SUDAH hampir seminggu Qai ditahan di wad. Dia juga sudah mula menunjukkan perkembangan positif. Bila-bila masa saja dia boleh keluar dari wad. Dah bosan duduk dekat hospital walaupun doktor yang merawatnya boleh dikatakan... ehem handsomelah juga. Hampir semua rakan yang melawatnya, semuanya cair melihat ketampanan doktor itu. Doktor Zaqwan.
Pintu dikuak dari luar. Terpacullah wajah Riyad, Ril, Maira dan Hana. Mereka berempatlah yang selalu ada di sampingnya. Iq? Langsung tiada khabar berita. Sejak peristiwa itu, dia sudah bencikan lelaki bernama Iqram. Sejak peristiwa itu juga, hati dia sudah tertutup.
"Qai, kau okay hari ini?" Soal Ril. Qai mengangguk sambil mengukir senyuman.
"Terlebih okay. For Maira dan Hana jangan jealous sebab aku dapat nombor doktor tu weh!" Qai menepuk tangannya. Gembira. Maira dan Hana menjerit.
"Mana aci!" Maira membentak kegeraman.
"Berlalu diskriminasi di sini. Abang doktor tak patut buat macam tu," Hana memuncungkan mulutnya. Ril mencuit bahu Riyad.
"Aku rasa lepas ni kita kena jadi doktorlah," Ril mendengus perlahan sambil matanya menatap wajah Maira. Riyad tersengih.
"Aku tak perlu jadi doktor. Jadi diri sendiri pun dia dah cair dengan aku," jawab Riyad sedikit berbangga. Ril mencebik.
"Meluat aku," balas Qai.
"Qai, aku nak password," Hana menunjukkan telefon Qai. Masih tak boleh buka. Haha ada password.
"Hana, password hati aku, I love you," Riyad mengenyitkan matanya. Hana membahang.
"Uuuu... Hana blushing," perli Maira.
"See... just be yourself," Riyad meraup rambutnya. Kononnya berbangga.
"Maira..." baru saja Ril nak memulakan bicaranya, terus saja dipotong.
"No need to be sweet. At least kau ikhlas dengan aku pun dah buat aku happy," ujar Maira selamba. Ril menjelirkan lidahnya kepada Riyad.
"Dalam perhubungan kita kena ikhlas," perli Ril.
"Malaslah nak layan kau. Qai, kau tahukan kes kau ni dah dikira kes polis? So, pesalah tu pasti akan dikenakan hukuman yang setimpal. Abi aku akan handle kes kau. Terkejut dia bila tahu kau jadi macam ni. Terus saja dia nak siasat kes kau ni. Sayang betul dengan anak saudara kesayangannya ni," Riyad tersengih apabila teringat reaksi abinya. Ayahnya merupakan pegawai polis. Qai mengeleng perlahan.
"Cakap terima kasih dekat pak long," ujar Qai. Riyad mengangguk.
"Bila boleh keluar?" Soal Hana
"Tak lama lagi. Doktor tu jaga aku sampai sihat," usik Qai. Hana mencebik.
"Jealous lah tu," perli Maira.
"Aku lagi handsome dari doktor tu tau Hana," Riyad mengangkat keningnya. Semua orang buat muka meluat.
"Qai pasal surat tu, kita orang dah tahu," ujar Ril.
"Maksud kau?" Soal Qai tidak faham.
"Laila punca semua ni," terang Maira. Qai kaget. Selepas itu mereka menerangkan kepada Qai semuanya.
"Kau tak nak bagitahu Iq?" Soal Hana. Qai mengeleng.
"Hati aku dah cukup sakit. Bila aku dah balik sekolah asal aku, baru korang cerita dekat Iq. Aku tak nak Iq cari aku lagi. Maira, kau ada bawa fail tu?" Qai memandang ke arah Maira. Maira mengangguk. Dia menyerahkan fail itu kepada Qai.
"Kau nak buat apa?" Soal Riyad. Qai tersenyum nipis.
"Hadiah terakhir untuk Iq," ujar Qai ringkas.
"Aku sempat siapkan semua ni sebelum aku masuk hospital," sambung Qai lagi. Dia mengeluarkan sampul surat dan sekeping gambar dari fail itu. Qai memasukkan surat yang dia tulis di hospital semalam. Sempatlah minta kertas dan pen dari jururawat di sini. Ketika itu matanya tertacap dengan seutas gelang yang dipakainya. Dia menanggalkan gelang itu.
'Gelang ni bukan milik aku lagi' getus hati Qai. Dia memasukkan gelang itu ke dalam sampul surat itu. Qai melihat gambar yang dia edit dulu. Gambar dia dan Iq yang diedit bersama. Qai menghela nafasnya sebelum mengoyakkan kertas itu dan memasukkan gambar bahagian Iq ke dalam sampul surat. Bahagian gambarnya pula digumpal kemas.
"Kenapa koyak?" Hana bertanya. Entah kenapa hatinya berasa sayu dengan nasib yang menimpa rakannya.
"Buat apa dia nak tengok gambar perempuan tak tahu malu ni? Buat bodoh saja. Riyad, nanti bila aku dah balik Selangor, kau serahkan benda ni dekat dia. Make sure dia baca. Pastikan dia baca sebelum dia buang benda ni semua. Aku tahu benda ni tak penting pun," Qai menghulurkannya kepada Riyad.
"Oh, tolong buang ni nanti masa kau nak keluar," ujar Qai sebelum membetulkan pembaringannya dan tidur. Riyad mengambil semua itu. Ril mengeleng perlahan. Hana mengangkat bahu. Maira hanya memandang wajah polos Qai yang nyenyak tidur itu. Berat betul dugaan kau sahabat. Tabahlah kau.
Tbc
Enjoy it😘
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Fiksi RemajaFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...