Bahan-bahan:-
1 kilo ikan sardin
10 biji cili kering (gunting buang biji)
2 batang serai (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Seinci lengkuas (dihiris)
Seinci halia (dihiris)
1 sudu kecil jintan manis
1 kotak santan 200ml
Sedikit asam keping
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk mengorengCara-cara:-
1. Siang dan bersihkan ikan. Rebus bersama asam keping. Asingkan tulang.2. Goreng cili kering hingga garing, ketepikan. Goreng pula bahan2 yang telah dihiris tadi sehingga layu.
3. Kisarkan semua bahan yang telah di goreng tadi dan tuang kedalam kuali.
4. Kisar pulak isi ikan sardin dan satukan dalam kuali.
5. Masukkan garam, gula secukup rasa & santan. Masak hingga kering air.
Nota: Sesuai dinikmati bersama ketupat, lemang dan dijadikan inti untuk popia simpul.
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
Non-FictionKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...