihadapan wajahku.
Siapa je yang tak cuak kan. Aku pun dengar la cakap dia. Apa boleh buat, aku kena ikat ketat. Nak ludah muka dia takut kena tembak mati sia-sia je.
Aku berdoa dalm hati supaya sesiapa tolong selamatkan aku. Tapi masih belum ada tanda2 orang sedar kehilangan aku. Nak nangis pun tak guna, bukan mama papa tau aku kat sini. Ya Allah kau bantulah aku.
Pintu utama gudang dibuka. Mataku ligat melihat siapakah gerangan 'bos' mamat sado ni. Mamat sado ni berlari2 anak bagi mendapatkan bosnya yang ingin memasuki gudang ini.
Aku terkesima apabila melihat figura yang sangat kukenali. Peluhku mula merenik di setiap bahagian tubuhku.
YOU ARE READING
Hanna Sofea
Romance"Dont tease me like that, cuz I cant fall in love with you" Hanna Sofea "Im yours.. Im only yours Hanna Sofea" Hariz