Cikgu Laila terus menghantar aku pulang ke rumah sebaik sahaja pulang dari klinik. Surat cuti yang diberikan oleh doktor kusimpan rapi di dalam plastik ubat.
"Dekat rumah ada siapa2 tak?" soal cikgu Laila.
"Selalunya, kalau abang balik awal. Dia dah ade kat rumah" terangku.
"Nak cikgu papah masuk tak?" soalnya lagi. Aku menggeleng. Kesian cikgu, tak pasal2 kene jaga aku.
"Cikgu pergilah sekolah, saya minta maaf ambil masa cikgu. Jumpa esok cikgu. Terima kasih tumpangkan saya" balasku sambil keluar dari kereta Iriz merah miliknya. Cikgu Laila membalas dengan senyuman lalu beredar dari kawasan perumahanku.
Perlahan2 aku memasuki pagar rumahku. Sunyi. 'Abang belum balik kut.' Pinggang yang masih sakit kugosok perlahan. Nak jalan pun payah masalahnya. Ape la nasib.
"Assalamualaikum" aku memberi salam sejurus memasuki rumah. aku daki satu persatu anak tangga yang menuju ke tingkat atas.
"Awal Hanna balik?" hampir gugur saja jantungku mendengar suara itu. Abang.
"Tadi ade budak langgar Hanna, tapi lebam sikit je. Alhamdulillah belum mati lagi" ujarku. Sarkastik betul ayat aku. Berubah muka abang lepas dengar penjelasanku.
"Kenapa Hanna tak call abang?!" dia turut bantu memapahku hingga ke bilik.
"Takpe, dah ade cikgu yang hantarkan Hanna pergi klinik. Budak tu pun belanja Hanna breakfast tadi. I'm okayy" jelasku lagi.
"Laki ke pompuan?" dahiku bertaut. Sejak bila abang aku amik kesah pasal jantina member aku ni. "Lelaki la, sebab dia bawak motorbike" terbeliak mata abangku dibuatnya.
"Astaghfirullah Hanna, motorbike tuuu besarr tauu takk??!! Bukan motor kapcai tau! Hanna kene tolak pun dah boleh tergolek. Ini kan pulak kene langgar, melayang laa awak." okey aku tak tau kenapa aku blushing sekarang ni. Abang aku caring sangat ni dah kenapa?
Abang keluar dari bilikku. 'Eh dia ni, tadi caring sangat. Ni blah pula' aku sekadar mencebik. Tak sampai seminit dia kembali sambil membawa air suam dan minyak panas.
"Doktor bagi ubat ape? Meh sini nak tengok" arahnya. Aku terus menghulurkan plastik putih yang diisi ubat-ubatan. Maklumlah, abang aku ni amek course medic. Semua jenis ubat dia hafal. Gila hebat otak dia ni.
"Mane yang sakit? abang nak letak minyak" tanya abang.
"Takpe, tangan Hanna elok lagi. Boleh sapu sendiri" aku menolak. Segan pulak nak bagi dia tengok badan aku walaupun dia penah tertengok lebih dari tu.
Tiba2 dia mendekatkan wajahnya dengan mukaku. "Aaaaaa sini, pinggang kanan ni lebam.. Haaa lebamm.." terus aku mengangkat sedikit bajuku. Dia tersenyum senget. Ahhh aku paling lemah nampak dia senyum macam tuuuuu. Ahhh aku tak boleh lah macam ni. Dia menjarakkan sedikit dirinya dari badanku. Minyak panas tadi disapu perlahan.
"Feeling better?" soalnya. Aku hanya mengangguk.
"MC berapa hari?" soalnya lagi. Aku mengangkat jari telunjuk yang menunjukkan 1 hari.
"Lusa biar abang hantar pergi sekolah. Kelas abang petang" katanya.
"Takpe Hanna boleh jalan kaki.."
"Shhh shhh, this is an order. Takde bantahan. Full stop" jari telunjuknya diletakkan di bibirku. Kemudian diolesnya bibirku.
"Hanna tanggungjawab abang, and you'll be my priority forever" ujarnya lalu bangun dan keluar dari bilikku.
Again, jantung aku berdegup laju...
YOU ARE READING
Hanna Sofea
Romance"Dont tease me like that, cuz I cant fall in love with you" Hanna Sofea "Im yours.. Im only yours Hanna Sofea" Hariz