Part 17

2.3K 15 0
                                    

'Eyy apesal sempit sangat ni. Sejak bila aku ada teddy bear' rengekku dalam hati. Dalam keadaan yang malas aku menolak objek yang membuatkan katilku sempit. 'Ape pasalla tak bergerak ni woi. Berat la siot' keluhku lagi.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Abang. Auto nafas tersekat. 'Weh dia tidur dengan aku ke malam tadi' terasa bahang seluruh muka. 'Ah sudah, macam mana aku nak bangun ni' kepala yang tidak gatal kugaru. "Jangan garu kepala tu kuat sangat, tertanggal kulit kepala nanti" ujar abang. 'Omoo, dia dah bangun ke sia. WEYHH BAPAK MALU SIAA' aku rasa muka aku dah merah teruk dah ni.

"Sekarang dah bukul berapa Hanna?" soal abang dengan suara garaunya. Bergetar pundi aku dengar suara serak basah dia. Ya Allah, tu abang kau la gila. Jangan cari pasal boleh tak.

"Aaaa, pu..pukul 6.30" jawabku. Perlahan-lahan dia alihkan tangannya yang sedari tadi memeluk tubuhku. "Dah, bangun solat" arahnya. Aku sekadar mengangguk.

Baru sahaja aku duduk di birai katil dia tiba-tiba mendekatiku. "Btw selamat pagi, terima kasih bagi pinjam katil" ucapnya sambil mencium dahiku. Hampir meletup mukaku. Bodo la dia ni. Tak tau ke aku malu nak mampus ni. Malu sebab dia peluk aku tadi pun tak habis lagi. Cepat- aku masuk ke dalam bilik air. Malu yang amat.

"Hanna..Hariz..turun makan" panggil mama dari tingkat bawah. "Ye maa.. kitorang datang" sahut abang. Memandangkan harini doktor bagi MC, aku duduk rumah je lah.

"Eh Hariz, kamu buat ape kat bilik Hanna ni?" Soal mama yang sedang menapak naik tangga. Aku curi-curi dengar dari dalam bilik air. "Aaa.. Hariz tertido sini malam tadi maa, tau2 dah subuh Hanna kejut tadi hehe" suara abang kedengaran gementar.

"Habistu, Hariz tido atas katil dengan Hanna ke?" soal mama lagi. 'Apesal pelik semacam je soalan mama ni' monologku. "Eh, tak lah maa.. Takkann laa Hariz nak tido sekatil ngn dia, Hariz terlelap atas meja belajar dia.. haa.. Hariz tak sengaja" terangnya lagi. Dahiku berkerut. Kenapa nak kene tipu mama?

"Lain kali jangan buat lagi faham? Mama tak suka tau macam ni. Hariz kene ingat janji Hariz dengan mama. Faham tak?" Keras suara mama menegur abang. "Fa..faham maa" balas abang.

Well, that's weird. Janji apa ni? Ade ape2 yang mama ngan abang sorok daripada aku ke. Shower kubuka dengan perasaan yang kosong. Time hits different here. Kenapa abang kene tipu mama? Ape yang abang dah janji ngan mama? Kenapa mama marah abang tido sebilik dengan aku? Dia abang aku kut, bukannya oarang luar. Eish serabut lah.

Hanna SofeaWhere stories live. Discover now