55

34 2 0
                                    

9 bulan kemudian...
KERETA yang dipandu oleh Riyad memasuki perkarangan rumah Qai. Dia memarkirkan keretanya di sebelah kereta Iq. Ril dan Maira turut menaiki kereta Riyad. Bak kata Ril, apa salahnya berkongsi kenderaan. Menjaga alam sekitar daripada tercemar oleh ekzos kenderaan. Riyad hanya mengangguk sahaja. Apa-apalah Ril. Kata sajalah kau malas nak bawa kereta sebenarnya.

Hana yang mendukung anaknya yang berusia dua bulan itu turun dari kereta suaminya. Maira turut turun. Hana menepuk perlahan punggung anaknya. Syed Raifal Hafnan bin Syed Riyad Hannan. Memang jenuhlah kena ajar menulis nama sendiri macam ni. Panjang benar. Riyad dan Ril hanya mengikuti langkah isteri mereka yang tercinta. Belum sempat nak bagi salam, Iq dah buka pintu.

"Hai bro!" Sapa Ril. Mereka bertiga berpelukan.

"Hana, pergilah letak Raifal dekat dalam. Nak tidur tu. Qai ada sediakan toto untuk anak kau. Anak kau tak tidur buai kan?" Ujar Iq.

"Haah anak aku ni senang nak jaga. Tak memilih sangat nak tidur dekat mana. Bolehlah kau nak ambil nak buat menantu," Riyad tersengih. Iq mencebik.

"Mak cik buyung ni. Nak dekat due buat kerja lagi ke? Kau buli dia?" Soal Hana nak marah.

"Rilekah! Aku dah suruh dia berehat. Kau tahulah Qai macam mana sekarang ni. Degil sikit. Aku lari sekejap dari mata dia, dia pun lari buat kerja," jawab Iq.

"Nak attention kaulah tu. Kita orang masuk dulu. Jom Hana. Ray dah tertidur tu," Maira menarik lembut tangan Hana. Memang mereka semua memanggil Raifal dengan gelaran Ray. Khas untuk mereka sahaja. Mereka berlima masuk ke dalam rumah. Hana menuju ke toto yang disediakan oleh Qai. Dia membaringkan Raifal perlahan-lahan. Maira menuju ke meja makan.

"Ya Allah Qaii!!!" Jerit Maira. Iq yang mendengar nama Qai dijerit kuat pantas berlari menuju ke arah Maira.

"Apa-apa? Bini aku kenapa? Nak bersalin ke?" Soal Iq cemas.

"Poyolah kau ni. Taklah. Tu!" Maira menunjukkan ke arah Qai yang ligat ke sana sini membawa mangkuk berisi lauk pauk.

"Mummy dah puas larang. Mama kamu pun dah berbuih dah membebel. Situ juga dia duduk," celah Puan Fina. Iq menepuk dahinya.

"Sayang. Jom pergi depan. Awak tu dah sarat. Nanti cepat letih tahu. Jom, berehat dekat depan," pujuk Iq lembut. Qai mengangguk lemah. Dia mengikut langkah Iq menuju ke ruang tamu.

"Untunglah korang. Anak korang lahir tahun sama. Anak aku in shaa Allah tahun depan," ujar Ril apabila Iq dan Qai mengambil tempat di sofa. Iq mengurut lembut pinggang Qai. Qai mengadu pinggangnya sakit.

"Tulah. Kalau anak korang girl, rasanya jadi rebutan kut anak aku dan anak Qai," jawab Riyad.

"Kalau boys semua, mesti jadi best friends macam kita semua kan abang?" Soal Qai.

"Haah."

"Kau sekarang nk kira cuti bersalin ke Qai?" Soal Maira.

"Iyup. Iq pun dah apply cuti sebulan. Nak jaga aku. Korang pun nanti lawatlah aku. Mama, papa, daddy dan mummy kita orang pun stay sini," ujar Qai.

"Of course lah kita orang lawat kau. Best friends foreverrrr kut," balas Hana. Hari ini mereka semua meluangkan masa bersama di rumah keluarga Qai.

"Mana uncle Ril dan uncle Am?" Soal Ril.

"Pergi supermarket. Mummy aku suruh beli barang. Sejak-sejak dah jadi best friends ni, selalu juga keluar berdua. Macam gay dah," jawab Iq selamba.

"Amboi-amboi... sedapnya kata orang gay," celah Tengku Ilham. Riyad dan Ril tergelak sakan. Tulah, cakap tak tengok kiri kanan dulu. Kan dah kena.

