43

25 2 1
                                    

KAKINYA laju menuruni anak tangga. Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu itu membuatkan dia cemas. Siapa pula datang hujung minggu ni. Biasanya, hari minggu dia akan pulang ke rumah mama papanya seperti biasa. Tapi tidak pada minggu ini memandangkan dia agak sibuk dengan kerjanya. Qai tahu, Hana dan Maira memang takkan bangun selagi tak tengah hari. Kena tunggu matahari atas kepala dulu baru nak bangun agaknya. Qai membuka pintu selepas membaiki tudung sarung yang dipakainya.

"Hai!" Lambai Iq selamba. Qai mengerutkan dahinya.

"Macam mana boleh masuk sampai depan pintu? Bukan gate kunci ke?" Soal Qai. Dia memandang ke arah Iq.

"Apa function masuk competition lompat tinggi masa sekolah kalau setakat panjat pagar rendah macam tu tak lepas," jawab Iq bersahaja. Like seriously? Sumpah aku ada anak nanti, aku tak nak ajar anak aku lompat pagar masuk rumah orang.

"Kenapa datang sini?" Soal Qai dingin. Iq membetulkan rambutnya.

"Nak ajak awak kahwin," jawab Iq. Qai mengetap bibir. Tanpa kata apa-apa, dia terus menutup pintu. Malas nak layan Iq ni.

Tok! Tok! Tok!

"I'm sorry. Saya gurau saja," gurau kepala hotak kau! Gumam Qai dalam hati.

"Saya cuma nak ajak awak keluar. Cuma nak luangkan masa dengan awak hari ni saja. Please Qai. Accept me at least as your friend just for today. If tomorrow you want to hate me like before, then just go on. Saya cuma nak cipta kenangan manis dengan awak untuk hari ni Qai," rayu Iq kepada Qai. Kata-kata Iq itu buatkan Qai tersentak. Kenapa dengan dia ni? Dah putus asa ke? Tak mugkin! Qai pantas membuka pintu. Qai terkebil-kebil melihat Iq yang santai duduk bersila atas lantai rumahnya. Tadi bukan main sedih suara dia, ni biasa saja muka dia.

"Kenapa duduk bersila macam ni?" So Qai.

"Tunggu awak bersiaplah. Perempuan biasanya siap lambat," komen Iq sambil tersenyum manis.

"Bila masa aku kata nak keluar dengan kau?" Soal Qai lagi.

"Diam tandanya setuju. Means, awak setujulah nak keluar dengan saya," jawab Iq. Qai tercengang.

"Please... Just for a day," rayu Iq lirih. Qai mengeluh perlahan kemudian dia mengangguk.

"Aku pergi bersiap," ujar Qai kemudian berlalu masuk ke dalam rumah.

"Kau nak pergi mana?" Soal Maira yang baru bangun.

"Keluar. Iq tunggu aku dekat luar," ujar Qai perlahan. Maira mengangkat keningnya.

"Dah berbaik?" Celah Hana dari atas. Qai mengeleng dan hanya mengukir senyuman nipis.

"Bekunya hati dia," komen Hana perlahan sambil matanya melihat Qai yang berlalu masuk ke dalam bilik.

"Yang penting dia cuba terima Iq perlahan-lahan. Kita doakan yang baik-baik saja," ujar Maira kemudian mengorak langkah menuju ke dapur. Lapar!

"Kita nak pergi mana?" Soal Qai apabila masuk ke dalam kereta Iq. Iq hanya diam.

"Kau nak bawa aku pergi mana?" Soal Qai lagi.

"Shh... bisinglah," ujar Iq. Qai mencebik. Tanya saja pun. Selepas sepuluh minit berdiam diri, kereta yang dipandu oleh Iq berhenti di sebuah taman.

"Buat apa dekat sini?" Soal Qai. Iq hanya tersenyum manis.

"Jom," Iq berkata ringkas. Qai hanya mengikut Iq dari belakang. Tanya tak nak jawab. Apa ni? Kakinya berhenti apabila Iq berhenti di hadapan satu tempat yang cukup lapang.

"Kita nak picnic ke?" Qai bertanya kepada Iq apabila melihat banyak makanan disediakan di atas satu kain putih. Cantiknya dia design kawasan picnic ni. Tempat picnic pun pandai dia pilih.

"Duduklah," Iq mempelawa Qai duduk di hadapannya.

"Asal ajak aku datang sini?" Qai memandang ke arah Iq yang ralit menyediakan makanan untuknya. Tiba-tiba Iq mengangkat kepalanya dan mata redup Iq tunak menikam mata bundar Qai. Qai terpaku. Jangan pandang aku macam tu Iq. Aku takut aku jatuh cinta lagi! Qai melarikan anak matanya dan memandang ke arah lain. Iq hanya tersenyum senang.

