"Uish dahsyat nyah. Macam dalam drama pulak main langgar2 macam tu. Yang sweetnya dia dukung kau lak tu. Melepas la aku." kata Sabrina sambil mencebik.
"Hampeh, sebabkan dia la pinggang aku terkehel tau tak!! Nasib baik ada cikgu Laila. Kalau tak naya aku." Bebelku.
Boy yang duduk tidak jauh dari mejaku melemparkan senyuman yang paling manis. Aku hanya balas dengan jelingan maut. Hati aku masih sakit bila teringat dia sondolnya aku dari belakang. Aku punya la besar jalan kat situ pun dia boleh tak perasan. Ketum ke ape mamat tu.
"Tapi kan nyah, aku pelik la. Kau jumpa dia dulu, nape kau tak tau nama dia?" soal Sabrina. Eyy kepoci betulla makcik ni.
"Cikgu Laila tu mak sedara dia. Kebetulan cikgu panggil dia Boy, nama manjahhh gitu. Tu yang aku kenal dia sebagai Boy and bukan Amir. Maybe dia malu nak perkenalkan nama dia Boy kat skola, tu yang dia suh orang panggil dia Amir." terangku panjang lebar.
Panjang huruf o yang dikeluarkan dari mulut Sabrina. Habis sahaja aku bercerita, cikgu BM masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pelajaran.
"Selamat pagi semua, saya harap kamu semua dalam keadaan sihat. Harini saya ada berita untuk kamu semua. Percubaan SPM akan diadakan pada bulan hadapan iaitu pada 7 September hari Isnin." ujar cikgu Roy.
Suasana di dalam kelas turut kecoh dengan berita yang disampaikan. Ada yang mengeluh, ada yang gembira dan ada juga yang tidak ambil peduli.
"Bawa bertenang semua. Saya harap kamu semua dapat berikan komitmen dan fokus dalam pelajaran semasa tempoh sebelum percubaan ni. Saya nak, kamu anggap percubaan ni macam SPM sebenar supaya kamu berusaha bersungguh2 untuk mendapat keputusan yang cemerlang kelak." Pesannya lagi.
Maka keadaan kelas kembali tenang dan cikgu Roy memulakan kelasnya seperti biasa. Namun hati aku masih berdebar dengan berita yang disampaikan oleg cikgu tadi.
YOU ARE READING
Hanna Sofea
Romance"Dont tease me like that, cuz I cant fall in love with you" Hanna Sofea "Im yours.. Im only yours Hanna Sofea" Hariz