Part 35

2.8K 16 4
                                    

-- 6 tahun kemudian --

" Sadaqallahul azim...." aku meraup yaasin ke mukaku. Batu nisan milik abangku diusap perlahan.

Angin menyapa lembut pipiku seakan mengalu2kan kehadiranku melawat kubur milik abangku. Walaupun tiada orang yang melawat di kawasan perkuburan ini, tiada rasa suram sebaliknya ketenangan yang tidak terucap.

" Assalamualaikum abang... Hanna datang nak ziarah abang, Hanna dah besar sekarang ni. Tapi Hanna masih little pwincess abang heheh" kataku seolah2 abang berada di depanku. Bergetar bibirku menahan rasa pilu.

" Hanna maafkan semua kesalahan abang selama Hanna duduk dengan abang dan mama papa. Hanna nak bagitau yang Hanna nak nikah dah esok. Kalau lah abang still ada..." hidung yang mula berair ku lap. Selalunya kalau nak nangis ni memang pakej dengan hingus sekali.

" Jangan risau Riz, InsyaAllah aku akan jaga Hanna elok2 macam mana papa dan mama jaga dia. Aku akan sayang dia sepenuh hati bakal isteri aku ni" ujar Amir dari belakang.

" Eh awak bila sampai sini?" soalku terkejut.

" Baru aje, tiba2 terdetik nak datang sini. Rasa macam nak mintak izin abang awak sebab nak halalkan awak" sambungnya lagi sambil mencuit batang hidungku.

" Eyy, jangan pegang laa belum halal lagi kann" kataku sambil mengusap hidungku.

" Alalalalala sorry ye cik Hanna, ingatkan dah jadi isteri saya tadi. Cantik sangat macam bidadari syurga" pujinya lagi.

Semenjak aku mula pakai tudung ni, dia selalu puji aku macam tu. Alhamdulillah aku cuba untuk istiqomah dalam menutup aurat.

" Papa,, Hariz lapar lahh" rungut si kecil yang kini memimpin tangan Amir.

" Iyee sayang, tu mama dah habis ziarah kubur pak long awak. Jom kita pergi makan" kata Amir sambil mendukung anak kecil itu.

" Hariz, say assalamualaikum to paklong first" anak kecil itu bertukar tangan dari dukungan Amir beralih ke dukunganku.

" Assalamualaikum paklong, Hariz want to eat first. See you paklong" katanya sambil melambai ke kubur arwah abangku.

" Goodboy anak mama, dah jom makan" ajakku sambil mencium pipi Hariz.

" Hariz nak naik kereta mama ke papa? Haa pilih2" ujar Amir.

" Mestii lahh dengan mamaaaa, welkkkk" ejek budak kecil itu sambil ketawa mengekek. Kami berdua turut tergelak melihat telatah Hariz.

Ya, ini anak Hariz yang dah berusia 5 tahun. Aku bagi nama yang sama dengan nama Hariz, bak kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti'. Walaupun Hariz junior ni anak luar nikah, namun dia layak diberi kasih sayang secukupnya. Aku takkan sesekali mengabaikan Hariz kerana dia lah nyawaku.


-- keesokan harinya --

" Aku terima nikahnya Hanna Sofea Binti Abdullah dengan mas kahwinnya 3000 ringgit tunai" kata Amir sambil mengoncang sedikit tangan tok kadi. Eksaited betul mamat ni

" Sah? Sah? Sah alhamdulillah" ucap tok kadi tersebut. Semua orang menadah tangan bagi melengkapkan upacara nikah.

Kini upacara membatalkan air sembahyang. " Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin dekat pengantin perempuan" ujar tok kadi.

Amir berjalan mendekatiku. Dia kini duduk dihadapanku. Tidak dinafikan dia nampak sangat segak dengan mengenakan baju nikah berwarna royale grey. Nampak exclusive.

" Assalamualaikum bidadari syurga saya, saya datang nak sarung cincin ni" pintanya sambil memegang perlahan jemariku untuk disarungkan cincin.

" Waalaikumsalam imam saya" jawabku sambil melihat cincin yang sedang disarung oleh Amir. Tiba giliran aku pula menyarungkan cincin di jari manisnya.

Aku kemudiannya menyambut tangannya untuk bersalaman. Bibirnya mengucup ubun2ku. Agak lama bagi memberi peluang kepada kameraman dan videographer menjalankan tugas mereka.

Para tetamu dijemput untuk menjamu selera di khemah yang disediakan usai majlis akad. Dari kejauhan aku melihat Hariz berlari menuju ke arahku.

" Mamaaaa, Hariz dapat gulaaa2 tadaaaaa" katanya sambil menunjukkan gula2nya kepadaku.

Ku dukung anakku itu. " Ya Allah anak mama ni, mandi peluh dah. Eeeee busyukk laaa" ujarku sambil mencium pipi tembamnya.

" Ishhh ishhh ishhh habis basah kuyup anak papa nii. Busyukk mashammmm" sakat Amir pula sambil mencium kepala Hariz.

Hariz yang mengenakan warna baju sedondon dengan aku dan Amir tampak segak. Sama seperti abangku, Hariz.

" Mr and Mrs Amir sila pandang kamera, also that little chubby one.. say cheeesee!" ujar kameraman.

" Pissssss!" jerit Hariz teruja sambil menunjukkan tiga jari. Tulah tembam sangat jari tu. Kan susah nak kawal.

Aku dan Amir bersepakat untuk mencium Hariz yang berada di tengah2 antara kami berdua. Kameraman seakan2 memahami tugasnya.

Kami berdua pantas mencium Hariz yang berada di tengah, kemudian Hariz mengekek kerana geli.

Sejurus itu kameraman menangkap momen itu dan dan ditunjukkan kepada kami bertiga. Hasil tangkapan yang sangat memuaskan hati kami.


Begitulah kisah hidupku yang bagiku sangat menarik segala percaturan Allah kepadaku. Aku bersyukur dengan kehadiran Amir dan Hariz yang memberi seri di dalam hidupku. Thank you Allah for this moment.


-- TAMAT --

Hanna SofeaWhere stories live. Discover now