Kari Ayam Dan Kentang
Bahan-bahan:
Seekor ayam potong ikut suka
6 biji ubi kentang potong 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
3cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu kerisik
Garam secukup rasaCara-cara:
Bersihkan ayam. Bancuhkan rempah daging dengan sedikit air.Kupas ubi kentang dan potong 4. Kupas bawang dan halia kemudian di tumbuk lumat.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga sehingga bawang layu.
Masukkan rempah. Kacau dan biarkan sehingga rempah pecah minyak. Masukkan ayam. Masukkan kerisik. Masukkan santan. Biar kuah mendidih kemudian masukkan ubi kentang. Masukkan garam secukup rasa. Bila kentang dah ampuk dan ayam lembut boleh tutup api dan hidangkan.
Sedap di nikmati bersama nasi panas, pulut kuning dan roti jala. 😆
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
Non-FictionKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...