Part 34

2K 14 6
                                    

" Faraa, apaa kau buat ni?" soal abangku Hariz.

Mereka berdua mendekati tempatku diikat namun tidak terlalu dekat mungkin kerana mereka tidak mahu aku diapa2kan. Terdapat 2 orang lelaki suruhan Fara di dalam gudang ini yang turut menyaksikan situasi sekarang. Nampaknya mereka hanya menunggu arahan Fara untuk menghapuskanku serta Amir dan Hariz yang mengacau operasi mereka.

" Alaaa chill lah Hariz, I bergurau je dengan adik angkat you ni. Lagipun dia tak penting dalam cerita hidup kita" kata Fara penuh menggoda sambil memeluk lengan Hariz.

Amir ingin mendekatiku namun dihalang oleh orang suruhan Fara yang berbadan sasa.

" Takde sape boleh lepaskan dia and jangan harap korang semua boleh keluar hidup2 dari gudang ni" jerit Fara seperti orang kerasukan.

" Boy,, toloongg" rayuku supaya Amir melepaskan ikatan di tanganku ini. Bajuku sudah berbau hanyir akibat darah yang banyak mengalir keluar dari tubuhku.

" Ikat jantan dua ekor ni, aku nak selesaikan si sundal yang tak tau malu ni" ujar Fara sambil menunjal kuat dahiku.

" Fara kau jangn sentuh adik akuuuu!!!" teriak Hariz yang meronta cuba untuk melepaskan diri dari orang suruhan Fara.

" Korang tengok lah muka si sundal ni untuk kali terakhir. Bye bitch!" ketawanya kuat kemudian dilempangnya aku sekuat hati.

Kerusiku terbalik dan aku jatuh tersungkur ke lantai. Kepala yang terhentak di lantai simen membuatkan telingaku berdesing dan pandanganku sedikit kabur.

" Hannaa, keep yourself up!!!" jerit Amir.

Aku melihat Fara mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang seluarnya dan diacukan tepat dikepalaku.

Aku menutup mata rapat. Dah tiba masanyaa...

Bunyi tembakan dilepaskan. Sangat kuat hingga mampu membuat telingaku berdesing sekali lagi.

Namun aku tidak merasakan sakit walaupun sedikit. Bau hanyir yang kuat mencucuk rongga hidungku membuat aku terdetik untuk membuka mata kembali.

" Oh shit." perkataan pertama yang terkeluar dari mulutku sebelum pandanganku gelap segelap-gelapnya.


-- hospital --

Angin yang sejuk menyapa lembut kulitku. Pundiku juga terasa penuh membuatkan mata aku perlahan2 dibuka. Terkebil2 aku dibuatnya apabila melihat mama, papa dan beberapa orang anggota polis yang sedang menanti aku sedar dari tidur yang lena.

" A..air" hanya itu yang mampu kupinta saat ini. Sungguh tekakku rasa berhabuk.

Mama terus menuangkan air dan disuakan gelas tersebut kepadaku. Aku menyambutnya lemah. Air yang berada dalam gelas kuteguk rakus. Haus betul.

" Kami tau kehadiran kami di dalam wad cik Hanna ni menimbulkan rasa hairan pada Cik Hanna namun kami hanya ingin menemu bual cik Hanna sebagai saksi kematian encik Hariz" salah seorang daripada anggota polis itu memulakan bicara.

Patutlah aku nampak mata mama bengkak semacam, mesti sebab dia tahu kematian abang daripada pihak polis. Kesian mama.

" Sebelum tu, boleh saya tau kawan saya Amir ada kat mana?" soalku.

" Tentang tu, cik jangan risau. Kawan cik kami bawa ke balai untuk menjadi saksi kematian cik Hariz dan saksi kes penculikan" terangnya lagi.

Aku menghela nafas berat. Tak tenang hati aku dibuatnya apabila ingatan tadi kembali terlayar dalam kepala otak. Ibarat mimpi buruk yang takkan pernah aku lupa.

" Saya diculik dan disiksa sepertimana yang tuan semua boleh tengok, di muka dan di peha saya terdapat luka yang diguris dan dibenam oleh pisau. Semuanya disebabkan kes tak puas hati.." sempat aku mengempus nafas berat sebelum menyambung keteranganku.

" Seingat saya, saya baru je balik dari sekolah tapi rumah saya kosong tak berpenghuni. Tiba2 kepala saya diserkup dan saya terhidu kloform di dalam kain serkupan saya tu. Tau2 je saya kena kurung dalam satu gudang yang besar" aku mencicip sedikit air di dalam gelasku. 

Mama dan  papa turut tekun mendengar ceritaku. Ada seorang anggota polis yang mencatat semua kejadian yang aku ceritakan. dan ada juga yang merakam suaraku untuk dijadikan 'laporan dari  mangsa'.

" Orang yang culik saya sangat dikenali dan orang itu adalah kawan rapat abang angkat saya sendiri, Fara" jelasku lagi.

Aku melihat mata mama dan papa yang jelas terkejut dengan pernyataanku sebentar tadi. Sumpah aku takkan maafkan pompuan tu sampai bila2. Sebab dia lah abang aku mati. Air mataku gugur satu per satu. Sungguh aku sebak. Abang sanggup selamatkan aku tapi nyawa dia sendiri tergadai.

Air mataku kukesat kasar." Nasib baik kawan baik saya dan abang angkat saya sempat selamatkan saya sebelum saya kene tembak dengan Fara. And berlaku sedikit pergelutan bila diorg berdua nak selamatkan saya. Fara nak tamatkan riwayat saya mase tu jadi saya pun pejamkan mata sebab mungkin itu hari terakhir saya tapi..." pipiku banjir dengan air mata sekali lagi.

" Saya tak rasa sakit.. sa...saya pun bukak lah mata nak tengok apa yang jadi.. Tengok2..tsk..tsk pistol tu tepat kat dada abang saya tuan" esakku.

Mama menghampiriku dan menenangkanku. Begitu juga dengan papa yang berada di samping mama. Kesian mama, dah lah baru lepas discharge. Dapat tau pulak satu2nya anak lelaki dia dah takde.

" Terima kasih atas keterangan cik Hanna, dan saya ingin mengucapkan takziah kepada cik Hanna sekeluarga. Saya harap cik Hanna sekeluarga tabah dan redha atas pemergian arwah" ucap salah seorang anggota polis itu sambil bersalaman dengan papa.

" Sorry mamaa, papa..." kataku sambil memeluk mereka berdua. Pelukanku dibalas erat oleh mama dan papa.


Hanna SofeaWhere stories live. Discover now