LANGKAH kakinya diatur menuju ke pintu bilik. Qai hanya mengangguk perlahan apabila seorang budak datang ke biliknya untuk memberitahu yang Cikgu Dina ingin berjumpa dengannya di dewan makan. Kasut dipakai. Qai menjenguk ke dalam bilik.
"Weh, aku keluar kejap. Cikgu Dina panggil aku. Nanti aku datang balik," ujar Qai. Hana dan Alia hanya mengangguk.
"Nak aku teman tak?" Soal Maira. Qai mengeleng perlahan.
"It's okay. Aku pergi sekejap saja," jawab Qai sebelum berlalu pergi. Qai mengatur langkah menuju ke dewan makan. Dia tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling. Matanya menangkap kelibat Cikgu Dina di sebuah meja makan. Hampir sepuluh minit dia berbincang dengan Cikgu Dina.
"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu cikgu," Qai tersenyum nipis. Cikgu Dina hanya mengangguk sebelum membalas senyuman Qai. Qai keluar dari dewan makan. Aik? Tadi cerah lagi lorong nak masuk asrama. Ni kenapa tiba-tiba gelap? Qai mula tidak sedap hati. Namun diteruskan juga langkahnya. Dia beristighfar perlahan. Lindungilah aku... lindu...
"Ermmm!" Qai menjerit apabila mulutnya ditekup dengan sehelai kain sehinggalah pandangan di sekelilingnya menjadi gelap gelita. Qai diheret ke satu blok lama di belakang sekolah. Dia dimasukkan ke dalam stor lama yang terletak di tingkat dua. Blok ini memang tidak digunakan lagi oleh pihak sekolah sejak pihak sekolah membina bangunan sekolah yang baru.
"Woi! Bangunlah perempuan! Membuta pula kau!" Jerit perempuan yang menculik Qai. Qai membuka matanya perlahan-lahan. Dia melilau memandang sekeliling. Aku dekat mana ni? Gua mana pula aku kena sumbat ni? Tiba-tiba stor yang dihuni Qai terang benderang. Bulat mata Qai melihat gerangan yang menculiknya. Kira culik ke ni? Kira lah kan? Laila. Karina. Tiara.
"Kau nak apa? Banyak sangat dah ke amalan kau ni nak culik aku bagai?" Berani kau Qai tanya macam tu.
"Actually aku plan nak buat amalan ni sehari sebelum kau blah. Tapi kau keluar awal sangat tadi. Tu aku cepatkan plan ni. Aku cuma nak kau M. A. M. P. U. S!" Laila ketawa terbahak-bahak. Nampaklah aura psiko dia tu.
Karina menghampiri Qai dan menyepak perut Qai. Bukan setakat Karina, Tiara turut menampar Qai bertalu-talu. Habis lebam muka Qai dikerjakan mereka berdua. Lepas puas Karina dan Tiara kerjakan Qai, Laila pulaa yang ambil bahagian. Qai mula terkulai layu.
"Padan muka kau! Laila dah pesankan, jangan rapat dengan Iq. Jangan dekat dengan Iq. Tapi kau degil! Sekarang rasakan ni," Karina menyepak Qai kuat.
"Arghhhh!" Qai menjerit sekuat hati. Badannya sudah penuh dengan lebam.
"Apa guna kalau kita orang culik kau kan kalau kita tak main sikit. Takkan nak bagi kau balik dengan keadaan suci bersih macam ni," Tiara mengeluarkan pisau lipat. Dia menoreh tangan Qai sedikit demi sedikit.
"Stop. Nak dera lagi, sambung esok pula. Tak best lepaskan semua malam ni. Kita lepak sini dulu. Lepas tu kita ujar Laila.
"Kau selamat malam ni," Tiara memijak kaki Qai. Qak menangis. Ya Allah, dugaan apa ini Ya Allah? Tolonglah hambaMu ini Ya Allah.
Di asrama, Hana, Maira, Alia dan Shila dah cuak apabila Qai tak balik-balik lagi. Dah pukul 11 lebih. Mana Qai pergi ni? Hana sudah telefon Riyad mana tahu dia ada terserempak dengan Qai. Namun hampa. Riyad dan Ril tengah mencari Qai.
