DULANG berisi minuman dan sedikit kuih diletakkan di atas meja. Qai hanya mampu menahan debaran di dadanya. Dia mengambil tempat di antara Hana dan Maira yang turut datang ke rumahnya. Sengaja dia ajak mereka berdua datang kononnya boleh tolong apa patut.
Sekarang ni bukan hanya Qai saja saja yang terkejut tapi satu rumah terkejut sebab tetamu yang hadir lebih ramai dari jangkaan mereka. Mengikut perancangan, hanya keluarga Iq yang datang ke rumah Qai pada hari ini. Tetapi, tak sampai sepuluh minit ahli keluarga Iq datang ke rumah Qai, ahli keluarga Idham turut sampai ke rumah Qai.
"Boleh saya tahu apa tujuan keluarga pihak Iq dan keluarga pihak Idham datang ke mari?" Soal Encik Khairil bagi menghilangkan rasa kekok di antara mereka. Iq yang berada di samping Tengku Ilham hanya tenang.
"Begini, saya sekeluarga datang ke sini bukan hanya nak berkenalan dengan ahli keluarga Qaira, tapi kami juga nak masuk meminang satu-satunya permata Encik Khairil dan Puan Qairina. Itupun, kalau semua setuju," jawab Tengku Ilham. Riaknya hanya bersahaja. Qai melemparkan senyuman nipis kepada Iq yang memandangnya namun dia hanya buat tak nampak saja Idham yang asyik merenungnya.
"Jadi Encik..." Encik Khairil memandang Tengku Hisyam yang merupakan ayah kepada Idham.
"Hisyam," jawab Tengku Hisyam. Encik Khairil mengangguk.
"Saya terus ke topik utama sajalah. Nak buat macam mana, nak berpantun rasanya kelaut kut," Tengku Hisyam ketawa kecil bagi menghilangkan ketegangan yang timbul sekarang.
"Tujuan saya sama saja macam ahli keluarga Iq. Kami ingin menyunting bunga Encik Khairil dan Puan Qairina untuk anak kami, Idham. Itupun kalau Qaira setuju," sambung Tengku Hisyam lagi.
"Psst... kau rasa ada adegan wacha-wacha tak antara Iq dan Idham tu?" Bisik Hana.
"Aku rasa wuchu-wuchu," balas Maira.
"Hambarnya kamu," perli Qai kepada Maira.
"Aip! Apa anak dara main bisik-bisik depan orang ni," tegur Syarifah Qairina. Ketiga-tiga mereka hanya tersengih sambil mengangkat jari membuat simbol peace kepada Syarifah Qairina.
"Masalahnya aku dah kahwin," gumam Hana.
"Shh!" Balas Maira dan Qai serentak. Hana hanya mencebik.
"Saya harap Qai boleh terima saya. Saya janji saya akan jaga Qai sama macam mak cik dan pak cik jaga Qai," ujar Idham yakin. Sempat matanya melirik ke arah Qai yang langsung tidak memandang ke arahnya.
"Yakinnya kamu..." perli Hana perlahan. Qai mengelengkan kepalanya. Makin menjadi-jadi perangai Hana sejak dah bernikah ni. Aduh!
"Iq? Tak nak cakap sepatah dua kata?" Soal Encik Khairil. Iq tersengih. Nak cakap apa ni?
"Errr... Iq tahu Qai sayangkan Iq. Dan Iq pun sayang dan cintakan Qai. Jadi, apa salahnya kalau kita kahwin. Tapi, Iq tahu, perkahwinan tanpa rasa sayang agak sukar. Iq cuma harap Qai boleh terima Iq seadanya. Baik dan kurang Iq. Walaupun Qai tak nak terima Iq atas apa yang Iq dah buat pada Qai, Iq redha. Iq hormat keputusan Qai. Buat Qai bahagia dah cukup untuk Iq nikmati rasa bahagia. You need to know that I always love you yesterday, today and tomorrow. Sorry pak cik terlebih dua kata," Iq tersengih. Qai sebak mendengar bicara Iq. Tulus itu Iq. Sweet itu pun Iq. Itulah Iq.
"Aww! Romantiknya. Asal Riyad tak romantik macam kau hah?" Soal Hana tiba-tiba. Maira menepuk dahi. Masa inilah dia duk buat perangai.
"Riyad kau tu kayu," balas Iq selamba. Hana mencerlungkan matanua. Berani kutuk laki aku!
"Dah, saya cuma nak cakap, saya datang sini pun sebab nak tengok anak saya gembira. Tapi kalau Qaira tak pilih dia pun saya happy sebab saya percaya ada orang yang boleh bahagiakan anak saya lebih dari apa yang Qai buat. Lagipun, saya nak ada menantu yang setaraf dengan saya. Yang ada pangkat..." belum sempat Tengku Diana menghabiskan bicaranya Idham menyampuk.
"Cukup mummy! Idham bahagia dengan keputusan Idham. Idham tak pernah pandang pasal pangkat atau harta sebab Idham tahu benda tu semua bukan boleh buat bahagia pun. Idham tetap nak pilih Qai sebagai isteri walaupun mummy tak setuju," ujar Idham keras sebelum pergi. Sempat lagi dia bersalaman dengan orang-orang dalam rumah ni.
"Maaf atas kelancangan isteri saya. Kalau itu, saya minta diri dulu. Apa pun keputusan Qaira, saya terima," ujar Tengku Hisyam sebelum menarik isterinya keluar dari rumah Qai. Melampau sangat isterinya kali ini! Tak lama selepas itu, ahli keluarga Iq pun turut meminta diri memandangkan Tengku Ilham ada janji dengan kawannya.
"Mama, papa, Qai minta maaf. Qai tak sangka sampai jadi macam ni sekali," sampai sekarang dia terkilan dengan kata-kata mummy Idham. Dia sedar dia tak ada apa-apa pun. Harta atau pangkat.
"It's okay. Cuma mama tak sangka yang Qai ramai peminat," usik Syarifah Qairina.
"Tapi tulah Qai ni sombong sangat," perli Maira. Qai mencebik.
"Qai... papa nak Qai fikir masak-masak. Ini soal masa depan Qai. Papa tak paksa Qai nak pilih siapa. Papa terima siapa pun bakal menantu papa. Papa cuma nak anak kesayangan papa ni bahagia saja," Encik Khairil berkata.
"Terima kasih papa. Terima kasih mama," Qai memeluk kedua ibu bapanya.
Tbc.
Happy reading😍
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Teen FictionFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...