9

27 3 0
                                    

BAS bergerak memasuki kawasan sekolah. Semua orang yang berada dalam bas memandang ke arah tingkap. Ada yang teruja. Ada yang takut. Semua ada. Boleh tahan besar sekolah ni. Cantik pula tu. Qai memandang kawasan sekolah itu. Matanya tertarik dengan taman bunga yang agak tersorok namun kelihatan indah di mata Qai.

"Nak balik," rengek Hana. Jelas riak takut di wajahnya.

"Janganlah macam ni. Kita dah sampai pun," jawab Alia. Yang lain hanya mengangguk.

"Aku nak terkencinglah pula," rungut Asrul.

"Cikgu, kita orang nak ikut cikgu balik boleh? Tak nak duduk sini," seorang pelajar yang duduk di hadapan berkata. Cikgu Selena tersenyum melihat gelagat anak-anak pelajarnya.

"Relax okay. Saya tahu semua orang takut. But don't worry, everything will be okay," ujar Cikgu Selena cuba menenangkan anak-anak pelajarnya.

"Lagipun sebulan saja. Tak lama," sambung Cikgu Selena lagi.

"Kita boleh guys!" Sokong Asril.

"Yes!" Ujar senua orang. Semua kembali bersemangat. Yang mereka perlukan hanyalah sokongan dari kawan-kawan sekarang ni. We are family!

"Okay first, kita akan masuk asrama dulu. Letak beg lepas tu kita akan masuk bilik mesyuarat," Cikgu Malik berkata. Yang lain hanya mengangguk. Pelajar perempuan mengikut beberapa pengawas perempuan yang akan menunjukkan mereka asrama sekolah.

"Hai aku Shila," sapa seorang pengawas yang berada di sebelah Qai.

"Hai. Aku Qaira, panggil Qai," Qai mengukir senyuman. Mereka semua memasuki asrama aspuri. Dalam kepala Qai terbayangkan asrama yang macam dorm. Satu bilik berbelas orang. Namun sangkaannya meleset. Satu bilik cuma empat orang dan bilik itu lengkap dengan almari baju dan meja belajar.

"Okay, aras bawah ni memang student form five punya bilik. So, bilik nombor satu hingga  bilik nombor lima bilik korang semua. Ahli bilik korang sendiri tetapkan. So, bolehlah letakkan beg dalam bilik. Nanti saya akan terangkan peraturan asrama. So, welcome to our school," terang seorang pengawas, Dalia. Semua pelajar perempuan mengangguk dan memasuki beg mereka ke dalam bilik. Qai, Hana, Maira dan Alia tinggal di bilik nombor dua.

"Qai, jom teman aku ambil beg aku. Aku tinggal dekat bas. Tak larat aku nak angkut semua tadi," pinta Maira. Qai hanya mengangguk. Qai berjalan dulu tanpa disedari telah meninggalkan Maira di belakang.

"Hey jangan masuk kawasan ni!" Larang seorang pengawas lelaki. Qai berhenti. Dia terpinga-pinga. Qai memandang sekeliling. Alamak! Ni kawasan aspura. Cepat-cepat Qai berpatah balik dan pada masa yang sama dia terserempak dengan Maira.

"Penat aku cari kau. Ni asal muka merah ni?" Soal Maira. Qai hanya mengeleng. Malu tak hilang lagi. Haduh! Macam mana boleh masuk asrams lelaki ni? Malu tujuh keturunan tak hilang.

Setelah selesai semuanya, pelajar perempuan menuju ke bilik mesyuarat. Dalam perjalanan dapat dia orang dengar siulan nakal dari pelajar lelaki. Ada lagi yang sempat mengurat. Tak makan saman betul. Ketika mereka semua masuk pelajar lelaki sudah berada dalam bilik mesyuarat

"Aku dengar ada budak perempuan salah masuk kawasan aspura," usik Asrul. Qai menjeling.

"Shh!"

Bilik mesyuarat kini sunyi dan hanya kedengaran pengacara majlis yang bersuara. Mula-mula pengetua sekolah dari sekolah Melaka ni yang berucap, lepas tu wakil guru pengiring, Cikgu Malik pula yang berucap. Setelah selesai semuanya, masa untuk pembahagian kelas.

"Saya cikgu Harlina, ketua guru tingkatan lima. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan untuk berjumpa dengan saya. Kita teruskan dengan pembahagian kelas untuk awak semua. Untuk kelas pertama, kelas 5 Zamrud, enam orang pelajar yang akan dimasukkan ke dalam kelas ini iaitu Nur Qaira Rania, Wan Humaira, Nurul Raihana, Alia Aulia, Asrul Imran dan Asril Imran," ujar Cikgu Harlina. Mereka berenam tersengih kegembiraan kerana mereka sekelas. Taklah gelabah sangat. Kemudian Cikgu Harlina sambung untuk pelajar yang akan dimasukkan ke kelas yang kedua dan seterusnya.

Selepas selesai sesi pembahagian kelas, pengawas-pengawas yang mengiringi mereka tadi membawa mereka meronda kawasan sekolah. Untuk mengelakkan sekiranya ada pelajar sesat dan kesilapan memasuki kawasan larangan macam Qai lakukan tadi. Sumpah merah muka ni. Dahlah nampak pengawas yang tegur dia tadi. Bila bertentang mata dengan dia, mesti dia tahan gelak. Geram!


Tbc.





Dah sampai sekolah baru! Mesti jumpa crush baru ni! Uhuk! Eheheeee😂

Vote and comment guys😍

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now