30

35 3 0
                                    

19 round...

20 round...

"Finally! Aku rasa nak mati dah ni," jerit Hana. Selepas saja siap berlari dia duduk atas bangku.

"Yaasin..." ucap Maira dan Hana sama-sama.

"Korang ni dah kenapa?" Soal Hana.

"Dah kau cakap nak mati. Meh aku tolong bacakan yaasin untuk kau," perli Maira. Qai hanya tersenyum.

"Jom masuk kelas," ujar Qai. Mereka bertiga masuk ke dalam kelas. Kelas yang sedia ada bising bertambah bising apabila mereka bertiga masuk. Semua sorakkan mereka bertiga. Well, akak famous kan... eheks!

"Qai!" Jerit Asril. Qai menutup telinga. Dia duduk selang satu meja kut dari Asril.

"Yang kau ni dah kenapa? Boleh pekak aku," marah Qai. Asril tersengih.

"Coach bagitahu, competition silat next month. So, petang ni start training," ujar Asril. Qai hanya mengangguk. Dia salah seorang perserta silat peringkat negeri dan sekolah ni jadi tuan rumah nanti.

"Tabah ye nak. Tadi kena berlari 20 round. Petang nanti kena training pula," sindir Maira.

"Korang kena teman aku," ujar Qai bersahaja.

"Okay," jawab mereka berdua. Mereka teruskan peajaran mereka seperti biasa.

Selepas tamat waktu persekolahan, mereka bertiga pulang dahulu ke rumah masing-masing. Training start pukul 4. Jadi ada satu jam saja lagi. Sempatlah nak membuta pun setengah jam. Tapi perancangan yang kita buat tak semestinya indah. Tak sempat nak tidur sebab kena tolong mama buat kek. Sedih! Tengok-tengok dah nak pukul 4.

"Mama, Qai nak naik atas dulu. Nak bersiap," ujar Qai sebelum berlalu.

Pukul 4. Dia pergi sekolah bersama-sama Hana dan Maira. Dia biasa pergi sama-sama. Dia turun ke bawah. Langkah kaki diatur menuju ke dapur. Aik? Dah sampai?

"Awalnya korang sampai," tegur Qai kepada Hana dan Maira. Mereka berdua tersengih.

"Aku dapat hidu mama buat kek hari ni," balas Jana. Mereka turut memanggil mama Qai dengan gelaran yang sama. Maklumlah dah lama rapat.

"Nah, mama letak dalam box sorang satu. Nanti boleh makan sambil tengok Qai practice," ujar Syarifah Qairina. Tersenyum lebar Maira dan Hana kerana dapat makanan.

"Terima kasih mama. Sayang mama," ujar Hana.

"Dah, cepat pergi sekolah. Dah lewat ni," Syarifah Qairina melirik ke arah jam. Dah lewat sangat.

"Chill mama. Coach biasanya mari lewat," celah Maira.

"Okaylah mama, kita orang pergi dulu," Qai mencium tangan mamanya. Begitu juga Maira dan Hana. Mereka menuju ke sekolah dengan menaiki kereta Maira. 10 minit kemudian, mereka tiba di sekolah. Dengan berlenggangnya mereka menuju ke dewan. See? Coach tak sampai lagi.

"Korang pun ada?" Soal Hana. Mereka melihat Asrul, Asril dan Alia turut berada dalam dewan bersama ahli silat yang turut menyertai pertandingan bulan depan.

"Support member," balas Asrul. Mereka hanya mengangguk.

"Siapa nak jadi partner practice aku?" Soal Qai. Dia tanya macam tu sebab Hana, Maira dan Alia turut pandai bersilat cuma tidak berpeluang untuk menyertai pertandingan ini sahaja.

"Akulah. Lama tak practice," ujar Hana. Qai mengangguk. Tak lama selepas itu, coach pun sampai. Coach Farid.

"Okay guys, hari ini kita warm up saja. Asah balik skill tu. Lama dahkan tak practice," ujar Coach Farid.

"Baik coach!" Jawab mereka semua.

"Yang jadi penonton tu, nak join sekali pun boleh," Coach Farid melihat ke arah kawan-kawan Qai. Mereka semua tersengih.

"Tak apalah coach. Kita orang nak join coach saja. Buat penilaian," jawab Asril. Coach Farid hanya mengeleng. Hana membantu Qai berlatih. Satu jam lebih mereka berlatih bersilat. Coach Farid mengarahkan mereka berhenti.

"Before saya lepaskan awak semua balik, saya nak bagitahu nama wakil peserta setiap negeri," Coach Farid meneliti senarai nama peserta di tangannya. Dia menyebut satu persatu nama peserta yang terlibat. Tiba di satu nama Qai tersentak.

"Tengku Iqram Darwish dari  sebut Coach Farid. Qai tergamam. Semua yang tahu apa yang Qai alami selama ini turut tergamam.

"Okay, itu saja untuk hari ini. Esok macam biasa. Semua boleh bersurai," Coach Farid terus berlalu keluar dari dewan. Datang lambat keluar awal. Itulah Coach Farid.

"Kau okay Qai?" Soal Hana.

"Aku... okay," jawab Qai. Adakah dia kena hadap benda yang sama lagi?

"Aku tahu kau kuat Qai. Kita orang akan protect kau. Aku yakin mesti ada penyokong dari sana juga dan mesti dia orang kenal kau," celah Asrul.

"Kau kuat Qai. Buktikan dekat dia orang yang kau bukan perempuan lemah," Alia memegang bahu Qai. Maira mengukir senyuman kepada Qai. Mereka berempat berpelukan.

"Qaira Rania pasti boleh! Selangor ialah juara!" Jerit Asril. Tiberrr....













Tbc.













Enjoy it✌

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now