Siakap 3 Rasa

247 4 0
                                    

Resepi Siakap Tiga Rasa

Bahan-bahan:
Ikan siakap

Bahan perapan ikan (di tumbuk):
2 hiris halia
3 ulas bawang putih
Sedikit garam

Bahan lain untuk ikan:
Sedikit tepung jagung

Bahan kuah 3 rasa (dipotong):
Sebiji bawang Holland/besar
Tomato
Nanas
Daun limau purut
Halia
Serai
Cili hijau
Cili merah
Cili api

Bahan kuah 3 rasa (dikisar)
1/2 bawang merah
1/4 bawang holland
1 ulas bawang putih
2 hiris serai
1/4 hiris halia

Bahan-bahan lain untuk kuah:
Cili boh
Sos cili
Sos tiram
Air asam jawa
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan selama lebih kurang setengah jam.

2. Selepas diperap taburkan sedikit tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk mengelakkan melekat dan menjadikan ikan lebih rangup.

3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.

4. Setelah garing di kedua-dua belah. Angkat dan toskan. Ketepikan.

5. Gunakan sedikit minyak goreng ikan tadi untuk menumis. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali nanas.

6. Masukkan bahan kisar tumis hingga naik bau dan sedikit garing.

7. Masukkan cili kisar (cili boh). Masak hingga pecah minyak.

8. Tambahkan sos cili dan sos tiram.

9. Masukkan air asam jawa dan kacau hingga sebati.

10. Perasakan dengan gula garam. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.

11. Akhirnya masukkan potongan nanas sebelum di tutup api. Masukkan juga sedikit cili potong.

12. Siap! Sedia untuk di curahkan ke atas ikan siakap yang telah siap di goreng tadi.

Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now