Part 31

1.8K 14 1
                                    

    Selepas bersarapan dan salam papa aku pergi ke sekolah seperti biasa. Rutin harian aku pergi sekolah jalan kaki dah tamat. Kini Amir sentiasa tunggu di depan pintu rumahku sebelum pukul 7.05 pagi. Dan dia sangat disiplin dengan waktu tidak pernah lambat walau seminit.

Aku turut membuka cerita tentang aku diambil sebagai anak angkat kepada papa. Mula2 reaksi papa terkejut la sebab dia tak pernah cerita pasal tu dekat aku tapi aku dah jelaskan semuanya. Konon2 aku la yang paksa Hariz cerita aku ni siapa dalam keluarga ni

Ye lah, aku kan pernah menguping bila mama tegur abang tidur satu bilik dengan aku. So, papa pun mintak maaflah sebab tak bagitau awal2. Aku tak kesah, yang penting diorang semua masih sayangkan aku cuma Hariz dia masih belum tunjukkan diri dia pagi ni. Mungkin sebersalah dengan apa yang jadi kut.

Papa pun ada bagitau yang mama akan discharge petang ni. And papa cadangkan nak bincang hal aku dan Hariz besok. Taknak pressure mama lagi. Biar lah bagi mama rehat secukupnya. Doktor kata darah mama naik sebab terkejut, sebab tu semalam doktor cucuk ubat tidur bagi mama bertenang and berehat.

Lamunanku terhenti sebaik sahaja Amir memarkir motornya di tempat yang disediakan.

" Jom, I nak masuk kelas cepat. Nak study dulu" ujar Amir.

Aku mengangguk dan menuruti setiap langkahnya menuju ke kelas. Aku perasan Amir curi2 pandangku dari ekor matanya.

Tangannya pantas menggapai tanganku dan dia menggenggam erat setiap jemariku.

" Uiii, orang nampak laa nanti" aku yang terkejut cuba untuk meleraikannya.

" Alaaa tak ramai orang pun lagi, I nak pegang tangan you puas2. Nanti dah masuk kelas I lepas okay?" sengihnya. Eyy nasib hensem aje tau mamat. ni.

Aku cuma tergelak kecil, macam2 la perangai dia ni.


-- kelas --

Sampai sahaja di dalam kelas, aku melihat Sabrina yang sentiasa menanti aku di tempat duduknya.

" Morning bestie" ucapku sambil menepuk perlahan belakang badannya. Amir turut melambai ke arah Sabrina.

" Morning nyah, sila2" katanya sambil menepuk-nepuk kerusiku.

Aku menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah Sabrina. Aku melihat Amir juga turut duduk di tempatnya dan mengeluarkan buku. Rajin betul nak study.

" Amboiii, menjak kapel ni mata tu tak lepas pandang Amir ajee. Aku congkel mata kau nanti" ugut Sabrina.

Aku ketawa melekek. Entah apa yang kelakar sangat pun aku tak tau la. Tapi aku sumpah terhibur dengan minah ni.

Kami berdua pun mengeluarkan buku mengikut subjek yang telah dijadualkan. Pembelajaran bermula seperti biasa memandangkan percubaan pun semakin hampir. Semua guru bertungkus-lumus memberi soalan spot dan kata kunci bagi setiap bab yang sudah dipelajari. Revision time la kiranya.


-- tamat waktu persekolahan --

" Guys, aku cau dulu tau. Mak aku dah sampai. Tataaaa" kata Sabrina sambil melambai2 kan tangannya ke arah aku dan Amir.

Aku dan Amir serentak melambai kembali ke Sabrina. Namun di sebalik pagar sekolah aku melihat ada kelibat yang memakai hoodie hitam. Of course la bulu roma aku meremang sebab dia berdiri betul2 menghadap aku.

Tapi aku takde la menggelabah tak tentu pasal. Mungkin dia tunggu orang lain kut, kebetulan pulak terpandang aku. Haaa husnuzon tu penting.

" Hanna Sofea, nak balik tak?" soal Amir.

Tersentak aku dari lamunan. Aku terus mengangguk. Jangan fikir bukan2 Hanna. Amir memakaikan topi keledar di kepalaku. 

Motor Amir laju meluncur keluar dari perkarangan sekolah.


Hanna SofeaWhere stories live. Discover now