Rendang Daging

153 7 0
                                    

Salam pembaca,Dah lama tak update resepi kat sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Salam pembaca,
Dah lama tak update resepi kat sini. Sibuk sungguh. Di sebabkan ada yang minta resepi rendang. Kita ikut ja no.
Resepi ni renyah sikit sebab guna banyak bahan. Tapi sedap!

Rendang Daging

Bahan-bahan:
2kg Daging
6 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
6 batang serai
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
Sedikit lengkuas
Cili kering lebih kurang segenggam
Santan kotak 500ml
3 sudu besar kerisik
Daun kunyit
Garam
Gula
Serbuk Perasa

Cara-cara:
Rebus cili kering kemudian kisar dan tapis buang biji.

Bawang besar, bawang putih, serai, halia, kunyit dan lengkuas di kisar kemudian di masukkan bersama cili kering.

Masukkan daging. Kacau semua bahan yang telah di kisar tadi supaya rata dengan daging.

Masukkan santan. Masukkan kerisik. Kacau lagi. Masak dengan api yang sederhana. Kalau kuah dah agak kering tapi daging masih belum empuk boleh masukkan air.

Bila kuah agak kering, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Perasakan dengan garam, serbuk perasa & gula. Tambah gula melaka untuk lebih sedap. 😋😋😋

Sedap di nikmati bersama ketupat & lemang waktu raya nanti.

Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now