"Arggghh!" Tiba-tiba perut Qai berasa senak. Sakit! Takkan nak bersalin kut? Due lagi tiga hari.

"Sayang kenapa ni?" Soal Iq cemas apabila Qai menjerit kuat.

"Sakit..." adu Qai.

"Takkan nak bersalin dah?!" Celah Syarifah Qairina yang tiba-tiba muncul bersama Puan Fina.

"Weh! Bawa pergi hospital sekarang! Air ketuban dah pecah!" Ujar Hana.

"Riyad kau bawa Iq dan Qai. Aku pakai kereta Iq bawa Maira dan anak bini kau. Kau pro racer dekat F1 kan," ujar Ril. Dia sendiri tak sedar yang dia telah membuka rahsia besar Riyad.

"Apa?! Racer?!" Jerit Hana lantang.

"AHHH JANGAN GADUH! BAWA AKU PERGI HOSPITAL SEKARANG!!!" Jerit Qai dalam kesakitan. Iq tanpa berlengah terus mencempung Qai menuju ke kereta Riyad. Riyad tanpa menjawab soalan bininya terus berlari. Nasiblah Qai nak beranak. Kalau tak dia yang terberanak dekat sini nanti.

"Nanti kita orang datang," ujar Encik Khairil. Dia menutup pintu kereta. Riyad pantas memecut menuju ke hospital. Okay, ni memang racer. Tak sampai sepuluh minit dah sampai hospital. Nasib jarak dari rumah Qai ke hospital tak jauh mana.

Qai lantas dimasukkan ke wad bersalin. Iq dan Riyad tunggu di luar. Iq dah ke hulu hilir. Risau. Riyad hanya diam. Nak tegah suruh Iq bertenang, dia lagi teruk masa Hana nak bersalin. Dengan cemaskan Hana yang sedang berperang, lepastu cemaskan pundi kencingnya yang terseksa.

"Suami Puan Qaira?" Soal nurse yang keluar.

"Saya," jawab Iq.

"Encik boleh masuk bagi sokongan untuk Puan Qaira," ujar nurse itu. Tanpa berlengah dia masuk menuju ke arah Qai yang mengerang kesakitan.

"Hey sayang... I'm here," Iq memegang lembut tangan Qai. Dahi Qai yang basah dengan peluh dicium lembut.

"Abang..." sahut Qai lemah.

"Stay strong... for our kid," ujar Iq.

"Kalau ditakdirkan sayang tiada nanti, tolong jaga anak kita elok-elok sama macam abang jaga sayang," ujar Qai lemah.

"Don't say that. Qai kena kuat. Ingat Allah," Iq dah sebak.

"Okay puan. Boleh start teran. When I said push! Puan push," arah doktor perempuan yang masuk ke dalam wad itu.

"One... two... three... push!!! Lagi puan...  push kuat lagi!" Arah doktor itu kuat.

"Arrghhhh!!!" Qai menggenggam erat tangan Iq. Ya Allah,kau selamatkanlah aku dan bayiku. Iq yang melihat keadaan Qai itu membacakan beberapa ayat suci al-quran dan selawat. Selamatkanlah isteriku... Selamatkanlah anakku. Aku sayang dua nyawa berharga ini Ya Allah.

Dengan beberapa kali teranan dari Qai, akhirnya, suara bayi bergema dalam wad ini. Seorang lagi hamba Allah lahir di bumi ini. Iq tersenyum melihat anak yang didukung oleh nurse itu. Nurse itu meletakan bayi itu ke pangkuan Qai. Qai mencium lembut pipi anaknya.

"Tahniah, baby boy," ucap doktor itu.

"Abang... jaga anak kita," ujar Qai perlahan sebelum matanya terpejam rapat tak sedarkan diri. Titttttt.....

"Doktor! Isteri saya!" Panggil Iq kuat. Anaknya yang menangis itu bertambah kuat esakannya melihat ibunya tak sedarkan diri.

"Encik sila tunggu di luar!" Arah doktor itu. Dia segera memeriksa keadaan Qai. Iq melangkah keluar dengan lemah. Ya Allah... Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Selamatkanlah dia. Belum puas lagi aku bersamanya Ya Allah. Iq berkata dalam hati sebelum pengsan tak sedarkan diri.













Tbc.










Noooo! 😭
Sorry if mengarut.😆
Happy reading😘

Ku Terus Menunggumu ✔Where stories live. Discover now