54

31 1 0
                                    

HADIRNYA dia membawa bunga dalam hidupku. Hadirnya dia membawa pelangi dalam sedihku. Hadirnya dia membawa cahaya dalam kegelapanku. Terima kasih Ya Allah kerana hadiahkan insan bergelar Iqram menjadi imam dan ayah untuk aku dan cahaya mata kami nanti. Panjangkanlah jodoh kami. Tabahkan hati kami menghadapi segala ujianMu kelak. Teguhkanlah rumah tangga yang kami bina.

Banyak dugaan... Banyak cabaran... Banyak halangan yang terpaksa kami tempuhi. Susah dulu, senang kemudian. Sedih dulu, gembira kemudian. Itulah tanggapanku. Iq. Lelaki yang baik. Penyayang. Penyabar. Banginya dia cukup tak sempurna, tapi bagiku dia sangat sempurna untuk aku. Hero aku sentiasa. Aku cintakan dia. Dulu, sekarang dan selamanya. Tiada ada sesiapa pun yang boleh pisahkan kami melainkan ajal.

Terima kasih Iq. Hadir dalam aku. Jadi kawan aku. Jadi pendamping aku. Kau ramai peminat tapi kau still pilih aku. Haha... terasa special di situ. Ya, dulu kita banyak hadapi dugaan. Pahit, manis, masam, masin semua ada. Saat itu, aku benci kau lebih dari aku sayang kau. Aku benci kau sebab Laila. Kau percayakan surat fitnah Laila dari aku yang comel dan menggoda ni. Lepas tu, kau sanggup tampar aku. Sakit pipi aku tahu tak. Dahlah pipi aku ni chubby tapi aku tak gemuk! Papa pun tak pernah tampar aku. Aku tak kira. Aku nak kau cium pipi aku 100 kali sebab tampar aku dulu.

Aku langsung tak menyesal mengenali lelaki bernama Iq. Sebab aku kenal kau, aku tahu rasa cemburu macam mana. Rasa sakit macam mana. Sampai aku masuk hospital sebab orang yang obseskan kau tu. Sejak tu, aku tabahkan hati aku. Aku kuatkan hati aku. Walaupun aku masuk hospital sebab kau, tapi jauh di lubuk hati aku, aku masih sayangkan kau. SANGAT!

Tapi aku terpaksa tinggalkan kau. Hari aku sakit. Aku terluka. Dan, sedar tak sedar, lima tahun kau dibenci oleh aku. Sepanjang lima tahun tu, ramai yang aku kenal. Ramai yang masuk meminang aku. Hah! Kau patut jealous tahu sebab ramai minat aku. Semua yang masuk meminang aku, semua aku tolak. Sebab aku tunggu kau. Aku tahu, aku tak patut tunggu sesuatu yang tak pasti. Sebab tempoh lima tahun tu, macam-macam boleh jadi. Mana tahu masa tu, kau dah kahwin, lepas tu ada anak. Tinggal aku sorang-sorang mereput tunggu kau masuk meminang aku.

Sekarang aku dah lega. Kau jadi suami aku. Aku jadi isteri kau. Laila yang aku sangka dah insaf, dah dapat balasannya. Mungkin kejam, tapi itu adalah takdirnya. Dia pilih untuk hidup begitu. Lepas dia cuba nak langgar aku, aku ingatkan dia kena tahan. Tapi tak sangka dia accident dengan lori yang bawa tangki minyak. Aku tak sangka, dia meninggal sebab keretanya meletup dan tak boleh diselamatkan. Tapi aku dah maafkan dia. Walau apapun, dia tetap kawan aku. Terima kasih dekat Tiara. Kalau dia tak ada, aku tak tahu apa jadi dekat aku dan kau yang berkorban untuk selamatkan aku. Idham pun dah nak kahwin dengan pilihan mummynya. Baginya mungkin itu yang terbaik. Kuasa Allah, hatinya terbuka untuk terima perempuan tu bila kali pertama berjumpa. Kena dengan taste lah tu kut.

Dah sampai ending. Aku tulis diari ni sejak aku masuk hospital lima tahun lepas. Lepas aku kecewa dengan kau, aku jadikan diari ini sebagai tempat untuk aku luahkan segala-segalanya. Aku sendiri anggap dengan tulis diari ni, aku tengah bercakap dengan Iq. Dan sekarang, diari ni akan jadi kenangan buat aku. Aku dah bahagia dengan Iq.

Iq menutup diari milik Qai. Dia mengesat matanya yang terasa berair. Dia merasa kesakitan yang dialami Qai. Qai yang bahagia tapi sakit dekat dalam. Iq telah membaca satu buku diari Qai. Dia menyimpan diari milik Qai di tempat asalnya. Dia tak sengaja terjumpa. Tak sangka sampai ke Jepun si Qai ni bawa diari ni.

"A... abang?" Tegur Qai. Matanya membulat. Melihat Iq dan diari silih berganti. Iq diam merenung Qai. Qai menelan air liur. Dia baca semua ke? Iq menghampiri Qai dan menarik ke katil. Dia menolak Qai sampai dia jatuh berbaring ke atas katil. Belum sempat Qai nak bangun, Iq bertindak menindihnya.

"Abang baca semua ke diari sayang?" Soal Qai. Dia merenung anak mata Iq yang tajam menikam anak matanya. Seram doh!

"Kenapa tulis dalam tu?" Soal Iq. Tangannya bermain dengan rambut Qai. Dia langsung tak bangun dari menindih isterinya.

"Saja."

"Kenapa tak luahkan semua dekat abang?" Soal Iq lagi. Qai memuncungkan mulutnya. Dia tak tahu nak balas apa. Iq mencium bibir Qai sekilas.

"Ish!" Qai menampar lembut bahu suaminya. Saja ambil kesempatan.

"Dah muncung mulut tu. Ingat minta kiss. Nak minta anak, kan dah bagi tu," Iq muncungkan mulutnya ke perut Qai. Qai mengetap bibir. Qai memalingkan mukanya. Payah dapat laki gatal macam ni. Haih....

"Kalau luah dekat abang masa tu, abang dah percayakan sayang ke? Masa tu, abang nak jumpa ke sayang?" Soal Qai kembali.

"Yang abang duk minta maaf masa pertandingan silat tu? Bukan jumpa ke?" Perli Iq. Qai terdiam.

"Tulah... ego lagi. Kan dah kena tekanan perasaan. Nasib baik tak masuk hospital bahagia," Iq tersenyum sinis. Tiba-tiba Qai menangis. Terus hilang senyuman Iq. Lupa pula, sejak mengandung ni, sensitif sangat. Kuat menangis!

"Maaflah..." Qai memeluk leher Iq. Iq mengesat air mata Qai. Dia mencium pipi Qai.

"Sorry... Abang bukan marah. Abang cuma kecewa. Dah, past is past. Jangan menangis," pujuk Iq. Qai berhenti menangis. Qai mencium pipi Iq. Iq tersenyum senang. Dia suka Qai yang ni. Manja! Pantang berpisah, kerja nak melekat saja! Lagi dia suka! Hoho...

"Ermmmmm!" Qai memalingkan mukanya apabila Iq mencium pipinya bertalu-talu.

"Kata suruh cium 100 kali," Iq ketawa jahat. Qai menutup mukanya. Dia malu! Iq baca sampai habis diarinya. Matilah dia! Bila nak beranak ni? Aduh! Tak sampai sebulan lagi pregnant. Qai redha dirinya dibuli oleh suami sendiri. Tabahlah duhai Qaira...











Tbc.










Vote and comment guys😘

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now