8

30 3 0
                                    

MATANYA dicelikkan. Masih lagi dalam keadaan mamai. Maira yang tersandar dibahunya dibiarkan. Qai memandang sekeliling. Eh? Dah nak sampai Melaka lah! Terus segar mata Qai. Telefon dibuka. Pukul 5 pagi? Kejap lagi nak masuk waktu subuh. Cikgu ada bagitahu agenda untuk hari ini. Memandangkan hari ini mereka semua akan belajar di sekolah baru selama sebulan.

Solat subuh di masjid dan mandi juga di masjid. Qai mengeluh. Dahlah dia tak pernah mandi dekat masjid. Cuba biasakan diri. Kali pertama dalam hidup. Kita kena positif. Ramai lagi yang tak ada rumah terpaksa mandi dekat masjid. Jadi kenapa kena merungut?

"Okay wake up semua," laung Cikgu Selena di tempat duduk paling hadapan. Cikgu Selena antara guru pengiring yang menghantar mereka ke Melaka. Semua orang mula terjaga.

"Okay. Dah nak masuk waktu subuh. Semua orang pergi mandi, bersiap dan solat berjemaah di masjid. Jangan nak buat hal, kita sekarang ada di negeri orang. Ini bukan tempat kita," pesan Cikgu Selena. Kemudian semua orang mula keluar dari bas.

"Ngantuknya," rungut Alia. Dia menggosok matanya.

"Tulah kau. Layan lagi si kembar tu bercakap. Kan dah mengantuk," perli Maira. Bukan dia dan Qai tak tahu Alia dan Hana berborak dengan Asrul dan Asril sampai pagi buta.

"Kan tak layankan merajuk pula," jawab Hana separuh mamai. Mereka berempat memasuki perkarangan masjid.

"Qai, aku nak pinjam ubat gigi weh. Yang aku punya tinggal ada dalam luggage," pinta Maira. Qai hanya mengangguk. Mereka berempat menunggu giliran untuk mandi.

"Cikgu, nanti cikgu mesti rindu kita orangkan? Yalah, kita orangkan rapat dengan cikgu," Hana tersengih memandang Cikgu Selena.

"Hurm... sunyilah cikgu nanti tak ada orang nak ajak gosip. Nak ajak buat gila-gila. Korang berempat saja yang berani buat macam tu," Cikgu Selena tergelak kecil. Dia sudah anggap mereka berempat macam adik. Nak cakap anak, tak kahwin lagi. Muda lagi weh!

"Sebulan saja cikgu. Nanti kita orang buat comeback," jawab Qai.

"Ha yalah. Nanti jangan lupakan cikgu tau,"

"Mana mungkin kita orang nak lupakan cikgu babyface kita orang ni. Noo!" Maira buat suara gediknya.

"Never cikgu never," Alia mengenyitkan matanya. Mereka berlima memasuki tandas setelah keaadaan semakin lengang.

Selepas selesai menunaikan solat subuh, mereka kembali menaiki bas. Langit mula cerah. Bas berhenti di hadapan sebuah warung. Mereka semua bersarapan di situ. Qai memilih meja yang bakal mereka duduki manakala yang lain pergi memilih makanan.

"Nah," Hana meletakkan sandwich sardin di hadapan Qai.

"Thanks," ujar Qai. Dia memang tak suka makan makanan berat pagi-pagi. Kalau tak nanti dia sakit perut. Alia menjamah nasi lemak yang dipesannya. Hana dan Maira memesan roti canai.

"Kenyangnya," Maira mengelap mulutnya dengan tisu.

"Kan? Sedap gila makanan dekat sini," komen Hana. Qai hanya mengangguk.

"Jomlah bayar. Ramai dah naik bas," ujar Qai. Yang lain hanya mengikut dari belakang.

"Okay cikgu nak bagitahu. Kita semua akan pergi ke sekolah itu pukul 9 pagi. Masa tu kalian semua kena daftar masuk. So, sekarang ni awal lagi. Jadi kita ronda-ronda dulu kawasan Melaka ni okay," ujar Cikgu Malik setelah semua sudah menaiki bas.

"Okay!" Jerit semua orang.

"Kita enjoy dulu sebelum pergi sekolah!" jerit Asrul.

"Yeah!" Bergegar bas dengan jeritan semua orang. Macam bawa kanak-kanak ribena.


Tbc.





Vote and comment guys😉
Sorry for the typo😅

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now