Kek Coklat Moist

822 18 0
                                    

Tak payah guna mixer pun boleh dapat kek coklat moist yang gebu elok. Guna blender je. Senang dan siapa buat insyaAllah jadi punya. Boleh lah buat raya ni.

Bahan untuk di blend:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
3 biji telur
sedikit essen vanilla, tak ada pun takpe
secubit garam untuk untuk lebih lemak

Blend kesemua bahan ni dalam masa 4 ke 5 minit.

Untuk bahan tepung pula,
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikabonat soda
1 sudu teh baking powder

Semua bahan ni disekalikan, dan gabungkan bersama bahan yang di blend, kemudian kacau rata kesemuanya.

Dah rata masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit.

Untuk topping saya guna
1/2 ketul dark coklat
1/2 ketul milk coklat
1 cawan whipping cream

Masak secara double boiled.

Selamat mencuba.

Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now