Gulai Ikan Kembong

143 4 0
                                    

Bahan-bahan:-
10 ekor ikan kembong
1 biji timun dipotong serong2 - boleh di gantikan dengan bendi & kacang buncis
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 paket 25g rempah kari ikan cap O
1 pelepah daun kari
1 kotak kecil santan KARA
Air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:-
Tumbuk bawang putih & bawang merah.
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang putih & bawang merah.
Bila bawang dah naik bau dan kekuningan masukkan serbuk kari ikan.
Kacau cepat-cepat supaya rempah tidak hangit.
Kemudian masukkan sedikit air. Masak rempah sehingga pecah minyak. Masukkan daun kari. Kalau xde pun xpe.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan santan.
Masukkan timun.
Adjust kuah ikut citarasa masing-masing. Kalau nak pekat masak hingga pekat. Kalau nak cair sikit lebihkan air. Perasakan dengan garam & gula. Bila dah rasa ok last baru masukkan ikan. Biar kuah mereneh dalam 10 minit baru tutup api. Jangan selalu kacau gulai bila dah masukkan ikan nnt ikan hancur.

Sedia untuk di nikmati bersama nasi panas atau pun roti canai.

Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now