50

35 2 0
                                    

PINTU restoran ditolak perlahan. Qai melangkah masuk ke dalam restoren yang disuruh oleh Iq. Hari ini mereka berdua ingin berjumpa selepas seminggu Qai menyatakan persetujuannya untuk menerima Iq. Lebih tepat lagi, Iq yang nak berjumpa dengannya.

Qai menundukkan kepalanya. Dari luar lagi dia dapat melihat suasana dalam restoren yang begitu ramai pelanggan. Qai enggan mengangkat kepalanya kerana rasa dirinya diperhatikan sejak dia melangkah masuk ke dalam restoren itu walaupun itu hanya sangkaan dia saja.

"Cik Qaira?" Soal pekerja restoren itu. Qai hanya mengangguk.

"Silakan ikut saya," Qai hanya membuntuti langkah pekerja lelaki itu.

"Ini meja yang ditempah oleh Encik Iqram," ujar pekerja itu.

"Terima kasih," pekerja itu hanya mengangguk. Dia meletakkan buku menu ke atas meja sebelum berlalu pergi. Qai melabuhkan punggungnya. Buku menu dibukanya. Berkerut dahinya melihat helaian menu yang dibukanya.

One day kau akan menjadi isteriku. Ibu kepada anak-anak kita. So, will you?

Qai tertanya-tanya kenapa perkataan 'will' itu dihighlightkan dengan highlighter berwarna pink. Dia terus membuka helaian seterusnya. Mencari jawapan.

You are my future. Are you ready to be a part of my life?

Perkataan 'you' juga diterangkan menggunakan highlighter warna yang sama. Qai bingung. Nak suruh order ke nak suruh jawab teka teki ni?

Marry? Ya, dengan bernikah dapat membina mahligai yang diredhai.

"Marry?" Itulah perkataan yang diterangkan dalam helaian itu. Dia terus membelek helaian seterusnya.

It's me. Your future.

"Will you marry me?" Ujar Qai perlahan apabila membaca perkataan 'me' yang diterangkan itu. Helaian terakhir. Dia melihat helaian itu.

Tengok depan.

Qai mengangkat kepala apabila membaca ayat yang berbaur arahan itu. Ternganga sedikit mulutnya melihat Iq yang segak memakai kemeja putih sambil membawa sedulang kek.

"Iq?" Qai berdiri dari duduknya. Iq tersenyum nipis.

"Happy birthday," ujar Iq perlahan. Mendengar ucapan Iq membuatkan dia teringat bahawa hari ini merupakan hari jadinya. Iq ingat birthday dia!

"And.." bicara Iq terhenti. Dia meletakkan kek di atas meja dan mengeluarkan cincin dari kotak baldu yang dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Will you marry me?" Soal Iq. Dia memandang Qai dengan senyuman nipis.

"Err... if I say no, dah masuk minang kan... so, yes," ujar Qai perlahan. Dia menundukkan kepalanya. Malu! Tiba-tiba bergema tepukan di seluruh restoren apabila Qai telah memberikan kata putus. Qai mengangkat kepala. Dia memandang sekeliling. Semua ahli keluarganya dan ahli keluarga Iq ada dalam restoren ini termasuk keluarga Riyad. Riyad, Ril, Maira dan Hana pun ada dekat sini.

"Semua plan nak datang sini ke?" Soal Qai kepada Iq.

"Of courselah... mama nak tahu juga macam mana anak mama ni kena propose. Nanti boleh cerita dekat cucu cicit," usik Syarifah Qairina. Qai mencebik.

"Kenapa laki aku tak sesweet laki kau hah?" Bisik Hana perlahan di telinga Qai apabila dia menghampiri gadis itu.

"Ehem... abang dengar Hana," tegur Riyad selamba. Hana tersengih.

"Jangan marah. Ite gurau je..." Hana mengusap lembut pipi Riyad. Maira mencebik.

"Orang dah halal. Jangan buat aksi 18 tahun ke atas dekat sini yee," perli Ril.

"Kenapa? Kau baru 17 ke?" Perli Riyad pula.

"Oh, sweet 17," ujar Qai selamba.

"Diamlah korang," Ril mencebik. Iq ketawa.

"Qai, ada orang nak jumpa awak. She's really wants to meet you," ujar Iq.

"Who? Where?" Soal Qai. Iq mengajak Qai mengikutinya. Qai meninggalkan rakan-rakannya dan mula mengikuti langkah Iq. Kakinya terhenti melihat wanita itu. Laila! Belum kahwin lagi dah bawa bakal madu ke?! Ini nak kena pelengkung dengan kuali ni. Sumbat dalam tempayan pun okay juga!

"Kenapa dia ada dekat sini?" Soal Qai kasar. Iq hanya diam.

"Qai please... kali ini saja. Lepas ini kalau kau tak nak cakap dengan aku, aku tak kisah," rayu Laila.

"Five minutes," ujar Qai. Dia duduk di depan Laila.

"Girls talk," ujar Iq ringkas. Dia berlalu pergi untuk memberi ruang kepada mereka berdua.

"Thanks. Hari tu, aku nak cakap dah. Tapi masa kita jumpa kau terus lari. Aku tahu kau masih marahkan aku, bencikan aku..." Laila menghala nafas.

"Just straight to the point," ujar Qai mendatar.

"I'm sorry. Aku tahu semua yang aku buat tu melampau. Sampai kau terseksa. Menderita. Aku tahu dan aku menyesal. Aku buat semua tu sebab aku cemburu. Kau boleh rapat dengan Iq dalam masa yang singkat. Tapi aku? Bertahun aku cuba dekat dengan dia, tapi dia langsung tak pandang aku. Sebab tu aku nak buat korang berpisah. Maafkan aku... aku terlalu ikutkan perasan. Aku cuma nak kau maafkan aku. Kalau tak, sampai bila-bila aku akan menyesal," ujar Laila sayu.

"Aku tak layak nak hukum kau. Aku maafkan kau. Aku cuma harap kau tak ulang benda yang sama," ujar Qai.

"Thanks Qai," ujar Laila gembira.

"Friend?" Qai menghulurkan tangannya.

"Yes!" Laila menyambut huluran tangannya.







Tbc.









Happy reading💕

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now