"Mana Qai ni? Aku risau dah ni," ujar Alia risau. Daripada mengantuk jadi tidak mengantuk.
"Weh! Riyad call. Dia suruh kita keluar jumpa dia dan Ril dekat dewan makan. Dia cakap dia terserempak dengan Cikgu Dina tadi," ujar Hana.
"Eh, tapi pintu asrama dah tutup," jawab Maira.
"Pintu tutup boleh buka kan," jawab Shila selamba. Dia terus keluar dari bilik dan membuka pintu pagar asrama. Biasanya pengawal akan tutup dulu dan sejam selepas itu baru dia kunci. Hana mengukir senyuman sinis kepada Maira. Mereka berempat menuju ke dewan makan. Dari jauh mereka melihat Riyad dan Ril duduk bersama dengan Cikgu Dina.
"Qai tak balik lagi?" Soal Cikgu Dina. Mereka berempat hanya mengeleng. Cikgu Dina mengeluh perlahan.
"Cikgu pun bingung ni. Dia nak menghilang ke mana? Dia mana tahu selok belok sekolah ni," ujar Cikgu Dina.
"Cikgu, saya tak sedap hatilah. Saya rasa dia dalam bahaya," keluh Hana.
"Awak ada dapat laporan pelajar lain yang hilang juga?" Soal Cikgu Dina kembali.
"Setakat ni tak ada lagi cikgu," jawab Shila.
"Kita report polis!" Celah Maira tiba-tiba
"Mana boleh report lagi. Tak cukup 24 jam lagi. 3 jam pun belum cukup lagi," jelas Riyad. Maira berdecit.
"Kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana? She needs us right now! Emosi dia tak stabil lagi," bentak Maira.
"Maira relax okay. She will fine. Kita semua tahu Qai tu kuat," ujar Ril ysng cuba menenangkan perasaan Maira.
"Okay macam ni. Kalau nak pastikan bukan Qai seorang saja yang hilang, kumpulkan semua pelajar di dewan sekarang. Maklumkan ke warden asrama lelaki. Nanti saya inform ke pengetua. Pesan dekat semua, jangan berjalan seorang diri. Sekurang-kurangnya empat atau lima orang dalam satu kumpulan. Catatkan kehadiran mengikut kelas masing-masing," arah Cikgu Dina. Mereka semua mengangguk.
"Kalau betul Qai kena culik, kita kena bertindak dengan senyap. Jangan bagi penculik tu sedar tindakan kita ni," celah Alia.
"Move now. Kita jumpa dekat dewan," arah Riyad sebelum berlalu bersama Ril.
Dewan mula riuh dengan suara para pelajar. Semua mengeluh kerana terpaksa berkumpul dalam dewan tengah malam macam ni. Hana memerhati sekeliling dewan. Mana dia? Hana mendekati rakan-rakannya.
"Weh. Laila, Karina dan Tiara tak ada dalam dewan," ujar Hana.
"Jap. Aku pergi tanya students yang dekat dengan bilik dia," Shila terus berlalu.
"Kenapa ni?" Soal Iq yang baru tiba.
"Blah kau," halau Maira.
"Kalau bagitahu pun, bukan kau kisah sangat. So, baik kau tak payah tahu," jawab Ril selamba. Iq mendegus perlahan sebelum berlalu pergi.
"Betul kata Hana. Ada students cakap, dia orang berita keluar dari bilik dan sampai sekarang tak balik-balik lagi," jelas Shila yang baru tiba. Maira menggenggam penumbuk.
"Aku dah agak dah. Ni mesti kerja beruk putus tali tu," ujar Hana geram. Ril menepuk dahi.
"Boleh pakailah statement kau tu," jawab Alia.
"Jom bagitahu cikgu lepas tu kita pergi cari Qai," ujar Riyad selaku ketua. Mereka Semua hanya mengangguk. Setelah mendapat kebenaran dari cikgu, mereka berenam pergi mencari Qai dengan ditemani oleh Cikgu Dina.
Tbc.
Happy reading.😘
Vote and comment guys💖
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Teen FictionFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...