"Clichelah. Asal nak ajak dating pergi shopping mall. Asal nak ajak dating pergi holiday. Asal nak ajak dating pergilah mana-mana pun. So, saya ajaklah awak pergi picnic," jawab Iq. Qai memandang Iq pelik. Baru semalam dia layan drama pakwe ajak makwe pergi picnic. Apa yang rare? Jap!

"Da... dating?!" Mulut Qai ternganga luas. Iq tersenyum nakal. Dia pantas menyuapkan roti ke dalam mulut Qai.

"Kalau nak suruh suap tu bagitahulah. Tak payah buat muka cute macam tu. Tak tahan tau!" Nakal bicara Iq kali ini. Nasib baik Qai tak tercekik apabila Iq menyuapkan roti ke dalam mulut Qai. Okay, bukan suap tapi sumbat roti ke dalam mulutnya.

"Apa salahnya kalau kita dating? Kita kan nak kahwin nanti," sambung Iq lagi. Qai menampar kuat bahu Iq. Eiii! Geram betul!

"Nak request something boleh?" Iq menatap wajah Qai 

"Apa dia?" Soal Qai yang enak menikmati makanan yang dibawa oleh Iq. Lapar! Dia tak sarapan lagi.

"Boleh tukar panggilan yang awak guna? Dari 'aku' 'kau' kepada 'saya' 'awak'?" Soal Iq. Suapan Qai terhenti.

"Hari ini saja saya nak tengok sisi baik awak yang lama. Qai yang lama. Lepas ni awak nak dingin dengan saya pun tak apa. Tapi tak bermakna saya dah putus asa. Bila-bila masa saja saya boleh masuk minang awak," pinta Iq. Qai mengetap bibir kuat. Ayat yang dekat depan tu boleh buat dia cair. Tapi yang dekat belakang tu kenapa rasa macam anoyying sangat eh?

"Okay," Qai tersenyum manis. Dia cuba jadi Qai yang Iq rindu dulu. Qai lima tahun lalu. Hampir sejam mereka meluangkan masa bersama. Penuh dengan gelak ketawa. Tiada lagi kata-kata benci. Hari ini, Qai membuka hatinya untuk Iq.

"Qai," panggil Iq lembut. Qai mengangkat kepala memandang ke arah Iq. Iq menghulurkan sesuatu ke arah Qai. Qai tergamam apabila Iq meletakkan barang yang berada dalam genggaman lelaki itu kini berada atas tapak tangannya. Ini!

"Ini gelang yang Iq pernah bagi kepada Qai. As our friendship. But, after that incident, you gave it back to me. Now, Iq nak Qai terima balik gelang ni. If one day Qai pakai gelang ni, maknanya Qai setuju untuk menjadikan Iq suami Qai. Tapi, kalau hati Qai langsung tak terbuka untuk Iq, Qai simpanlah sampai bila-bila," Iq tersenyum nipis. Qai berasa sebak. Dia melihat gelang itu. Gelang yang sangat disayanginya suatu ketika dulu. Belum sempat Qai menjawab ada satu suara mencelah.

"Hai Iq! Hai Qai! Lama gila tak jumpa korang," Qai tergamam mendengar suara itu. Qai berpaling ke arah pemilik suara yang sedang tersenyum manis kepada Iq dan Qai.

"Laila," gumam Qai perlahan.

"Ini ke plan kau Iq? Kau ajak dia datang sini?" Soal Qai kasar.

"Wait Qai. This is not my plan," ujar Iq perlahan. Qai mengelengkan kepalanya.

"Aku kecewa dengan kau," ujar Qai sebelum berlalu pergi. Baru saja Laila nak membuka mulut, Qai mengangkat tangannya menyuruhnya diam.

"Iq, I'm sorry. Aku tak berniat pun. Aku datang sini cuma nak minta maaf saja dengan korang," Laila berkata sayu. Memang dia sedar dengan kesilapannya selama ini.

"Baliklah dulu Laila. Bagi Qai masa," ujar Iq sebelum berlalu pergi. Dia cuba mengejar Qai tapi Qai sudah memboloskan dirinya ke dalam teksi yang kebetulan lalu di situ. Qai... Aku minta maaf.

"Iq..." Qai menangis teresak-esak. Kenapa perlu Laila muncul di saat aku cuba nak menerima kau? Laila yang hancurkan hidup aku. Laila yang hancurkan hubungan kita. Qai memandang ke arah gelang yang berada dalam genggamannya. Iq...






Tbc.






Kenapa Laila muncul? Jahat ke atau dah insaf? 😘
Vote and comments guys😍

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now