Kek Pisang

138 3 0
                                    

Bahan-bahan:-
2 biji telur gred B
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
3 biji pisang berangan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
200 gram tepung naik sendiri MFM

Cara-cara:-
Masukkan telur & gula ke dalam blender. Kisar hingga kembang. Anggaran masa 5 minit.

Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla. Kisar sekejap.

Masukkan pisang yang telah di lenyek. Kisar.

Dalam bekas yang lain. Ayakkan soda bikarbonat, baking powder dan tepung gandum.

Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

Tuang adunan kedalam loyang yang telah di oleskan dengan mentega.

Letakkan kepingan hirisan pisang di atasnya.

Kukus 30-45 minit atau sehingga masak. Kek juga boleh dibakar pada suhu 170°c selama 1 jam.

Tips:-
Jika nak hasilkan kek pisang yang berurat, kisar pisang selama 1 minit sahaja.

Jika nak pastikan kek dah masak atau belum. Cucuk mengunakan lidi, jika licin dan tidak melekat ia menandakan kek sudah masak.

Untuk hiasan, hiris pisang nipis-nipis. Jika tebal pisang akan tenggelam.

Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now