Part 9

2.9K 19 0
                                    

"Aku nak buat ape ye pagi ni?" kepala yang tidak gatal aku garu sekuat mungkin. 

Rumah sunyi even aku duduk berdua dengan abang. Aku menuju ke arah laman mini buatan mama sejak aku berumur 12 tahun itu. Warna hijau yang tak pernah pudar membuatkan sesiapa yang duduk kat situ berasa tenang. Tapi langit tak selalu cerah. Awan gelap mulai berarak di langit bagi melitupi cahaya matahari. Jam di dinding kupandang sekilas. Pukul 10.30. Sliding door yang aku buka tadi ditutup rapat. Risau air hujan masuk je ni. 

"Alang2 nak hujan ni, baik aku tidur. Wuu syoknyaaa" aku tersenyum gembira membayangkan katil yang bakal jadi mangsa tidur mati aku.

Percikan gerimis di tingkap menandakan hujan lebat akan turun. Kaki aku lajuu menaiki anak tangga. Tiba2 kedengaran bunyi guruh berdentum di langit. 

"AHHH, MAMAAA!!!" Aku menjerit sekuat hati kerana terkejut dengan bunyi guruh tersebut. Aku memang takut dengan guruh. Kalau mama ade, aku selalu menyorok bawah ketiak mama. Dah tua bangka pun penakut. Ah, peduli apa aku. Dah aku takut, nak buat macam mane.

Bunyi guruh yang berlarutan membuatkan aku pantas mendaki setiap anak tangga. Aku takut. Sangat takut. Mataku mulai berkaca. 

"Kenapa mama belum balik? Hanna takut" rengekku seperti anak kecil. Aku menutup telinga kerana dentuman guruh yang sangat kuat. Aku menerjah bilik abang. Terus aku berselubung di dalam comforter milik abang. Aku takut. 

"Mamaa balik laa cepat, Hanna takut maa" hampir kuyup bajuku dibasahi air mata. Aku merasakan ade tangan yang menarik comforter ni.

"Lah, Hanna Sofea.. Kau buat apa kat dalam bilik aku nii?" soal abang dengan keningnya yang bertaut. Reaksi mukanya berubah bila nampak mataku sembap dan terdapat sisa air mata di pipiku. 

"Eh, napee nangis ni. Sape buat kau?" soal abang lagi. Dia mengelus lembut pipiku sambil menyeka air mata yang masih tersisa. Aku rasa ni pertama kali dia caring dengan aku. Sebelum ni tak pernah2 dia baik ceni dengan aku.

"Gu..guruhhh, Hanna taa..takuut" balasku teresak2. Aku cuba larikan pandangan sebab aku nampak dia hanya bertuala. Rambut dia basah, mungkin baru lepas mandi kut.

 "Shhh shh, okey2 abang ade, jangan risau. Hanna jangan takut, abang ade ni." mukaku berbahang bila dia menarikku dalam pelukan. WEHSHGDGHNDBFFHFJ DIA BAHASAKAN DIRI DIA ABANGGG KE TADII????!!! SEJAK BILA DIA BAIK GILA DENGAN AKU CENIIII. 

Aku teragak2 nak baring kat dada dia. Kau tengok lah dia ni, dengan tak berbaju lepastu peluk aku. Maluuu tau tak.

Abang mengelus rambutku yang panjang dengan lembut. Hatiku rasa tenang, tiada lagi bunyi guruh kedengaran. Auto kering air mata bila ade orang pujuk. Kenapa aku dengar jantung dia berdegup laju ek. Kepala aku ni berat sangat ke smpai dia sesak nafas. Eh ape kene mengena sesak nafas dengan degupan jantung laju? Ah, lantak la.

Hanna SofeaWhere stories live. Discover now