Resepi Donut Gebu
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
Sebiji kentang
2 sudu besar marjerin pelangi
1 paket yis mauripan
1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
Secawan air suamCara-cara:
1. Rebus kentang dan lenyek.
2. Larutkan yis dalam air suam.
3. Gaul tepung, marjerin, gula, susu tepung, dan kentang sehingga menjadi serbuk roti.
4. Masukkan telur dan yis. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik.
5. Perap doh dan tutup bekas adunan. Biar doh naik 2 kali ganda.
6. Bila doh dah kembang. Gelek dengan pengelek dan tekap guna acuan donut.
7. Biarkan donut kembang dulu sebelum goreng dalam minyak panas.
8. Kemudian gaulkan dengan gula yang telah diblender. Siap!
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
Non-FictionKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...