Bahan-bahan ( 4-6 orang )
* Bahan untuk nasi:-
* @ 2 cawan beras
* @ 1 cawan santan n 1 cawan air
* @ 1 helai daun pandan - disimpul
* @ 3 hirisan halia
* @ secubit garamCara-cara:-
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.* Bahan untuk sambal:-
* * 6 sudu besar cili kering mesin
* * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
* * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
* * 1 biji bawang besar -dihiris
* * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
* * sedikit air asam jawa
* * sedikit belacan (jika suka)
* * garam n gulaCara-cara:-
1. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..Masak hingga sedikit garing dan pecah minyak.
2. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
3. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.Bahan sampingan lain :-
* Ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng dan timun.
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
NonfiksiKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...