LANGKAH kakinya diatur laju. Mood nak berjalan-jalan hancur berkecai apabila bertemu dengan si dia yang dia nak elakkan selama ini. Qai asyik berpaling ke belakang bagi mengawasi sekiranya Iq masih mengejarnya atau tidak. Dia langsung tak nampak kelibat Iq yang mengejarnya. Dah putus asalah tu!
"Hah!" Sergah Iq dari depan. Qai yang berjalan agak laju itu berhenti mendadak. Nasib baik tak terlanggar badan Iq. Qai memandang geram ke arah Iq.
"Kau ni tak ada kerja lain hah? Dari minggu lepas lagi duk ikut aku ke mana saja aku pergi," Qai menghamburkan rasa amarahnya. Malangnya Iq langsung tak terkesan. Mukanya hanya tenang.
"Ada. Kerja saya ikut awak ke mana saja awak pergi," balas Iq. Qai menjeling. Menyampahlah dengan dia ni.
"Hei! Masa bila aku upah kau jadi bodyguard aku hah?!"
"Dari hari pertama kita berjumpa," ujar Iq cuba mengungkit masa lalu.
"Aku tak ada masa nak flashback masa lalu aku yang malang tu!" Balas Qai kasar. Dia meninggalkan Iq sendirian di situ. Tak ada masa konon! Hari tu baru share dekat student sendiri. Adeh! Iq mengeleng. Payahnya nak lembutkan hati kau yang terlalu dingin tu Qai. Susah sangat ke kau nak terima aku? Tiba-tiba Iq terdengar suara Qai macam bergaduh dengan seseorang.
Iq berpaling ke depan. Dia melihat Qai yang duduk di atas bangku. Yang masalahnya sekarang ni, kenapa ramai sangat lelaki keliling dia tu? Semua budak acah gangster! Tapi muka haram nak buat menantu. Lelaki yang mengetuai kumpulan itu cuba menarik perhatian Qai.
"Sayang abang tak nak teman abang shopping ke?" Soal lelaki tersebut. Qai dengar macam nak muntah. Sayang? Abang?
"Kau bukan abang akulah! Sayang kau pun tak! Tetiba saja datang kacau ni kenapa?" Balas Qai kasar. Dahlah tadi kena kacau dengan Iq. Sekarang kena kacau dengan mamat-mamat hingusan ni? Entah habis sekolah ke tak budak-budak ni. Apalah nasib aku hari ni.
"Alah... tak payahlah malu. Kalau nak tu cakap sajalah," pujuk lelaki itu lagi. Qai mendengus kasar. Ada kena silat dengan aku ni!
"Kenapa ni?" Celah satu suara. Qai berpaling ke arah lelaki yang dianggap heronya itu. Rupa-rupanya Iq yang muncul. Iq pun Iqlah. Janji aku boleh bebas dari lelaki ni. Pening dah kepala dengan bau minyak wangi sorang-sorang.
"Bro, tak payahlah kacau line! Nak mengurat pun ikut barisanlah," jawab lelaki itu. Iq menjongketkan keningnya. Aku tak nampak barisan pun sekarang ni.
"Masalahnya yang korang kacau tu bini aku. Janganlah kacau kita orang nak dating! Bukan senang boleh keluar berdua! Anak dahlah sembilan orang. Semua kembar tiga. Ingat tak pening ke nak jaga tiga orang sekali gus? Dah blah sana!" Iq berkata selamba. Qai melihat Iq dengan mata membulat. What the... sabar Qai. Kalau setakaf tipu jadi bini tu tak apa lagi. Ini sampai tahap ada anak sembilan orang. Dan kembar tiga?! Lelaki-lelaki yang kacau Qai itu semua terkejut. Bini orang rupanya.
"Fine!" Lelaki itu mengangkat tangan tanda mengalah kemudian berlalu bersama rakan-rakannya.
"Haih... settle masalah!" Iq melabuhkan punggungnya di sebelah Qai. Qai menampar kuat bahu Iq.
"Woi, tak nikah lagi ni. Sabarlah sayang... nak pukul lebih-lebih pun tunggulah masa nikah nanti," Iq senyum menggoda.
"Macam orang tak ada life saja nikah dengan kau! Yang tiba-tiba kata aku ni bini kau kenapa dekat mamat-mamat tu semua? Siap ada anak kembar tiga lagi. Total sembilan orang. Huh!" Qai menyilangkan tangannya di dada.
"Ucaplah terima kasih abang Iq sebab tolong saya. Kalau tak nanti entah-entah kena makan dengan lelaki tu, nak? Pastu malam ni masuk berita, nak?" Duga Iq. Qai mengeleng.
"Haaa... tahu takut... lagipun sesuai apa kita jadi laki bini," Iq berkata.
"Kenapa pula?" Soal Qai.
"Ni... tak nampak macam ada simbol love gitu dekat tengah-tengah kita ni," ujar Iq sambil membayangkan bahawa ada simbol love di antaranya dengan Qai. Qai mengerutkan keningnya.
"Mengarut," balas Qai sepatah.
"Tula... lain kali tengok dengan mata hati yang penuh dengan rasa cinta dekat saya bukannya guna mata kasar yang dipenuhi dengan rasa benci dekat saya," ujar Iq sebelum berlalu meninggalkan Qai sendirian di situ.
Qai tergamam. Entah kenapa dia rasa sentap dengan ayat Iq. Kejam sangat ke dia? Tanpa sedar air matanya menitis. Aku minta maaf Iq. Aku tahu kita cuma mangsa keadaan. Tapi, untuk aku terima kau balik susah sangat Iq. Aku dah cukup terluka dan aku takut nak bagi peluang kedua dekat kau. Aku takut aku terluka lagi.
Dari jauh Iq dapat melihat tangisan Qai. Aku minta maaf Qai. Aku tak bermaksud pun nak buat kau sedih. Aku tahu kehadiran aku buat kau bertambah sakit. Tapi aku terpaksa. Aku nak dapatkan balik cinta kau dekat aku. Aku nak kau keluar dari ego kau sendiri. Iq mengorak langkah meninggalkan Qai di situ.
Tbc.
Happy reading guys😘
Vote and comments okay❤
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Teen FictionFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...