ENTAH apa yang merasuki mereka bertiga ini. Tiba-tiba saja rajin nak beriadah hari ini. Bukan nak beriadah sangat tapi nak menghirup udara segar di kawasan sekolah sambil berjoging. Haih... Sudah dua minggu berada di sini baru nak beriadah.
"Let's start!" Ujar Hana. Dia memakai baju T-shirt muslimah paras lutut berwarna pink. Nampaklah keayuannya itu dengan muka cerahnya. Hana mendahului Maira dan Qai. Hana memang aktif bab-bab sukan. Cuma yang dekat belakang itu sajalah yang tak aktif mana pun.
"Hati-hati korang. Banyak batu dekat sini. Nanti jatuh kena bangun sendiri. Takde prince charming nak tolong sambut korang," Maira berkata. Memang kawasan yang dia orang berjoging ini banyak batu-batu kecil. Motif? Entahlah.
"Auch!" Qai jatuh tersembam. Bukan sebab terkejut dengan nasihat Maira itu. Tapi sebab ditolak dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Laila.
"Hey! Apa masalah kau hah?!" Soal Maira tak puas hati. Laila tersenyum sinis. Dia hanya mengangkat bahu sebelum berura-ura nak sambung jogging.
"Padah kacau hak aku," sinis Laila berkata. Baru saja dua langkah dia berlari, Laila jatuh tersungkur. Giliran Hana pula yang tersenyum sinis. Ya, dia yang telah menyadung kaki Laila.
"Padah kacau kawan aku," ajuk Hana jengkel. Maira membantu Qai. Teruk juga ni. Luka dekat tapak tangan dan lutut. Koyak sedikit seluar Qai.
"Iq..." Panggil Laila manja. Tak ada sesiapa nak tolong dia. Dia minta bantuan dari Iq yang baru saja tiba bersama Riyad dan Ril.
"No need to explain. We already watch it," tegah Iq apabila Laila baru saja nak buka mulut. Laila menghulurkan tangannya kepada Iq sambil buat muka simpati.
"Apa perempuan ni menggatal sangat," rungut Riyad perlahan. Muka macam minta penampar saja.
"Tolonglah saya Iq. Sakit..." Ujar Laila mengada. Iq mencebik. Iq menghampiri Qai.
"Boleh jalan tak?" Soal Iq. Qai mengangguk. Dia cuba menstabilkan dirinya.
"Boleh saja. Maira dan Hana boleh tolong saya," jawab Qai. Dia menundukkan wajahnya.
"Tunggu dekat bilik rawatan. Nanti saya datang," ujar Iq. Qai mengangguk sebelum berlalu pergi bersama Maira dan Hana. Baru dapat hidayah nak berjoging. Dah kena tolak. Apalah nasib kau Qai. Laila mendengus kegemaran melihat kemesraan Iq dan Qai. Namun hatinya berbunga kembali apabila Iq menghampirinya.
"Awak nak dukung saya pergi bilik rawatan ke?" Soal Laila teruja. Iq mengeleng perlahan.
"Warning kasih sayang untuk kau,"ujar Iq. Laila tersenyum.
"Iq sayang saya ke?" Soal Laila gembira. Adakah cintanya sudah dibalas? Ril menepuk dahi. Apasal bendul sangat perempuan ni? Dah sah-sah ada perkataan warning dekat depan tu.
"Jangan. Ganggu. Kawan. Aku. Understand?" Iq berkata dalam nada tegas.
"Blah," Iq terus berlalu. Riyad memberi pandangan jengkel kepada Laila sebelum turut berlalu bersama Iq dan Ril. Laila mengetap bibir. Dia menghentak tangannya ke jalan.
"Awwwww," dia mengibas tangannya kerana sakit. Apalah nasib.
Iq masuk ke bilik rawatan. Dia melihat Hana yang tengah mencuci luka Qai di lutut. Selepas siap mencuci luka Qai di lutut, Iq menawarkan diri untuk merawat luka Qai. Hana tiada pilihan lain selain memberikan kerusi yang didudukinya kepada Iq. Hana, Maira, Riyad dan Ril keluar dari bilik rawatan nak bagi privacy kepada Iq dan Qai. Iq tenang mencuci luka Qai di tapak tangan.
"Banyak kali awak kena dengan Laila sebab saya. I'm sorry," ujar Iq.
"No need to say sorry. It's my fault too," balas Qai. Iq memandang Qai meminta penjelasan.
"Maybe saya patut jauhkan diri dari awak. Tak payah rapat dengan awak kalau itu buat Laila puas. Kalau itu buat awak rasa tak bersalah lagi," jelas Qai. Dia menahan kesakitan yang dialaminya ini. Sakit? Ya, memang sakit. Dalamannya juga sakit. Iq mengeluh perlahan.
"Don't do that. Teruskan hidup kita yang dulu. Laila tak ada hak nak halang kita. Ini pilihan kita. Menjadi seorang teman," balas Iq. Qai terharu. Nak saja peluk Iq, tapi haram guys. So, biarlah.
"Ini yang dinamakan ujian dalam persahabatan. Bukan pasangan bercinta saja yang akan mengalami ujian macam ni, dalam persahabatan pun kita mungkin turut diuji dengan masalah yang sama. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. DIA uji kita sebab DIA tahu kemampuan kita. Yang penting kita tabah menghadapinya. Sama macam sekarang. Tak ada sebab untuk Qai jauhkan diri dari Iq. Jangan hanya kerana Laila, Qai sanggup putuskan tali persahabatan yang baru kita bina ni. Iq baru saja nak mengenali Qai sedalam-dalamnya," jelas Iq. Qai berfikir sejenak. Betul kata Iq. Jangan hanya kerana Laila, dia terpaksa putuskan tali persahabatan ini.
"Iq betul. Maafkan Qai sebab bertindak terburu-buru. I'm sorry," pinta Qai. Iq hanya mengangguk.
"So, drama dah habiskan? Jom la balik asrama. Dah lewat ni guys," celah Riyad dari muka pintu. Qai hanya tersenyum.
Tbc.
Terciduk baca nasihat Iq. Bukan senang nak cari sahabat sejati. Sahabat yang sentiasa ada dengan kita. Pendengar setia kita. 😖
Vote and comment guys😘
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Teen FictionFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...