Bahan-bahan:-
1 cawan mentega
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan oat - dikisar halus
3/4 cawan gula halus
3 sudu makan serbuk koko
Susu tepungCara-cara:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan tepung gandum dan oat sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. (Adunan biasanya lembut).Bentukkan mengikut bentuk yang disukai.
Bakar biskut selama 10-15 minit pada suhu 160-170°c mengikut oven masing-masing.
Biskut yang telah masak biarkan sejuk dahulu lebih kurang 5 minit sebelum di salutkan dengan susu tepung.
Biskut sejuk sepenuhnya baru lah di isi di dalam balang.
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
Non-FictionKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...