SUASANA dalam kelas hingar bingar. Macam-macam bunyi ada. Stress sangat ke ni? Qai tersenyum melihat ulah pelajar-pelajarnya. Dah besar tapi perangai tak payah cakap. Memang tak matang. Qai dapat melihat wajah sorang-sorang mang dah tepu. Nak buat macam mana, dah belajar tajuk susah. Susahlah nak faham.
"Semua dah tak relax ni, penat eh?" Soal Qai kepada pelajar-pelajarnya. Semua buat muka penat. Buat-buat landing kepala atas mejalah. Matanya tertacap kepada Wina.
"Wina? Wina okay? Nampak sedih saja," soal Qai prihatin. Dia ni tak boleh tengok pelajarnya dalam masalah. Takut mengganggu pelajaran mereka sahaja.
"Dia broken teacher. Proses move on baru start semalam," jawab Adam.
"Hah?" Qai buat muka tercengang.
"Dia baru lepas break up teacher," jawab Azam. Tak yang peliknya kenapa pelajar lelaki yang tolong jawab. Yang perempuan angguk saja. Sejak bila jadi kaki gosip ni?
"Betul ke Wina?" Wina hanya mengangguk. Qai melirik ke arah jamnya.
"Okaylah. Masa ada sepuluh minit lagi. Nak go on pun macam tak boleh masuk saja. So, saya nak beritahu satu cerita. Hope boleh jadi motivasi buat Wina. Saya tak nak pelajar saya sedih," Qai tersenyum manis. Semua mula semangat. Dah nak dengar ceritakan.
"Cerita apa teacher?" Soal Wina.
"This is about my story, my life, my past."
"Cepatlah teacher. Tak sabar ni," ujar Adam.
"Okay relaxlah! Masa saya form five dulu, saya ada kenal dengan seorang lelaki ni. Dia baik sangat," ujar Qai. Dia tersenyum nipis.
"Wah! Teacher jumpa dekat mana? Handsome tak?" Soal Nana.
"Handsome. Saya jumpa dia masa saya join pertandingan pidato peringkat negeri. Dia johan dan saya naib johan. Masa tu, saya dah rasa ada something special dekat dia. Since then, saya dah tak jumpa dia," sambung Qai lagi.
"Alah sedihnya. Lepas tu teacher? What happen?" soal Adam semangat.
"Semangat betul korang ni. Then, ada satu program pertukaran pelajar. Saya ikut serta. Tak sangka saya jumpa dia balik dekat sekolah tu sebab dia pelajar sekolah tu. Sejak tu, kita orang rapat. Tapi siapa sangka setiap kebahagiaan yang kita kecapi pasti ada orang yang iri. Ada orang lain minat dekat lelaki tu. Boleh dikatakan obses sangat-sangat. Sampai dia sanggup buat saya dan lelaki itu berpisah," Qai tersenyum nipis dekat Wina yang ralit memandangnya.
"Teacher couple ke dengan lelaki tu?" Soal Wina. Qai mengeleng.
"Saya berpegang pada prinsip. Dan, saya jumpa lelaki tu dekat sekolah tu pun, baru saya tahu dia pun ada prinsipnya yang tersendiri. Kami tak suka couple. Keutamaan kami ialah pergi sekolah dan belajar bukan bercinta. Bercinta hanya buat kami sakit hati andai hati kita disakiti. Niat kami, kami nak berjaya dan ada kerjaya. That's why kami fokus dalam pelajaran saja dan tak pernah terfikir nak bercinta," jelas Qai.
"Apa yang perempuan tu buat dekat teacher dan lelaki tu?" Soal Adam.
"Surat. Surat mengatakan saya suka lelaki tu. Surat saya ajak dia bercinta. Tapi, tu bukan surat dari saya. Itu fitnah. Tapi, dia bertindak mengikut ikut emosi tanpa siasat terlebih dahulu. Sejak tu, saya dibenci. Sejak itu juga, saya sudah tawar hati dengan mana-mana lelaki. Bagi saya, ada jodoh itu, adalah."
Kringg!!!
"Okay! Time's up!" Ujar Qai.
"Alaaa.... nak dengar lagi," keluh pelajar Qai.
"Sorry semua. Next time okay? Finish up your homework. Wina, kalau Wina ada masalah, boleh jumpa dengan saya. Jangan stress. Bukan Wina saja, orang lain pun sama juga. Ada masalah, jangan pendam," nasihat Qai. Wina menganggukkan kepalanya.
"Thank you teacher!" Laung ketua kelas. Selepas bersalaman dengan pelajar-pelajarnya, Wina datang ke arah Qai. Waktu ni kelas dah kosong. Waktu rehat kan.
"Thank you teacher. Saya tak sangka benda yang teacher hadapi tu lagi besar dari dugaan saya," ujar Wina sugul.
"Semua orang ada dugaan dan ujian masing-masing Wina. Masa inilah Wina kena buktikan yang Wina ini adalah seorang wanita yang kuat. Masa inilah Wina perlukan moral support dari orang terdekat," Qai berkata. Sejak bila dia jadi cikgu kaunseling ni? Boleh tukar job dah ni.
"Sekarang saya dah nekad. Saya nak belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan apa yang saya nak. Jodoh pertemuan tu semua di tangan Allah. Mungkin Allah nak sedarkan saya sebab sepanjang saya couple ni, saya banyak ketinggalan dalam pelajaran," Wina tersenyum nipis.
"Glad to hear that. I will always support you dear. Remember that everyone is love you," Qai mengusap lembut kepala Wina yang dibaluti tudung.
"Thank you teacher. Saya harap jodoh teacher dengan lelaki tu panjang. Saya rehat dulu. Bye teacher. Love you," Wina pantas keluar dari kelasnya. Qai terdiam. Jodoh dengan Iq? Bila fikir balik cabaran tu, rasa seramlah pula.
Tbc.
Happy reading💖
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Teen FictionFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...