35

26 3 0
                                    

SUASANA dalam dewan mula riuh dengan suara para pelajar. Hari ini diadakan majlis penutupan pertandingan silat peringkat negeri. Memang pemenang setiap katogeri sudah diketahui selepas tamat perlawanan tapi juara keseluruhan tidak tahu lagi.

"Betullah. Ni sekolah dia orang," jawab kawannya.

"Teruk gila kak Laila tu. Obses sangat dengan abang Iq," komen perempuan itu lagi.

"Tula. Tapi dia dah dapat balasannya kan? Cuma aku pun tak pasti balasan apa. Cikgu-cikgu pun tak nak bagitahu," ujar kawan perempuan itu pula. Qai yang duduk di barisan hadapan dua budak perempuan itu menahan rasa.

"Budak sekolah mana tu?" Bisik Qai kepada Hana. Qai pasti Hana pun dengar benda yang dia dengar.

"Aku rasa budak sekolah Riyad bila tengok baju t-shirt dia orang," jawab Hana perlahan.

"Masa dia orang datang sekolah kita tu, aku tak kenal lagi kak Qaira. Bila kes tu jadi, aku pula tak datang sekolah. Nak juga aku tengok akak Qaira yang mana satu. Mesti dia cantik," ujar perempuan itu lagi. Qai lantas berpaling ke belakang menghadap budak perempuan itu. Kawannya terkejut.

"A... akak Qaira?" Soal kawan perempuan itu. Qai tersenyum segaris.

"Ya, saya Qaira. Selamat berkenalan," tegur Qai. Perempuan itu tersenyum.

"Saya Lili. Selamat berkenalan. Harap akak dah okay selepas kejadian itu," ujar Lili.

"Ya, akak dah okay. Terima kasih," jawab Qai sebelum kembali pandang ke hadapan apabila majlis dah berlangsung.

"Mengantuk ah weh," ujar Maira. Matanya sudah kuyu. Panjang pula sorang-sorang berucap. Macamlah ada orang nak dengar.

"Sabar. Aku rasa dah last ni. Ha tu dah akhir kata," jawab Qai. Tapi, akhir kata pun sepuluh minit tak habis berucap lagi.

"Tadi dah akhir kata. Fake hope betullah," giliran Qai pula merungut.

"Hah, dah bagi salam," Hana terus memberi tepukan gemuruh kepada VVIP yang memberi ucapan.

"Kini, sudah tiba masanya bagi majlis penyampaian pingat kepada para peserta. Kita mulakan dengan..."  pengacara majlis terus memanggil nama para pemenang mengikut kategori masing-masing. Iq pun ada dapat pingat emas. Qai pun ada dapat pingat emas bagi katogeri wanita. Majlis penyampaian hadiah ni sekejap saja kalau nak dibandingkan dengan masa ucapan tadi.

"Tahniah Qai!" Ujar Riyad bangga. Lepas puas bergambar baru nak ucap tahniah. Tak guna betul punya sepupu. Qai hanya mengangguk. Dia penat. Dia nak tidur.

"Weh, kena berpisah lagi. Lepas SPM kita jumpa lagi tau," ujar Shila sedih. Mereka berpelukan. Hanya Qai, Hana, Maira, Shila dan Alia yang berpelukan. Ril dan Riyad tak join sekali okay. Girls hug!

"Promise! After SPM kita jumpa lagi. Shila datanglah sini. Stay saja dekat rumah kita orang. Anyway good luck SPM tau. Jawab betul-betul," Qai memberi senyuman manis kepada Shila.

"Thank you Qai sayang," ujar Shila. Iq yang turut berada di situ hanya berdiam diri. Terasa diri ini dipinggirkan. Sedihnya!

"Lepas SPM kita kumpul ramai-ramai. Kita pergi holiday ke. Best juga," cadang Ril.

"NO!" Jawab Qai, Maira dan Alia serentak.

"Why?" Soal Ril sedih.

"Parents Qai payah nak lepaskan dia holiday jauh-jauh. Maira dam Alia pun sama juga rasanya," Riyad membuat andaian. Qai, Maira dan Alia mengangguk mengiyakan.

"It's okay. Ada jodoh jumpa lagi," jawab Maira ceria.

