40

28 4 0
                                    

Setahun yang lalu...
MEREKA berdua fokus sepanjang kelas. Qai dan Shila ralit menyalin nota sambil telinga cekap menangkap apa yang diterangkan oleh pensyarah mereka. Qai dan Shila mengambil jurusan yang sama. Hana dan Maira mengambil jurusan yang berbeza tapi dapat menuntut di universiti yang sama. Cuma, Alia, Asrul dan Asril saja yang menuntut di universiti yang berbeza.

"Pssst!" Telinga Qai menangkap seseorang yang sedang berbisik ke arahnya. Qai berpaling ke belakang. Dia melihat lelaki bernama Idham melambai ke arahnya. Qai hanya mengukir senyuman nipis.

"Idham tu kacau kau lagi ke?" Soal Shila tanpa mengangkat kepala. Sibuk betul.

"Hurmm. Aku anggap dia kawan saja," balas Qai. Shila mengeleng.

"Kau semua lelaki anggap kawan. Iq saja tak," balas Shila selamba.

"Don't you dare to say his name," ujar Qai keras.

"Fine," Shila mengalah. Hati Qai tetap keras seperti dulu. Sudah empat tahun berlalu. Tapi Qai tetap Qai yang sama. Qai yang berhati batu. Datang seribu lelaki memikatnya pun, seribu kali dia tolak.

Tersentak Qai melihat ada gumpalan kertas jatuh atas mejanya. Nasib pensyarahnya tak perasan. Qai berpaling ke belakang. Dia dapat agak siapa yang berani baling kertas itu. Idham. Lelaki itu hanya selamba menayangkan senyuman nakalnya siap buat mini love lagi. Qai mencebik.

'Nanti lunch sama-sama okay?' -Idham

Qai memandang ke arah Idham dan mengelengkan kepalanya. Idham menjuihkan bibirnya. Qai mengenali Idham tahun lepas. Itu pun tak sengaja apabila Idham membantunya mengambil buku di rak yang agak tinggi. Mencabar ketinggiannya betul! Dari situ dia kenal Idham. Lelaki playboy. Sepanjang sebulan sudah ramai yang jadi kekasihnya. Tapi bukan dia. Banyak kali Idham cuba pikat Qai tapi langsung tidak dilayan.

'Kenapa?' -Idham

Qai membiarkan saja pertanyaan dari lelaki itu. Buang masa dia layan lelaki itu. Dia masih lagi gadis yang berpegang pada prinsip. Selagi dia tak habis belajar, selagi itulah dia akan berpegang pada prinsip. Entah orang di sana masih berpegang pada prinsip yang sama atau...

"Okay class! That's all for today. Please submit your assignment before this Friday," ujar pensyarah itu sebelum membenarkan pelajar-pelajarnya keluar. Qai dan Shila laju keluar dari kelas kerana mereka tahu Idham setia mengejar Qai dari belakang.

"Yang korang ni kenapa?" Soal Hana apabila melihat Qai dan Shila duduk di kerusi dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Haah... macam baru lepas kena kejar dengan hantu," komen Maira selamba. Hana menghulurkan air yang dipesannya kepada Qai dan Shila.

"Memang kena kejar dengan hantu pun," balas Qai. Shila mengangguk. Mereka menyedut rakus air mereka.

"What?!" Jerit mereka. Nasib tak ramai yang dengar jeritan mereka yang sumbang itu.

"Siapa?" Hana bertanya tak sabar.

"Macam tak biasa," balas Qai bersahaja. Hana dan Maira hanya mengangguk. Mereka dah kenal siapa.

"Idham kan?" Soal Hana bagi mendapatkan kepastian. Qai mengangguk mengiyakan.

"Tak putus asa mamat tu cuba pikat kau. Orang lain kena reject dengan kau terus give up," Hana tergelak. Qai mencebik.

"Masalahnya si Idham tu tak confess pun dekat Qai," celah Shila.

"Tapi, kalau mamat tu confess pun, kawan kau ni nak terima ke?" Soal Maira sinis.

"Tak," jawab Hana dan Shila serentak.

"Dahlah cakap pasal lelaki tu. Bosanlah," Qai memandang setiap wajah sahabat karibnya. Dia mengeluh perlahan.

"Tak boleh bosan weh. Nanti mesti ada benda lain yang dia buat untuk tarik perhatian kau," Hana tersengih. Qai menjuihkan bibirnya.

"Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Tak lebih dan tak kurang," balas Qai.

"Tu kau. Bukan dia," sampuk Shila. Qai hanya mengangkat bahu.

"Dia anggap kau lebih dari kawan," celah Maira pula.

"Korang pun tahu kan dia macam mana," Qai menghela nafasnya.

"Tahu. Playboy," balas Hana. 

"Weh!" Shila menepuk lengan Qai kuat.

"Apa dia? Sakit tahu tak!" Qai menggosok lengannya kuat.

"Kau ni kenapa?" Soal Hana hairan. Maira menjongketkan keningnya.

"Tu!" Shila menunding ke satu arah. Qai terus pandang ke depan. Begitu juga Hana dan Maira yang turut berpaling ke depan.

"Hai Qaira Rania!" Idham melambaikan tangannya. Qai terkelip-kelip memandang ke arah Idham yang elok menjerit di hadapan kafe di depan semua orang. Tak malu ke?

"Dia buat apa tu?" Soal Qai takut-takut.

"Entah," balas Hana sepatah. Maira hanya mengangkat bahu. Shila pula hanya diam.

"Kau pergi sajalah dekat dia. Buatnya dia jerit lagi, malu satu bandar ada rakyat macam dia," ujar Maira. Qai mencebik. Lambat-lambat Qai berjalan ke depan menghampiri Idham yang berdiri sambil tersenyum manis itu.

"Kau ni kenapa?" Soal Qai kepada Idham apabila dia elok berdiri di depan lelaki itu.

"Qaira Rania," Idham menjatuhkan satu lututnya ke lantai dan duduk berlutut di hadapan Qai. Qai terus berundur beberapa tapak ke belakang. Terkejut.

"Ke... Kenapa ni?" Terkelip-kelip mata Qai memandang ke arah Idham.

"Qaira Rania... sudi tak kalau kau jadi kekasih aku? Nak jadi isteri tu, tunggu aku kerja dulu," Idham tersenyum manis. Terus tergamam Qai dibuatnya.

"Will you?" Soal Idham. Terus Qai tergeleng laju.

"Sorry. I can't. You already know why. Sorry," Qai terus berlalu meninggalkan Idham.

"Qai!" Idham menjerit memanggil nama gadis itu namun langsung tidam diendahkan. Dia tahu sebabnya, tapi dia masih tetap mahu cuba.



Tbc.



Happy reading😘

Sis ada buat acc ig xxeyqaxx khas untuk novel sis yang dipublish ni. Jadi, bolehlah follow sis di acc tu dan jangan segan silu untuk dm sis kalau ada pertanyaan atau nak berkenalan😉

Don't forget vote and comments😆

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now