Keesokan harinya
Hampir satu malam aku tak boleh tidur sebab fikirkan ape yang dah jadi semalam. Aku rasa macam orang bodoh weh tak tau apa2. Sumpah aku triggered gila. Lagi geram bila abang tiba-tiba tak bercakap dengan aku langsung semalam.
Mata yang sembap kugosok dengan tangan. Mulutku tidak berhenti menguap. Ni semua sebab aku pasang telinga semalam kalau tak, mesti aku tak payah serabut fikir pasal ni. Mataku berpinar tiba-tiba. Terus terasa denyutan yang kuat dikepala. Aku terduduk di bahu jalan dalam perjalanan ke sekolah.
"Miss, are you alright?" soal seseorang yang juga pejalan kaki di situ.
Air liurku terasa kelat untuk ditelan akhirnya kumuntahkan sahaja di bahu jalan. Pejalan kaki itu tadi dengan refleks menepuk lembut belakangku dan membantu menyelak rambutku bagi menghalang muntah tersebut daripada terkena rambut.
Dia kemudiannya menghulurkan botol air lutsinar miliknya kepadaku. Aku mengangkat wajahku. Entah macam mana lah rupa aku masa ni. "Boy?" soalku. "Eh kau? Kau pehal muntah tepi jalan ni? Mengandung ke ape?" soalnya bertubi2.
Ade meninggal jugak anak orang kat tepi jalan ni. Niat nak tolong tu bagus dah, tang mulut je puaka. Sabar je aku ni haa.
"Aku pening" hanya itu yang mampu ku bidas kata2nya. Jam kulihat sekilas, pukul 7. Sempat lagi kalau nak sampai sekolah. Perlahan-lahan aku bangun dari kedudukanku.
"Eh, kau nak pergi mana? Tak nak minum air dulu?" pelawanya. Aku sekadar menggeleng dan meneruskan langkahku ke sekolah.
Lelaki itu berjalan mengiringiku. Risau aku jatuh lagi kut. HAHAHAHHAHAH perasan je kau Hanna, dia pun nak pergi sekolah la. Senget.
YOU ARE READING
Hanna Sofea
Romance"Dont tease me like that, cuz I cant fall in love with you" Hanna Sofea "Im yours.. Im only yours Hanna Sofea" Hariz