SUDAH sepuluh kasut diletakkan kembali atas rak. Yang dipilih oleh Qai, ditolak oleh Iq. Yang Iq pilih ditolak oleh Qai. Semua pening. Nak cari kasut saja. Maira dan Ril yang ikut mereka berdua pun dah hilang cari bangku. Qai sendiri masih ingat perbualannya dengan Iq tadi.
"Yang ni?" Iq menunjukkan heels berwarna merah kepada Qai. Qai mengelengkan kepalanya.
"Tak nak. Tinggi sangat. Nanti jatuh. Merah sangat. Nanti kena kejar dengan lembu ke kerbau ke macam mana?" Bidas Qai selamba. Dah tak berkenan sanggup cari beribu alasan sampai ke lembu dan kerbau dikaitnya.
"Pakai untuk pergi jalan-jalan atau holiday bukannya lawat kandang," perli Iq. Dia meletakkan kembali kasut merah itu ke atas rak. Qai menunjukkan ke arah Iq kasut boot berwarna hitam ke arah Iq.
"Kasut untuk hantaran kut. Lagipun macam kasut nak pergi sawah saja," Iq mengelengkan kepalanya tanda tidak berkenan dengan kasut yang dipilih Qai. Qai tercengang.
"Seriuslah?! Kasut ekslusif macam tu awak kata kasut nak pergi sawah?" Qai berdecit perlahan. Ramai kut orang pakai kasut macam tu sekarang ni lagi-lagi nak bercuti di negara musim sejuk. Iq tersenyum sinis. Qai tersentak daripada lamunan apabila Iq berdiri di hadapannya. Habis hilang segala imbasan perbualannya dengan Iq tadi.
"Tak ada yang berkenan ke?" Soal Qai. Dia sendiri pun penat. Cari kasut saja dah lebih setengah jam.
"Rak tu tak tengok lagi. Kalau penat duduklah dulu. Nanti saya tengok kasut dekat sana," ujar Iq lembut. Qai hanya tersenyum.
"Tak apa. Kasut yang nak dicari tu saya juga yang pakai," balas Qai. Kasut untuk Iq sudah jumpa, tapi kasut dia ni? Inilah bila kedua-dua pasangan cerewet. Bodyguard pun dah KO. Iq mencapai satu kasut tumit tinggi berwarna putih dan ditayangkan di hadapan bakal isterinya.
"Hurmm. Nice!" Qai lantas menyarungkan kasut itu di kakinya. Muat-muat dengan kakinya.
"Dah junpa!" Ujar Iq dan Qai serentak. Lega campur bahagia. Selesai membayar kasut mereka berdua, mereka mencari kelibat Ril dan Maira.
"Hah dating!" Sergah Qai. Maira berpaling menghadap Qai, sahabatnya.
"Bukan main nak ikut kita orang sebab tak elok berdua-duaan nanti ada orang ketiga, last-last korang yang berdua-duaan. Aku nampak dah bayang-bayang orang ketiga dekat tengah-tengah korang tu," perli Iq.
"Dah lama sangat. Aku pun penat layan kerenah korang berdua ni. Baik aku layan kerenah tunang aku," jawab Ril bersahaja.
"Dah jangan gaduh! Siap dah?" Maira memandang ke arah Qai yang berada di sampingnya.
"Sebab dah siaplah ada dekat sini," Qai tersenyum.
"Okay. Ada lagi ke tak cukup?" Soal Ril.
"Kalau hantaran belah Qai dah cukup. Belah aku pun dah cukup rasanya," jawab Iq.
"Okay cun. Jom pergi makan. Aku lapar kau tahu tak? Kau belanja," balas Ril sebelum menarik Maira menuju ke satu kedai makan. Iq mencebik.
"Dasar kedekut mamat ni. Nak jadi laki orang pun kedekut ke? Akhir zaman betul," bebel Iq.
"Dahlah membebel tu. Aduhai... Jom makan," pujuk Qai. Dia menarik hujung baju Iq. Mereka berempat memilih untuk duduk di meja berasingan. Nak privacy bak kata Maira. Cakaplah nak dating senang.
"Boleh saya tanya something?" Soal Qai. Iq tergelak sinis.
"Macam nak interview saja," perli Iq. Qai tersengih.
"Haah. Nak interview bakal jodoh saya," Qai tergelak kecil. Selepas memesan makanan, Qai merenung wajah Iq.
"Nak tanya apa?"
"Bila kali pertama awak suka saya?" Iq berfikir sejenak.
"Masa...adalah, rahsia!" Qai memuncungkan mulutnya.
"Alah... tu pun nak berahsia ke? Kan dah janji antara kita takkan ada sebarang rahsia pun," Qai mencebik.
"Okaylah. Kita kenal means kita berjumpa masa pertandingan pidato kan? Masa tu saya tak fall in love lagi dengan awak. But, I'm starting to fall in love with you masa awak tengah berpidato atas pentas," jawab Iq.
"Kenapa pula masa tu?"
"Sebab entah. Mungkin masa tu awak nampak attractive sikit kut. Yalah, cakap pasal kemerdekaan negara. Lepas tu cakap laungan merdeka dilaung sebanyak tujuh kali alih-alih awak laung merdeka lapan kali," Iq tersengih. Qai tercengang. Peristiwa itu kembali terlayar dalam benak fikirannya.
"Awak ingat?" Duga Qai.
"Ya. Semua pasal awak, saya ingat," jawab Iq.
"Macam mana awak boleh perasan saya laung lapan kali?" Soal Qai tak puas hati. Rahsianya sudah pecah. Ingatkan tak ada orang perasan.
"Saya kira. Lepas tu saya tahu awak pun perasan salah awak sebab sambil awak teruskan pidato awak tu, jari awak bergerak macam kira something," Iq tersengih. Qai mengetap bibir.
"Haish! Malulah macam ni," Qai menekup mukanya dengan tapak tangan.
"Tak apa. Yang penting awak menang. Menang pidato dan menang dalam hati saya," Qai tersengih malu.
"Tapi masa tu awak still berpegang pada prinsip awak kan?" Soal Qai.
"Of course. Sebab tulah saya bertekad dan saya yakin awaklah yang akan saya pilih satu hari nanti," jawapan Iq membuatkan Qai terharu.
"Dah tak payah nak buat muka macam emoji nak nangis tu. Makanan dah sampai. Jom makan," ujar Iq. Qai mengangguk. Hatinya berasa lapang dan tenang mendengar jawapan Iq yang betul-betul tulus dari hati. Kini, dia memang yakin dengan keputusannya seratus peratus!
Tbc.
Ending is on the way guys😍
Happy reading ❤
YOU ARE READING
Ku Terus Menunggumu ✔
Teen FictionFocus! No love! No couple! Just study! School first! ~ Qaira Just friend, no more than friend! School and study! No couple! ~ Iq Mampukah mereka berusaha untuk tidak jatuh cinta dan patuh akan prinsip yang mereka cipta? Semuanya hanya ada dalam KU...