Part 27

1.8K 15 2
                                    

Seperti biasa, Boy akan menghantar aku pulang kerumah. Bila ditolak katanya rumah aku dengan dia satu jalan aje. Jadi aku pun iyekan aje. Bende boleh naik motor buat apa jalan kaki eventho rumah aku takde la jauh mana. Tapi tetap berkecah jugak la ketiak bila jalan kaki. Maklumla ini Malaysia, bukan UK.

" Yeay kita dah sampai. Come, lemme help you take it off" katanya sambil membuka kan helmet yang kupakai. Dia juga membuka helmetnya.

" Nak minum2 dulu tak? I buatkan you air untuk balas kebaikan you tumpangkan I balik rumah" pelawaku.

" Takpe, I ikhlas je ni. Tak menyusahkan pun. Lagipun I tak suka tengok orang yang I sayang penat2 jalan kaki balik rumah" katanya sambil mengusap lembut pipiku.

" Poyo lah you, 4 tahun lebih I jalan kaki pergi balik sekolah. Rilek je" kataku sambil tersenyum senget. Pandai betul mengayat.

Dia tersengih. " Okey lah, kalau takde apa2 I masuk dalam dulu ea?" pamitku namun tangannya pantas menahanku.

" I can't imagine what will happen if I loose you one day" katanya2 buat aku terdiam. Kenapa tiba2?

" Merepek lah you" kataku sambil cuba menarik kembali tanganku.

Boy enggan melepaskan tanganku. Dia terus memelukku tanpa kata. Hatiku turut lembut, pelukannya kubalas. Macam ada sesuatu yang nak diluahkan, tapi dia pendam. Mungkin ada sebab tertentu.

Telingaku menangkap bunyi deruan enjin. Aku meleraikan pelukan. Begitu juga Boy. Entah kenapa hati aku rasa tak sedap. Abang keluar dari perut kereta dan menghentam pintu kuat.

" Masuk!" arah abang dengan mukanya yang merah padam

Aku terkedu namun tidak seinci pun aku bergerak dari tempat aku berdiri. Otak tiba2 tak berfungsi. Time2 ni la dia tak nak bagi kerjasama.

Aku perasan riak wajah Boy yang berubah. Mungkin terkejut disergah begitu. Tanganku dipegang erat oleh Boy.

" Kau lepaskan tangan dia sebelum tangan aku melekat kat muka kau. Jangan sampai kau balik dengan batang hidung kau yang patah" ugut abang.

Namun Boy tidak bergerak walau sedikit. Seolah2 ugutan abang tu hanya halwa ditelinganya. Aku yang mula cuak terus menolak perlahan tangan Boy. Dia hanya memandangku dengan wajah sedih. Seolah2 tidak mahu meninggalkanku bersama abang

" You balik dulu, nanti I call you" pujukku lembut. Aku tak sanggup nak tengok abang aku bertumbuk dengan si Boy ni. Kang tak pasal ke lokap dua2 ekor ni.

Abang yang sedari tadi memerhati menarik kasar lenganku. " Aku kata masuk tu masuk, menggatal dengan jantan buat apa!" jerkahnya.

Baru sahaja Boy ingin menarikku sempat abang memberi amaran " Kau jangan sesekali masuk campur. Dia hak aku dan kau tu cuma orang luar. Faham?!" keras nada abang.

Mataku cuma memandang wajah Boy yang jelas sebersalah kerana tidak menghalang abang. Namun dia tiada pilihan selain menghantarku dengan pandangan redupnya sehingga aku hilang dibalik pintu utama rumah.


I'm sorry..

Hanna SofeaWhere stories live. Discover now