"Yes! Phone kan ada. Boleh call, chat dan macam-macam lagi," jawab Alia pula.

"Yela," ujar Ril.

"Tu, bas korang dah sampai. Sampai sana nanti inform kita tau. Jaga diri," ujar Hana.

"Bye!" Shila melambai ke arah rakan-rakannya. Mereka membalas lambaian Shila. Iq mendahului mereka semua dan masuk ke dalam bas. Hatinya sakit. Luluh. Qai langsung tak nak pandang dia. Bila pandangan mereka bertemu, cepat-cepat Qai berpaling ke arah lain.

"Bencinya kau dekat aku," gumam Iq perlahan. Dia pandang ke arah Qai melalui cermin bas. Entah kenapa, dia rasa apa yang Qai rasa masa dia bilik Selangor dulu. Dia tengok Qai dengan pandangan kosong. Dan sekarang giliran Qai pula yang melihatnya dengan pandangan kosong. Riyad menepuk lembut bahu Iq. Dia tersenyum nipis melihat Iq yang banyak termenung. Pasti dia terasa dengan tingkah laku Qai.

"Kau kuat," ujar Riyad perlahan sebelum berlalu dan duduk di sebelah Ril. Iq memilih untuk duduk bersendirian. Nak tenangkan fikiran.

"Fokus Iq dekat pelajaran kau. SPM dah nak dekat. Kalau kau yakin Qai adalah jodoh kau, pasti Allah akan jaga hati kau untuk dia," hatinya terdetik memikirkan perkara itu. Ya, betul. Dia kena fokus dalam pelajaran. Demi masa depan dia. Semestinya dia nak banggakan mak ayah dia. Tak nak hampakan mereka. Kau boleh Iq. Pegang dengan prinsip kau. Jangan jatuh cinta. Jangan bercinta!

Iq mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Aplikasi instagram dibuka. Dia membuka akaun Qai. Dia update gambar baru. Iq rindukan senyuman Qai. Senyuman Qai yang manis sampai terbentuk lesung pipit. Bicara Qai yang lembut. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Assalamualaikum Iq. It's me Qaira. You can block me if you want. You can delete this chat if you want. BUT AFTER YOU READ THIS! Saya maafkan awak Iq. Saya memang tak ada hak nak hukum awak. Saya bukan sesiapa. Tapi untuk saya terima awak balik memang sukar untuk saya. Saya harap awak faham. Awak layak untuk bahagia. Awak layak dapat kawan yang lebih baik dari saya. Lupakan saya Iq. Padam nama saya dalam kepala awak. Padam segala kenangan kita. Anggap saya tak pernah muncul dalam hidup awak. Pegang pada prinsip awak Iq. Semoga bahagia Iq.
Insan yang paling bodoh,
Qaira.

Iq mengeluh perlahan. Chat itu dibaca lagi. Qai takkan terima dia lagi. Qai bencikan dia. Qai tak nak jumpa dia lagi. Tangannya ligat menaip untuk membalas mesej Qai.

Waalaikumussalam Qai. Saya takkan blok awak. Saya takkan delete mesej awak. Saya takkan padam nama awak dalam ingatan saya. Saya memang akan pegang dengan prinsip saya. Saya layak untuk bahagia. Awak pun layak untuk bahagia Qai. Mungkin awak lupa satu perkara. Prinsip saya hanya valid masa belajar saja. Prinsip saya dah tak valid lepas saya tamat belajar. Remember that Qaira. Awak jangan lari kalau saya cari awak lepas tamat belajar. Awak jangan lari kalau saya cuba nak curi hati awak. Kalau awak nak lari, larilah. Saya akan kejar awak. Ingat Qai. Saya boleh dapatkan awak lepas saya tamat belajar. Masa tu dah tak ada apa-apa nak halang saya. Saya akan jaga hati saya. Remember that I REALLY LOVE YOU! I meant it.

Iq menghela nafasnya. Hanya itu saja yang mampu dia luahkan. Dia tak mampu nak buat lebih dari itu. Dia takut dia tersasar. Perjalanan dia masih jauh. Iq melihat skrin telefonnya. Qai hanya bagi bluetick. Qai... I love you.











Tbc.

















Happy reading❤

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now