10

34 3 0
                                    

SHILA mendekati Qai yang tengah berbual dengan rakan-rakannya. Entah kenapa dia gembira dapat berkenalan dengan Qai. Qai seorang yang baik. Bila tengok kawan-kawannya pun sama. Cantik. Baik.

"Hai Qai. Qai, kau kelas mana?" Soal Shila. Qai dan rakan-rakannya berpaling menghadap Shila.

"Shila! Ohh, aku kelas 5 Zamrud sekali dengan kawan-kawan aku yang ni," ujar Qai. Dia tersenyum manis. Shila melihat rakan-rakan Qai.

"Shila," Shila mengukir senyuman.

"Hau, aku Hana. Ni Alia dan ni Maira. Ni pula kembar seiras nama dia Asrul dan Asril," terang Hana.

"Macam mana nak beza?" Soal Shila hairan.

"Senang saja. Aku handsome. Asril pula tak handsome," jawab Asrul selamba.

"Kurang ajar! Kita kembar. Seiras tahu! Kalau kau kata aku tak handsome, maknanya kau pun tak handsome," bidas Asril.

"Sudahlah jangan gaduh. Shila, jangan layan dia orang ni. Playboy tahap tak boleh bawa bincang. Nak bezakan dia, Asrul anak mata dia warna hazel. Ikut mata mak dia. Asril pula colour coklat. Ikut mata ayah dia," terang Maira. Shila mengangguk. Faham!

"Jom masuk kelas. Kita sekelas tahu. 5 Zamrud," ujar Shila.

"Serius? Wah! jom," Qai bersorak keriangan. Mereka berenam berjalan mengekori Shila dari belakang.

Tok! Tok! Tok!

Shila mengetuk pintu kelas. Qai memandang papan tanda kelas. 5 Zamrud. Mereka berenam menunggu di luar seperti yang diarahkan Shila. Shila melangkah masuk ke dalam kelas. Selepas itu, mereka berenam masuk apabila cikgu di dalam kelas itu memanggil mereka untuk masuk.

"Saya Cikgu Diyana, guru kelas ni. Saya ajak subjek addmath. Jadi bolehlah awak semua perkenalkan diri," Cikgu Diyana mengukir senyuman. Dari tadi kelas bising tidak kira dari pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan.

"Hai guys! Aku Muhammad Asrul Imran bin Muhammad Aiman Imran. Boleh panggil Asrul," Asrul mengukir senyuman manisnya. Pelajar perempuan semua mula menggedik. Asrul ada package tau.

"Aku Muhammad Asril Imran bin Muhammad Aiman Imran. Aku kembar Asrul. Boleh panggil Asril. Nak beza kami berdua, cari sendiri," ucal Asril tenang. Malas cakap panjang-panjang.

"Ehem, err... nama saya Alia Aulia binti Ahmad Amir," boleh panggil Alia atau Lia," Alia cuba untuk senyum walaupun wajahnya jelas menunjukkan betapa gelabahnya dia sekarang ini.

"Relax Alia. Okay nama aku Wan Humaira Hannah binti Wan Hisyam. Boleh panggil Maira. Selamat berkenalan. Hope boleh jadi kawan. Jangan lawan-lawan," Maira cuba melawak.

"Hahaha... lawaklah sangat. Hai, nama aku Nurul Raihana Farhah binti Firhad. Boleh panggil Hana. Harap boleh beri tunjuk ajar," ujar Hana sopan. Sopanlah sangat!

"Last. Assalamualaikum. Selamat berkenalan. Nama saya Nur Qaira Rania binti Ahmad Khairil Raizal. Boleh panggil Qai or Qaira. Hope sebulan ni kita boleh jadi kawan rapat," Qai tersenyum.

"Ha, bagus. Dalam enam orang ni seorang saja yang bagi salam,"perli Cikgu Diyana. Mereka berenam tersengih.

"Qai!" Panggil seseorang.

"Weh, Riyad!"Ujar Qai pula. Terkejut dia
tengok Riyad.

"Riyad? Kamu kenal Qaira?" Soal Cikgu Diyana. Riyad hanya mengangguk.

"Kita orang sepupu cikgu," jawab Riyad. Dia buat peace kepada Qai. Qai membalas dengan membagi mini love dekat Riyad.

"Okay kalau macam tu, Qaira duduk di sebelah Riyad. Maira dan Hana duduk di belakang Riyad dan Qaira. Alia duduk di sebelah Shila. Asril dan Asrul pula duduk di belakang Alia dan Shila," mereka berenam mengangguk dan menuju ke tempat yang disuruh oleh cikgu Diyana.

"Weh, lama tak jumpa kau," ujar Riyad apabila Qai mengambil tempat di sebelahnya.

"Tulah aku pun tak sangka kau sekolah sini," balas Qai. Tiba-tiba seorang lelaki yang duduk di hadapan Riyad berpaling menghadap Qai.

"Hai Qai! Ingat aku lagi tak?" Soal lelaki itu. Qai memandang lelaki itu.

"Ril kan?" Soal Qai. Ril membuat thumbs up kepada Qai.

"Mujur kau ingat aku. Kalau tak baru nak mogok. Ha ni Iq," ujar Ril. Terkejut Qai apabila Ril cakap yang lelaki di sebelah Ril itu ialah Iq. Iq berpaling menghadap Qai dan tersenyum. Qai terpaku. Kecilnya dunia. Qai hanya mengangguk. Buang perasaan suka kau Qai. Ingat prinsip kau! Jangan jatuh cinta!


Tbc.



Korang rasa cinta boleh berputik kembali ke tak? Agak-agal Qai suka Iq lagi ke tak eh? 🤔
Wait and see guys😅

Vote and comment😉

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now