Part 21

1.9K 13 0
                                    

Tamat sahaja waktu persekolahan aku terus berlari ke tandas. Perit matt tahan kencing. Dah lah cikgu matematik tadi garang. Macam mane la aku nak mintak izin keluar. Sabar je lah.

"Hanna, cepat sikit. Mak aku dah tunggu." jerit Sabrina dari luar tandas.

"Ye, tengah pakai seluar la ni" balasku. Aku memang akan teman Sabrina sampai luar pagar sekolah. Tapi aku balik jalan kaki sebab rumah aku dekat je dengan sekolah.

Usai membuang hajat, aku mengambil begku dan berjalan beriringan dengan Sab.

"Hanna! Sab! Tunggu!" Laung seorang lelaki dari arah belakang. Lantas aku dan Sab serentak menoleh. Amir.

"Korang nak balik dah ke? Aku teman nak?" pelawanya tanpa segan silu.

"Eh takpe, aku balik naik helikopter. Susah2 je" balasku mengejek.

Sabrina pantas menyiku rusukku. 'Sakit la gila' hanya pandangan maut yang mampu kuberikan kepada Sab. Dia kemudiannya menjegilkan biji matanya. Seram pulak aku dah lah matanya bulat.

"Aku naik mak aku, tapi kalau kau nak temankan si Hanna ni boleh la. Dia jalan kaki je balik rumah. Eh okey la, mak aku dah hon tu. Aku cau dulu ea korang. Jumpa esok!" Jerit Sab yang sudah berlari anak ke kereta ibunya. Kuasam punya kawan. Ditinggalnya aku dengan mamat ni.

"So, mana helikopter kau?" ejek Amir.

"Diam ah!" balasku sambil berjalan menjauhinya. Makin annoying ye perangai mamat ni. Kedengaran gelak tawa lelaki itu dari belakang sambil mengejar langkahku yang semakin laju. Panas pulak hati kita ni.

Hanna SofeaWhere stories live. Discover now