AKHIRNYA Hana sudah selamat menjadi isteri kepada Syed Riyad Hannan dengan sekali lafaz sahaja. Sekarang ni pun, Hana tengah disolek oleh Maira untuk majlis persandingannya nanti. Qai pun turut berada di samping Hana. Hari ini dia akan menjadi pengapit Hana.
"Kau dengan Ril macam mana?" Hana memandang ke arah Maira melalui cerminnya. Maira yang ralit menyapu bedak pada muka Hana terhenti. Dia mengeluh perlahan.
"Korang tak berbaik lagi?" Soal Qai. Melihat Maira yang mengeluh itu pun, dia dan Hana sudah dapat jawapannya.
"Maira... Dugaan orang yang sedang bertunang ni berat tahu. Kau sendiri nampak aku dan Riyad dulu macam mana. Banyak benda yang kita orang hadapi. Tiba-tiba ex Riyad muncullah, aku kena fitnahlah, itulah, inilah. Tapi aku dan Riyad berjaya sampai ke tahap ini. Sebab apa? Sebab ni Maira... " Hana bawa tangannya ke dadanya.
"Hati dan perasaan aku yang ingin pertahankan semua ni. Apa yang perlu ada sekarang ni adalah kepercayaan. Kepercayaan itu penting Maira," sambung Hana lagi.
"Dan jangan lupa untuk berdoa kepada Allah. Supaya Allah panjangkan jodoh korang. Aku yakin Ril mampu bahagiakan kau. Kau nak cemburu boleh, tapi kau kena percayakan Ril. Kau nampakkan macam mana Ril berusaha nak raih kepercayaan kau. Sebab dia tahu dia tak salah," pujuk Qai lembut. Hubungan Ril dan Maira agak retak kerana tiba-tiba muncul batu api yang nak meretakkan hubungan mereka. Maira menghela nafasnya.
"Aku cuba. Thanks korang... aku sayangkan korang sangat-sangat," ujar Maira sedih. Mereka bertiga saling berpelukan.
"Dah tak payah sedih! Hari ni, hari bahagia aku. Cepat nanti pengantin lelaki sampai," Hana kembali ceria seperti tadi. Qai dan Maira berjalan mengiringi Hana apabila sepupu Hana memberitahu pengantin lelaki sudah sampai. Mereka bertiga mendekati Riyad yang diapit oleh Ril dan Iq. Pandangan mata Qai terpaku pada susuk tubuh Iq yang segak berpakaian baju melayu berwarna hijau pucuk pisang sedondon dengannya. Iq juga kelihatan terpaku melihat keayuan Qai.
"Jangan tenung lama sangat. Nanti korang yang duduk atas kerusi pelamin aku," tegur Riyad apabila Hana dan Qai menghampiri mereka. Qai mengalihkan pandangannya. Mukanya berbahang. Iq hanya menjeling ke arah Riyad yang tersengih selamba. Ril dan Maira berjalan bergandingan di belakang pasangan pengantin itu.
"Hana... aku lapar," adu Riyad. Hana berpaling menghadap Riyad.
"Abang tak makan tadi?" Soal Hana risau. Buatnya mamat ni pengsan atas pelamin kan haru.
"Aku makan dah tadi. Tapi aku nak makan benda lain," ujar Riyad. Hana mengerutkan dahinya.
"Abang nak makan apa?" Soal Hana.
"Kau. Pipi kau gebu. Kau buat aku geram. Rasa nak terkam kau. Lagipun kau cantik hari ni. Bidadari yang dikhaskan untuk Riyad Hannan," Riyad tersengih nakal. Pipi Hana membahang.
"Cia cia cia..." celah Qai. Apabila paluan kompang berbunyi, mereka mula bergerak menuju ke pelamin yang dikhaskan.
"Ayu betul kau kipas aku Iq," sindir Riyad. Bukan dia tak perasan tangan mamat tu bergerak tapi mata tu tak beralih langsung dari melihat Qai. Angau tahap bangau mamat ni.
"Dah tu? Ada aku hempuk kau pakai kipas ni," bisik Iq.
"Kenapa Ril berdiri dekat depan tu? Nak buat pencak silat ke?" Soal Hana.
"Just wait and see my dear," bisik Riyad. Ril mencapai mikrofon yang dihulurkan pengacara majlis.
"Assalamualaikum. First of all, saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat saya, Syed Riyad Hannan yang berkahwin dengan pilihan hatinya yang juga merupakan sahabat saya, Nurul Raihana Farhah. Semoga kekal bahagia sampai ke anak cucu cicit semualah. Jangan lupakan aku, nanti aku sedih. Nanti bagi aku anak buah ramai-ramai. Aku nak ajak dia orang main bowling," ujar Ril selamba. Riyad mencebik. Muka Hana membahang apabila disebut isu anak.
"Actually, berdirinya saya di sini bukan sebab nak bagi ucapan dekat dua orang ni pun. Saya cuma ingin mencari si gadis yang tangan panjang yang berani mencuri hati saya ni. Ril tahu Ril dah banyak buat Maira sedih. Tapi Ril tahu, Maira gadis yang kuat. Ril nak Maira tahu, walau banyak mana orang yang hadir dalam hidup kita dan ingin memutuskan hubungan kita, Ril akan tetap setia dengan Maira. Ril sayangkan Maira sangat-sangat," Ril mendekati Maira yang terpaku dengan kata-katanya.
"Wan Humaira Hannah binti Wan Hisyam, izinkan Ril yang banyak kekurangan ini menjadi imam kepada Maira. Galas tanggungjawab yang ayah Maira bagi kepada Ril nanti bila kita sudah sah. Sudikah Maira berkahwin dengan Ril?" Ujar Ril penuh syahdu. Semua yang berada di situ diam dan menanti keputusan dari Maira. Maira yang sebak itu hanya mengangguk. Dia terharu.
Hana dan Qai saling berpelukan meraikan kegembiraan ini. Riyad tersenyum senang. Dia tak kisah dengan cadangan Ril ini asalkan kawan-kawannya bahagia. Iq melirik ke arah Qai yang asyik tersenyum. Kawan-kawan kita dah bahagia Qai. Sekarang masa untuk kita pula.
Tbc.
Happy reading😘
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Teen FictionFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...